Langkau ke kandungan utama

7 tips penting untuk solo traveller

Minggu lepas ada kawan di Facebook minta saya tuliskan tips untuk solo traveller.

Bagus juga idea tu. Jadi saya tuliskan ya.
Ini 7 poin penting untuk solo traveller, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya selama ni.

---

1. Cuaca Tak Semestinya Sama Setiap Tahun

Bila orang cakap "bulan paling sesuai untuk travel ke sesuatu tempat", sebenarnya tu general info je. Tapi realitinya, cuaca boleh berubah.

Contoh, kadang kita baca bulan September sesuai pergi Nepal, atau bulan Mac sesuai pergi Korea. Tapi bila kita tengok forecast yang actual untuk tahun tu, eh… masih hujan lebat, atau masih salji tebal.

Kadang musim sejuk boleh berpanjangan sampai ke bulan tiga, empat. Kadang musim hujan lambat habis. Jadi jangan semata-mata percaya “best time to visit” yang banyak dalam blog atau YouTube.

Buat double check dekat weather forecast, bukan untuk hari ni je, tapi tengok pattern seminggu atau dua minggu yang dekat dengan tarikh nak pergi.
Ada banyak app atau website — Accuweather, Windy, Weather.com. Bandingkan semua tu.

Kalau tak check awal-awal, boleh spoil trip:
→ Ingat nak hiking, rupanya trail tutup sebab salji.
→ Ingat nak bawa baju nipis, rupanya suhu bawah 10°C.

Kesimpulannya: Check cuaca tahun semasa, bukan hanya general season. Cuaca sekarang tak menentu, jadi kita pun kena lebih alert dan fleksibel.

---

2. Dokumen & Kad Kewangan – Jangan Main-main

Benda ni ramai terlepas pandang. Tapi sebenarnya penting sangat. Terutama kalau travel sorang, lagi-lagi ke luar negara.

Pertama sekali, pasport.
Bukan sekadar simpan elok-elok, tapi kena ambil gambar siap-siap dan emailkan ke diri sendiri.

Jangan sekadar simpan dalam phone. Kalau phone hilang, semua hilang. Tapi kalau dah email, kita boleh access dari mana-mana komputer yang ada internet.

Kedua, gambar pasport.
Bawa siap-siap 4 keping gambar berlatar belakang putih.
Kalau tiba-tiba kena isi borang immigration, atau hilang pasport ke... dan nak buat dokumen sementara — at least kita tak terkial-kial cari kedai gambar.

Ketiga, bab kad bank.
Jangan bawa satu je kad ATM/debit. Bawa dua atau tiga.
Kalau ada kad kredit, bagus juga kalau bawa sekali.
Yang penting: aktifkan fungsi keluar duit luar negara.

Dan jangan set expired date sampai hari balik. Bagi extra 3–4 hari.
Mana tahu flight delay, atau urusan tertangguh ke.. at least masih boleh keluarkan duit kalau perlu. Kan .. 

---

3. Travel Insurance – Jangan Kedekut Bab Nyawa

Ramai orang rasa sayang duit nak ambil travel insurance. Tapi bila jadi benda tak dijangka, haa… baru menyesal tak sudah.

Travel insurance ni bukan sekadar untuk flight delay. Dia penting kalau sakit, eksiden, hilang beg, atau kena tahan wad di luar negara.

Ambil extra hari.
Kalau balik 20 haribulan, jangan beli insurans sampai 20 je.
Ambil sampai 22 haribulan contohnya.
Kalau insurans dah tamat, apa-apa jadi pun tak cover.

Kalau boleh, cari insurans jenis ‘cashless’.
Bukan ‘pay and claim’ yang kena bayar dulu, lepas tu baru claim balik.
Kalau kena bayar RM30,000 kat hospital, tak semua orang mampu nak keluar cash macam tu.

---

4. Maklumkan Kedutaan & Jangan Reveal Lokasi Live kepada orang awam

Kalau travel ke luar negara, elok kalau kita maklumkan kepada kedutaan Malaysia.
Email je ringkas. Beritahu nama, nombor pasport, berada di mana, tarikh bila sampai bila 
Kalau jadi apa-apa, at least mereka tahu kita ada kat sana.

Bab media sosial pula, kena hati-hati.
Ramai orang excited share location semasa. Hotel lawa, view cantik. Terus post, “Tengah stay kat sini 3 malam.”

Tapi sebenarnya itu bahaya. Kita tak tahu siapa tengok. Follower bukan semua kenal. Stalker pun ada.

Kalau nak update hotel atau itinerary, tunggu dah check out.
Nak update pun, cukup secara umum. Jangan reveal jam, tempat, atau plan detail.

Kalau buat live TikTo pun sama. Kena hati-hati dengan background.
Kerusi, signage, view luar jendela.. semua tu boleh dedahkan lokasi kita.

Kalau nak live, pastikan tempat neutral. Dinding kosong pun tak apa.
Yang penting, jangan dedahkan lokasi sebenar masa kita masih ada kat situ.

Kita bukan paranoid, tapi berhati-hati.

---

5. Simpan Duit & Pasport di Beberapa Tempat

Kalau semua duit dan pasport kita simpan kat satu tempat, haaa tu bahaya.
Kalau kena ragut, pickpocket, atau beg hilang.. fuhh habis semua.

Pecahkan simpanan:
– Sikit dalam wallet
– Sikit dalam pouch dalam baju
– Sikit dalam backpack (sorok elok-elok)
– Kalau hotel ada peti keselamatan, guna.

Kalau yakin bilik hotel selamat, bolehlah kita tinggal sikit cash dalam backpack. Tapi sorok betul-betul. Dalam baju, compartment dalam beg tau. Bukan poket luar.

Kalau travel ke negara yang cash-heavy macam Ladakh, Kashmir, Myanmar, Laos... memang kena bawa cash. Tapi jangan letak semua sekali.

Tapi kalau negara tu banyak guna cashless payment, haaa tu lebih Selamat. Bawa cash yang minimum je.

---

6. Percaya Gut Feeling – Jangan Abaikan Bisikan Hati

Bila travel sorang, gut feeling tu penting sangat.
Kadang jumpa orang yang nampak okay, tapi hati rasa tak sedap.
Atau lalu satu lorong, tiba-tiba rasa seram.
Jangan lawan rasa tu. Patah balik. Cari jalan lain.

Saya pernah lalui masa kat Sarawak dulu. Masa hiking sorang-sorang, ada kawasan yang rasa energi dia lain macam.
Saya cepat-cepat lalu, minta izin dalam hati, dan terus keluar dari situ.

Kalau rasa tak sedap nak keluar malam tu, rasa hati tak best walaupun bukan tempat sunyi pun .. atau rasa cuak, hmm baik kita ikut rasa tu.

Jangan kita rationalize pulak... 
“Ala… tapi malam ni je sempat.”
“Sayanglah kalau tak pergi tengok jambatan tu…”

Kalau hati kata jangan, ikut.
Keselamatan lebih penting daripada plan yang kita dah susun.

---

7. Kena Independent – Jangan Harap Orang Je

Solo travel bermakna diri sendiri kena ready. Jangan berharap ada orang tolong setiap masa.

Contohnya:

Internet.
Kadang kita sampai kat negara tu, tak ada line. Sim card belum beli.
Saya akan download siap-siap peta dalam apps maps.me. Boleh guna offline apps tu.

Kalau phone kita support e-sim, kita boleh beli siap-siap sebelum fly.
Senang... Tak payah tercari-cari kaunter sim card lepas penat landing.
Dulu-dulu kan.. zaman belum ada Google map lagi,  saya bawa peta kertas. peta yang besar gedabak main lipat-lipat tu. Kemudian saya dan kawan-kawan masa tu bentang je peta tu kat tepi jalan.. heheheh

Selain tu, bahasa tempatan pun penting.
Belajarlah sikit Istilah penting macam, tandas, bas, stesen, berapa harga.
Sebab kalaulah tak ada internet atau google translate tak boleh pakai, at least bolehlah survive.

Satu lagi perkara, bawak la bekal makanan yang mudah.
Saya selalu bawa coklat dan gula-gula garam Himalaya. Letak je dalam beg masa kita jalan-jalan tu.

Yelah mana tau kita kelaparan tapi perjalanan dalam ren lama lagi, kedai makan tak jumpa ke.. jadi  at least adalah snack atau bekalan makanan yang ringkas untuk beri tenaga.

Last but not least, ubat-ubatan asas pun kena ready. Antaranya
– Paracetamol
– Ubat selesema
– Pil Chi Kit Teck Aun (untuk cirit-birit)
– Gaviscon, terutama kalau pernah kena gastrik
– Ubat allergic macam resdung ke..
– Minyak gamat botol kecil 
- handyplast.

Dan lain-lain ubat-ubatan yang kita biasa perlukan.

Walaupun kat Bandar tu ada farmasi, tapi leceh juga kalau dah terbaring sakit kepala baru nak pergi cari ubat tahan sakit kan..

---

Ok, rasanya cukuplah dulu  7 poin penting untuk kawan-kawan yang nak travel solo.

Harap ia dapat membantu dan beri manfaat kepada kawan-kawan.
Kalau rasa tips ni berguna, boleh share ya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...