Langkau ke kandungan utama

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap?
Mana boleh...
Nak senang tidur, kena pasang tv.

----

Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha. 

Siapa geng?


Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud?

---

Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu. 

Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena.

Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni.

---

1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri

Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance.

2. Senyap tu sebenarnya bising gila

Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak selesa dan rimas. Macam tiba-tiba boleh dengar suara jam berdetik, bunyi tikus imajinasi, suara ex... eh. 

Jadi TV tu jadi penyelamat. Ada bunyi, otak pun tak buat konsert sendiri.

3. Bunyi = rasa selamat

Dari kecik kita biasa tidur dalam rumah yang meriah. Ada TV, adik-beradik menjerit, mak membebel atau apa sahaja bunyi. So bila dah besar, tidur dalam sunyi tu rasa macam ada yang tak kena. Bila ada bunyi, rasa macam “okay… hidup ni masih normal.”

4. Kita perlukan “zon nak masuk tidur”

Tidur tu bukan macam tekan suis lampu terus off. Kita perlukan masa nak landing. TV tu jadi macam runway sebelum mata pejam. Macam flight pun tak boleh terus mendarat, dia pusing-pusing dulu.

5. Kita proses emosi cara senyap-senyap

Kadang kita stress, tapi tak reti nak luah. So, kita tengok balik rerun Friends ke, layan cerita Korea yang kita dah hafal ending dia pun takpe. 

Sebab tu semua bantu kita proses rasa tanpa sedar. TV tu macam therapist… tapi tak cas mahal.

6. Kita jenis pilih selesa daripada “optimum”

Ada orang anggap tidur tu macam satu tugasan. Mesti kena optimizekan tidur. Mereka tutup lampu, pakai eye mask, letak lavender oil. 

Kita? Janji  ada TV jalan, kita terlentang kat tilam, kepala kat bantal, DONE. Tak kisah tidur deep ke tak, janji lena.

7. Imaginasi kita tak reti diam

Otak kita kreatif sangat. Bila baring je, mula la berfikir macam-macam. Fikir “kenapa ex aku macam tu”, tadi kenapa boss pandang kita macamtu... sampailah ke “kalau aku billionaire, aku nak beli apa dulu?” Otak macam tak boleh berhenti fikir.

So, bila nak tidur biar tv pasang, TV tu sebenarnya tolong redirect minda kita ke benda lebih tenang… atau kelakar.

8. Kita sebenarnya rindu ‘rasa berteman’

Walaupun kita tidur sorang, tapi bila ada bunyi TV, rasa macam ada “someone” kat sebelah. Bukan makhluk halus, okay. Tapi macam… suara orang gelak ke, bercakap ke... rasa tak sunyi sangat. Macam ada geng dalam bilik.

---

Kesimpulannya:

Tidur dengan TV pasang atau movie tengah main, bukan sebab kita pelik. Kita cuma guna cara sendiri untuk rasa tenang, rasa ditemani, dan bagi otak kita satu ruang soft landing sebelum lena.

Kalau orang lain rasa benda ni pelik, takpe. Kita okay je. Asal dapat mimpi indah.

Siapa geng tidur lena sambil tv menyala? Boleh respon dan cerita...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...