Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Taman Peramu Sejahtera, Pekan dengan downpayment RM500 sahaja

Di KL, kalau ada bajet nak beli rumah dalam RM300,000, jangan berangan nak dapat rumah atas tanah. Mereka hanya dapat rumah atas awan je. Rumah apartment. Tapi orang Pekan atau Kuantan bertuah. dengan harga RM239,000++ pun boleh dapat satu rumah teres unit tengah.  Ni ada satu projek baru ni. Taman Peramu Sejahtera. Lokasi bagus, 2 km je dengan Universiti Automotif DRB- Hicom. Betul-betul sebelah Deftech. 6 km ke bandar Pekan. 19km ke Universiti Malaysia Pahang. Ada 2 type Type A: saiz tanah 25 x 62 Type B: saiz tanah 26 x 62 Ada 4 bilik dan 2 bilik air Kemudian ada ruangan khas untuk menjemur pakaian dan ruang tambahan. Unit pun tak banyak. Cuma 30 unit sahaja. Kawasan ni pula kawasan kejiranan Melayu. Ia tanah leasehold rezab melayu. Booking hanya RM500 sahaja Rebet 10% jadi tak perlu bayar downpayment dah, kecuali duit booking tu sahaja. Free legal fee SPA Free legal fee loan. Berminat dengan projek ni? Boleh call saya Rohania...

Kenapa perlu jual rumah?

Haaa... ramai orang kongsi macamana nak beli rumah kan. Hari ni saya nak tulis macamana nak jual rumah. Ok, mula-mula kita nak tau, kenapa nak jual rumah tu? Ada beberapa sebab kenapa pemilik hartanah menjual rumahnya. 1) Malas nak layan perangai penyewa.  Ni alasan glemer. Bukan semua orang sanggup layan karenah penyewa yang asyik komplen tapi sewa bayar lambat. Ada juga sakit hati tengok rumah rosak lepas penyewa keluar. Terus patah hati rasa nak jual je rumah tu. Bila kes begini, kalau rumah ni lambat terjual, owner kena sanggup bayar ansuran bulanan. Sebab rumah kosong kan. Nak jual mungkin makan masa beberapa bulan. Dah dapat jual, kena tunggu 6-9 bulan pula untuk proses selesai. Jadi, ok tak kalau bayar installment sepanjang beberapa bulan atau hampir setahun ni? 2) Rumah jauh dari lokasi sekarang Ha... ni pesen masa beli dulu duduk KL. Lepas tu dah dapat pindah ke kampung kat Kedah. Dah tak nak balik KL dah. Malas nak sewa, jual je la. Kes begini...

Panas: 1,058 pembeli rumah terawal saman PR1MA

Semalam kecoh berita 1.058 pembeli rumah PR1MA saman pemaju kerana menyebabkan kerugian pada mereka. Ceritanya begini. Pembeli rumah berkenaan adalah pembeli dari 24 projek PR1MA antaranya PR1MA Kuala Ketil Kedah, PR1MA Marudu Sabah, PR1MA Melaka Tengah, PR1MA Jubilee Kuala Lumpur, PR1MA Tebrau Johor, PR1MA Padang Siding Perlis, PR1MA Gambang Pahang dan PR1MA Bintawa Sarawak. Pada awalnya mereka membeli rumah ni pada harga lebih kurang RM350,000. Saya percaya ada yang berharga dalam RM300,000 atau hampir RM300,00 sebab inilah range rumah PR1MA. Biasanya kalau kita beli rumah under con, siapa beli awal akan dapat diskaun banyak kan. Harga pun lebih murah. Kemudian siapa beli lewat, harga dah naik ataupun diskaun dah kurang. Kiranya siapa beli cepat, dia untung. Tu logik lah. Tapi kali ni terbalik. Siapa beli awal, mereka beli harga asal. Tanpa diskaun. Tapi siapa beli lewat pula yang dapat diskaun banyak. Apa cerita ni? Macam ni lah.. biasanya rumah yang dibina...