Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buku

Booktalk percuma. Tolong Luluskan: Strategi Pinjaman Rumah yang Anda Belum Tahu

Ramai nak beli rumah, tapi bila submit dokumen ke bank, permohonan pinjaman tak lulus. Lagi sadis, belum bagi apa-apa dokumen pun. Baru bagitau profil kerja apa, gaji apa, pinjaman sedia ada apa... agent rumah terus geleng.  Loan sure tak lepas. Sakit hati kan. Haaaa... kes macamni, korang wajib baca buku Tolong Luluskan: Strategi Pinjaman Rumah yang Anda Belum Tahu. Buku ni tulisan Kenny Lee Chia Sern.  Terbitan Kasi Terbit (saya la tu) pada Jun 2020. Untuk pengetahun korang, saya dan kawan penerbit, Dua Penulis, ada tubuhkan satu kelab pembaca dan penyokong. Namanya kelab tu KUDOS. Shortform untuk Kelab Untuk Dunia Ohsem berSama. Jadi ahli ni percuma je. Tapi ada banyak benefit seperti diskaun dan kos pos. Nanti saya cerita dalam posting lain. Jadi, bulan ini, KUDOS nak bawa satu event secara online.  Booktalk buku ini, Tolong Luluskan: Strategi Pinjaman Rumah yang Anda Belum Tahu. Dah tentu la yang akan share semasa booktalk ni adalah Kenny Lee, penulis buku ini. Kenny...

Untung betul Makcik Kiah. Laki dia bawak Grab.

Tiba-tiba kisah Makcik Kiah jadi tular. Si penjual pisang goreng yang tinggal di PPR Desa Tun Razak. Suaminya pesara dan sekarang membawa Grab. Anak Makcik Kiah pula adalah peminjam PTPTN.  Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia (dan penulis teks ucapan) kerana menggunakan contoh rakyat marhain dalam menjelaskan Pakej Rangsangan Ekonomi pada petang Jumaat, 27 Mac 2020. Makcik Kiah adalah contoh kehidupan 40% daripada rakyat Malaysia. Makcik Kiah adalah kisah ramai. Makcik Kiah mungkin juga kisah kita. Kisah rakyat marhain yang mencari rezeki pada saat gawat. Ditambah pula suami Makcik Kiah si pesara yang terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan menjadi pemandu e-hailing. Ya, pemandu e-hailing adalah rakyat stereng yang berusaha untuk melawan kegawatan dengan menggabungkan kudrat dan keupayaan ekonomi 'gig'. Istilah ekonomi gig ini semakin popular digunakan semenjak wujudnya platform perantara perkhidmatan secara digital sepe...

Berniaga online tapi nak beli rumah. Macamana tu?

salam saudari. sy mengikuti penampilan saudari d tv1 pagi ini. penampilan saudari mencuit sy dan buat sy terfikir tentang keadaan sy. sy adalah graduan sarjana tetapi tidak berkerja. skrg menjalankan bisnes online . sy sudah berkahwin dan anak perempuan 3. suami tidak berminat utk buat hibah atas harta nya dan sekiranya berlaku apa2 padanya hanya faraid spt biasa akan berlaku kpd sy dan 3 anak prempuan sy. soalan sy : 1. sy buat bisnes online. dan sy simpan duit. adakah sy boleh beli rumah? 2. kalau boleh, apakah mungkin step saudari boleh list kan pada sy utk sy follow satu persatu? maafkn sy jika msg mngnggu saudari. terima kasih utk masa n maklum blas. **** Jawapan saya, harap membantu 1. Daftar perniagaan dengan ssm 2. bukak akaun semasa dengan bank 3.Setiap pendapatan perniagaan, masukkan dalam akaun bank. Kalau nak beli rumah, masukkan banyak-banyak. 4. Declare cukai selama dua tahun berturut-turut. Kalau nak beli rumah dan buat loan, declare income banyak...

Booktalk percuma: Kurangkan Cukai Secara Sah

Nak tahu macam mana nak kurangkan cukai secara sah? Haaaa jemput hadir ke Book Talk bersama  Rezduan Bakar  merungkai persoalan ini. Kami tahu, mesti anda terfikir perkara ini kan?  Lagi pula belanjawan 2019 sudah dibentangkan.  Jadi, jangan tak datang. PERCUMA sahaja!!!! Tak kan nak tolak. Rugi lah! Tarikh : 11 November 2018 Hari : Ahad Masa : 10 pagi - 12 :30 tengahari Venue : Bilik Putih, 1-06, Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100, Shah Alam Untuk pertanyaan / RSVP sila hubungi saya ya : +6012-3547636 Cepat! Ilmu untuk dikongsi percuma sahaja  :)  Rugi kalau tak dapat!

Buku-buku hot dihantar ke rumah anda

bakal jutawan hartanah... jika ada rm50,000, mereka beli kedai jika ada rm5,000 mereka beli rumah jika cuma ada rm50, mereka beli buku. #rohaniahnoorquote Ahaa... sebenarnya saya nak beritahu, pelaburan yang paling penting , sangat berguna tetapi murah adalah pelaburan pada diri sendiri. Laburkan duit yang sedikit untuk membeli buku-buku yang dapat memberi kita imu dan perkongsian pengalaman. Haa... ni kat sini ada banyak buku-buku kot yang korang boleh order. Yang ni buku-buku terbitan Kasi Terbit, syarikat penerbitan kami la ni. Ada buku hartanah, ada buku travelog dan ada buku perubatan. 1. Beli Rumah Kababoom! - oleh Rohaniah Noor yang ni dah tinggal 2 je. lepas tu sold out 2. Penyewa Hantu Tuan Rumah Buaya - oleh Rohaniah Noor 3. Krabi Pergi Naik Bas Balik Naik Tren - oleh Normi NAS 4. Seoul dengan RM1400 Je? oleh Normi NAS 6. Backpack Pusing Jerman oleh Normi NAS 7. Ummi Oncall Lagi oleh Dr Nurul Khairiyah 8. Backpack Bonceng Motor Medan - Parapat _ Beras...