Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel foto Rohaniah Noor

200k deposit, boleh tak?

Hari ni sampai jam 4 petang saya jaga booth the Vyne di NSK Kuchai Lama. Boleh kata majoriti yang datang ke sini adalah chinese, memang untuk membeli barang keperluan. Sama ada datang seorang atau dengan keluarga. Pakaian sempoi je. Semuanya datang, beli barang dan keluar dengan troli. Tak ada sangat couple muda bujang berdating kat sini. Tadi seorang ayah berumur dalam 50an singgah di booth dengan anak perempuan nya. Gaya macam anaknya tu umur 20an. Dia bertanya mengenai lokasi dan unit paling kecil di The Vyne. Saya pun beritahu lokasi dalam 5 minit je dari sini. 855 sqft, 2 bilik. Harga paling murah RM480K. Ada 10% diskaun, 5% cashback, free maintenance fee 1 year, free stamp duty, free legal fee. Booking cuma 1k. Kemudian dia tanya dengan bahasa melayu, loan berapa? Saya pun menjawab, encik sudah ada berapa rumah? Kalau rumah kedua, loan maksima 90%. Kalau rumah ketiga loan 70%. Si ayah, saya gelarkan Mr Law, beritahu ini untuk anaknya tu. Anaknya pun se...

Kedai 2nd hand Semenyih

Kat kedai ni saya dapat beli 2 kerusi eksekutif yang tempat sandarnya sampai kepala pada harga rm100 satu. Kalau beli baru harganya tak kurang dari rm250. Saya pernah beli kerusi kerani pada harga rm50. Kalau beli baru, harga dalam rm120. Saya juga beli bed side table pada harga rm20. Solid wood. Kalau beli baru, kayu murah pun harga lebih kurang rm100. Kedai 2nd hand di Semenyih. On the way dari pekan Semenyih ke Tesco, pandang kanan. Jangan kata ahkak tak payung.

banyaknya insurans untuk rumah

MRTA atau MRTT adalah insurans yang akan bayarkan baki hutang pinjaman rumah apabila kita meninggal atau hilang upaya kekal. Huruf A terakhir tu maknanya assurance, insuran konvensional. Huruf T terakhir tu maksudnya Takaful, insuran Islamik. MRTA atau MRTT ni attached kepada rumah. Jadi kalau jual rumah tu, insurans tu pun dah tak protect. tapi bayar sekali sahaja. Lump sump. MLTA atau MLTT pula macam insurans nyawa. Kena bayar bulanan, ada tempoh matang tapi benefitnya khusus untuk tolong settlekan baki pinjaman rumah bila kita meninggal atau hilang upaya kekal. Tapi dia attached pada peminjam, jadi boleh tukar rumah mana-mana yang peminjam beli asalkan jumlah perlindungan tu cukup. Kalau jual satu rumah, insurans tu pindahkan ke rumah lain pulak lah. Jangan keliru dengan insurans yang kita bayar setahun sekali pada pihak pengurusan bangunan. Tu fire insurans, kalau rumah terbakar. Ada juga fire insurans yang cover bencana alam atau mana tahu kalau swimming pool atau t...

Potong mangga sebelum VP

Rumah ni dah dijual. Tapi sementara menunggu proses tukar hakmilik selesai, owner nak sewakan je la. Lagipun buyer pun beli untuk sewakan juga. Sekali agent yang pegang kunci hilangkan satu bundle kunci rumah termasuklah kunci rumah ni. Ding dong ding dong, dah 2nd disbursement. Vacant posession atau penyerahan kosong rumah dah nak berlaku. Kunci rumah harus diserahkan kepada peguam untuk diserah kepada buyer. Apa lagi.. Terpaksa lagi pagi ni pergi potong mangga. Pergi kedai hardware berhampiran, caj rm53 termasuk GST. Resit simpan, nak claim balik dari agent yang hilangkan kunci. #potongmangga #kisahperundinghartanah

Terpaksa jadi separuh jutawan dengan satu rumah.

Dua minggu lepas, saya melawat rumah rakan bekas sepejabat saya. Dia nak sewakan rumahnya, nak minta saya tolong carikan penyewa. Rumahnya ni sebuah unit kondominium di Casa Idaman, Tropicana, Petaling Jaya. Ada 3+1 bilik dan 3 bilik air. Fully furnish, memang cantik gila perabot dia. Banyak build in furniture sebab dulu dia ingat nak duduk situ. Nak ceritanya, dia beli rumah ni pada tahun 2005. Harga masa tu lebih kurang RM280k. Uihhh masa tu rasa mahal betul hartanah ni. Kondo pun sampai dekat 300K? Mahal giler! Tapi walaupun mahal, kawan saya beli juga. Sebab konon nak duduk kan.. Pejam mata, bulatkan hati, jadi berani.. Letak booking, terus beli! Lepas rumah siap, dia fikir jauh pula nak ulang-alik ke tempat kerja di Putrajaya. Jadi, dia sewakan je la. Pejam celik, tarik nafas, hembus nafas. Sekarang ni harga pasaran rumah ni dah lebih RM700K. Tak caya gi search kat iproperty. Casa tropicana for sale. Nak bagitaunya, dulu masa nak beli, dia rasa mahal ...

October 04, 2015 at 09:10AM

Teknik jimat legal fee bila jual rumah. Guna lawyer yang sama dengan pembeli. Gambar: rumah landed untuk dijual. RM 275k, market value 300k. Below market. Lokasi Rinching, Semenyih. Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1PcoEYz

macamana nak start?

Baru je sampai rumah dari Damansara. Ada prospek buyer nak tengok rumah apartment di Flora Damansara corner lot untuk dijual. Below market value. Sebelum tu kami di Ampang. Mereka nak view kondo below market value di taman kosas yang saya iklankan. Prospek buyer merupakan sepasang suami isteri dengan seorang anak yang baru berusia setahun setengah. Kagum saya melihat mereka. Gigih dukung anak, naik tangga, naik lif ke sana ke mari untuk mencari rumah yang sesuai dibeli untuk pelaburan. Begitulah.. bukan senang nak senang. Kena ada niat, azam dan mulakan. Ada orang tanya saya, dia dah lama berminat nak buat pelaburan hartanah. Tapi tak start-start. Jadi, macamana nak start? Untuk jawab soalan ni, saya nak tanya satu soalan dulu. Serius ke tak sebenarnya? Kalau serius, kalau hati memang ada keinginan yang kuat, soalan ini takkan muncul. Sebab bagaimana nak start adalah dengan start. - start cari ilmu - start tetapkan objektif pelaburan. Contoh: Nak beli untuk sew...

Dilema sewa pejabat murah atau soho mahal?

Tiga hari lepas saya mengendeng dan mengikut sepasang suami isteri yang merupakan usahawan yang terkenal pergi melihat-lihat unit soho baru di Kota Damansara. Mereka ni bermula dari bawah. Dari perniagaan di rumah hinggalah ke berkongsi pejabat dengan kawan-kawan. Setiap syarikat ada bilik sendiri. Ruang di luar bilik untuk kegunaan bersama. Humble, jimat kos tapi tak mengecilkan impian dan operasi perniagaan mereka. Alhamdulillah perniagaan semakin rancak dan membesar, mereka perlukan pejabat yang lebih luas. Itu yang mereka mencari dan survey di mana sesuai untuk dijadikan pejabat baru. Encik usahawan, puan usahawan dan saya pun melihat dua unit SOHO di situ, dengan ditemani agen. Satu unit dalam 800++ sqft. Sewa dalam RM2500. Satu unit lagi dalam 900++ sqft. Sewa dalam RM2600. Setiap unit siap dengan laminated floor, lighting, aircond, blind serta di dapur atau pantrinya siap-siap ada kabinet dapur, hob, hood, sink, peti ais dan microwave oven. Cantik, kemas, mewah. ...

Sifir Ganda Wang

Beli rumah bukan sebab kita hamba wang. Tapi sebab kita nak wang jadi hamba kita. Dengan modal serendah RM1,000 tak pasal-pasal boleh kaut untung RM100,000 bila jual balik atau refinance rumah tu. Dah untung RM100,000 kena ingat, duit tu untuk keluarga dan isteri. Paling bagus guna untuk beli hartanah seterusnya. Tapi jangan lupa zakat 2.5%. Dengan 2.5% tu insya Allah rezeki boleh berganda 250%. Nampak tak sifirnya? Gambar: Kondominum The Heron untuk dijual. Lokasi Puchong. 1260 sqft, 3+1 bilik, 2 bilik air. #semuaorangbolehbelirumah Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1QeBRCx

Cat boleh lap, cat tak boleh lap?

Weekend ni saya ada projek besar. Projek mengecat rumah idaman saya dan keluarga. Ahaa... Alang-alang nak mengecat, saya nak berkongsi sikit mengenai cat ni. Gebanglah istilah gempak macamana pun. Bagi kita tuan rumah ni, nak bagi senang faham, cat ada dua jenis je. 1) cat kapur 2) cat boleh lap-lap. Cat kapur ni biasa jual dalam tong1 liter, 7 liter dan 16 liter. Tengok gambar tong cat warna putih tu. Standard sama tak kisah la jenama jotun, nippon, skk, maxilite atau apa jugak. Harga RM30++ - 40++/untuk 7 liter. Cat boleh lap-lap ni lebih tahan lasak. Tahan kena cuaca hujan dan panas. Kalau kena conteng dengan pen, boleh lap je kasi bersih. Jual dalam tong 1 liter dan 5 liter. Warna terlalu banyak pilihan. Nanti dia masuk mesin, campur warna untuk jadi macam yang kita order dan goncang-goncang. Harga RM 80++ - 110++ untuk 5 liter. Kalau nak sewa rumah kat expat, pakai cat boleh lap-lap lah. Nampak kualiti. Kalau buat homestay, elok juga pakai cat boleh lap-lap pa...

Mahal mana kereta yang mahal?

Sambungan perkongsian rahsia kereta semalam. Bila saya kata 'dapat gaji je terus beli kereta yang mahal', makna perkataan mahal tu bukan kereta berharga RM70,000 ke atas. Mahal atau murah ni subjektif. Bergantung pada pendapatan kita. Orang bergaji RM2,500 merasakan kereta berharga RM 70,000 itu mahal. Tapi bagi pilot atau kapten kapal yang berpendapatan RM20,000 sebulan, mungkin kereta sebegitu macam celah gigi dia je. Nak beli rumah lagi dan lagi? Pakailah kereta yang ansuran bulanannya tak lebih 13% dari gaji. Kalau lebih dari tu, kereta itu terlalu mahal buat anda dan di luar kemampuan anda. Sebab kalau pinjaman dah banyak kat kereta je, margin yang tinggal untuk buat pinjaman rumah dah kecik. Tu belum kira kad kredit, pinjaman rumah untuk duduk sendiri, pinjaman peribadi dan pinjaman ASB. Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim masih pakai Myvi walaupun wang simpanan dalam banknya ada RM8juta. "Tapi Rohaniah, bagaimana kalau 13% dari gaji saya...

May 28, 2015 at 05:43AM

Sambungan Tips Jimat Kos Peguam. Kalau dah buat muka sedih, tapi peguam tu tak dapat atau tak beri diskaun, jangan la terus ban peguam tu. Ingat. yang paling penting adalah peguam tu dapat buat kerjanya dengan baik. Dapat jaga kepentingan kita sebagai client dia. Bukan pada diskaun seratus dua. Kalau dia buat kerja cun, tak beri diskaun pun tak apa. Kalau dia buat kerja cun tapi beri diskaun, itu bagai bulan jatuh ke riba. Tapi kalau dia buat kerja cun, bujang, wajah dan budi bahasanya pun cun, itu namanya jalan ke sorga. #semuaorangbolehbelirumah #tipsbelirumah Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1QaUHFl

Tips jimat kos peguam

Tips 1: Kalau anda pembeli, jangan lupa buat muka sedih dan ayat manis minta diskaun. Dapat diskaun RM100 atau RM200 pun duit juga. Kalau anda penjual, guna lawyer yang sama dengan pembeli. Jadi tak dikenakan caj penyediaan SPA. Gambar hiasan: Flora Damansara Blok F 850 sqft 3 bilik 2 bilik air. Corner lot. Nak jual RM210K, market value RM235K. Call / whatsapp 0123547636 #semuaorangbolehbelirumah #rumahuntukdijual #rumahbelowmarket #belowmarketvalue Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1AsDHZp

Apa Offer to Purchase form ni?

Baru pulang bertemu vendor untuk menandatangani Offer to Purchase form. Apa tu? Offer to purchase form ni dalam bahasa mudahnya borang booking rumah. Borang ni digunakan dalam urusan jual beli rumah subsale. Pembeli tandatangan borang ni tanda menawarkan untuk beli rumah ni pada harga sekian sekian dengan deposit 3% dan terma yang tertera di borang tu. Penjual atau vendor tandatangan sebagai tanda setuju untuk menjualkan rumah ni pada harga sekian sekian dengan deposit dan terma yang telah tertera. Bila dua-dua pihak dah tandatangan, maknanya perjanjian dah tertera. Penjual dah tak boleh jual pada orang lain. Pembeli dah terikat untuk teruskan pembelian. Siapa batalkan hasrat, duit deposit burn dan boleh dikenakan bayaran penalti. #prosesjualbelirumah Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1BlHS48

posing Havoc

Dr Azizul kata masa talk dia tadi, cik Rohaniah tu gen Y. Woww.. Itu satu penghormatan kepada kecomelan saya. Kerana itu, saya berbesar hati ajak dia bergambar bersama meskipun akan jelas ketara berdiri tak sama tinggi duduk sama bergaya. #havochartanah #rohaniahnoor #semuaorangkenabelirumah Dr Azizul kata masa talk dia tadi, cik Rohaniah tu gen Y. Woww.. Itu satu penghormatan kepada kecomelan saya. Kerana itu, saya berbesar hati ajak dia bergambar bersama meskipun akan jelas ketara berdiri tak sama tinggi duduk sama bergaya. #havochartanah #rohaniahnoor #propertywaltz #semuaorangkenabelirumah Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1bYWpMu

Antara penghavoc

Memang havoc habislah JB kali ni. #havochartanah #rohaniahnoor #semuaorangkenabelirumah

Ekspo Prospek Hartanah

Ekspo Prospek Hartanah di Festival City Mall, Setapak. Ada pameran hartanah dan talk percuma pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 12.00 tengah hari. Insya Allah saya akan berkongsi topik mengenai penyewaan rumah pada hari Sabtu jam 12.00 -12.45 tengah hari. Lepas tu sesi speaker lain pula. Kawan-kawan kat Lembah Klang yang nak belajar mengenai pelaburan hartanah, jemput datang ya. #semuaorangkenabelirumah #propertytalkpercuma #prospekhartanah #rohaniahnoor #festivalcitymall #sewarumah #pelaburanhartanah #hartanah

Jalan terus

Setiap hari kita akan temui pelbagai halangan dan menempuhi pelbagai cerita. Ada orang yang menyukaimu tanpa sebab. Ada orang menyakiti hatimu tanpa sebab. Asal kita tahu apa yang kita lakukan itu sehabis baik terus dari hati, jalan terus sahaja. Jalan terus, jalan tunduk. #motivasi #elephant #elephanttrekking #krabi #aonang #jalanterus #jalantunduk #rohaniahnoor Setiap hari kita akan temui pelbagai halangan dan menempuhi pelbagai cerita. Ada orang yang menyukaimu tanpa sebab. Ada orang menyakiti hatimu tanpa sebab. Asal kita tahu apa yang kita lakukan itu sehabis baik terus dari hati, jalan terus sahaja. Jalan terus, jalan tunduk. #motivasi #elephant #elephanttrekking #krabi #aonang #jalanterus #jalantunduk #rohaniahnoor #propertywaltz Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1EiBeM7

ANTARA DUA DARJAT

Perasan tak yang sesama kita kalau mohon pinjaman, akan ditawarkan kadar faedah yang berbeza? Walaupun dari bank yang sama. Ada yang dapat lebih murah Ada yang dapat lebih tinggi. Kenapa jadi begitu? Jawapannya kerana darjat sesama kita tak sama. Ohoooo! Jangan salah faham. Ini bukan filem antara dua darjat P. Ramlee dan Saadiah. Ini kisah dua darjat peminjam yang profilenya berbeza. En Jamil seorang eksekutif muda. Mahu membeli sebuah apartment kos sederhana pada harga RM 120K. Beliau ke bank berwarna biru muda dan memohon pinjaman. Akhirnya bank luluskan pinjamannya dengan kadar pinjaman 5.05%. En Sazali pula seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Beliau mahu membeli sebuah rumah teres berharga RM480K. Jadi beliau juga pergi ke bank berwarna biru dan memohon pinjaman. Pinjamannya diluluskan pada kadar 4.65%. ****************** Pipit masakan sama dengan enggang ****************** Kadar faedah memang berbeza bergantung pada amaun pinjaman. Lagi besar ...