Langkau ke kandungan utama

Dilema sewa pejabat murah atau soho mahal?

Tiga hari lepas saya mengendeng dan mengikut sepasang suami isteri yang merupakan usahawan yang terkenal pergi melihat-lihat unit soho baru di Kota Damansara.

Mereka ni bermula dari bawah. Dari perniagaan di rumah hinggalah ke berkongsi pejabat dengan kawan-kawan. Setiap syarikat ada bilik sendiri. Ruang di luar bilik untuk kegunaan bersama.

Humble, jimat kos tapi tak mengecilkan impian dan operasi perniagaan mereka.

Alhamdulillah perniagaan semakin rancak dan membesar, mereka perlukan pejabat yang lebih luas. Itu yang mereka mencari dan survey di mana sesuai untuk dijadikan pejabat baru.

Encik usahawan, puan usahawan dan saya pun melihat dua unit SOHO di situ, dengan ditemani agen.

Satu unit dalam 800++ sqft. Sewa dalam RM2500.
Satu unit lagi dalam 900++ sqft. Sewa dalam RM2600.

Setiap unit siap dengan laminated floor, lighting, aircond, blind serta di dapur atau pantrinya siap-siap ada kabinet dapur, hob, hood, sink, peti ais dan microwave oven. Cantik, kemas, mewah.



Sementara tuan usahawan meninjau-ninjau sekeliling, puan usahawan bercerita kepada saya.
Mereka dilema juga.
Mereka ada juga tengok satu unit pejabat di bangunan kedai pejabat 3 tingkat.
Di kawasan yang sama. Tak jauh dari pejabat sekarang.

Yang pejabat tu luas lebih besar. 20x70 kan. So 1400 sqft.
Sewa RM2000 tapi kosong lah. Lampu, karpet, aircond semua tak ada.
Kalau nak sewa unit ni, kena buat renovation dulu.

Berbanding unit SOHO ni, tinggal angkat masuk meja, kerusi dan kelengkapan sahaja.
Tapi lebih kecil.

Memandangkan lokasinya sama, cuma bangunan berbeza, jadi soal lokasi dah boleh tolak tepi.

Saya tanyakan kepada puan usahawan. Kalau buat renovation, agak-agak berapa kosnya?
Puan usahawan jawab, paling-paling pun RM40,000.

Baik, mari kita tengok berapa lama kos reno tu boleh cover semula berbanding sewa SOHO yang tak perlu renovation.

Sewa soho = 2500 ( ambil unit yang 800++ sqft untuk pengiraan)
Sewa unit pejabat = 2000
Beza = 2500 - 2000 = RM500.

Kos renovation = 40,000
40,000 ÷ 500 = 80

Bermakna, kalau sewa unit pejabat berbanding soho, ia memerlukan kos permulaan yang lebih besar yang mana beza sewa untuk bulan ke 80 baru boleh cover.

80 bulan bersamaan dengan 6 tahun lebih.

Jadi, nak sewa lebih tinggi sedikit tapi tak ada kos renovation
Atau
Nak sewa murah tapi kos reno yang lebih 6 tahun baru boleh cover?

Saya rasa puan usahawan dah ada jawapannya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...