bila nak bermula? ramai yang sudah baca banyak buku mengenai pelaburan hartanah tapi belum juga mula beli rumah. ramai yang sudah pergi banyak seminar oleh pelbagai guru tapi belum juga mula beli rumah. bila mahu mula? bila mahu bergerak? tak berani? takut? tak ada modal? tak ada keinginan yang tinggi? yup.. itu sebenarnya... keinginan anda untuk melakukannya tidak cukup tinggi. cuba fikir... dari skala 1 hingga 10, skala 1 untuk tidak mahu buat. skala 10 untuk die die mesti kena buat. berapakah skala anda untuk beli at least 1 rumah pelaburan tahun ini? fikir 5 saat dan jawab. siapa yang jawapannya 1 ? ok, anda salah blog untuk membaca. siapa yang jawapannya 5 ? siapa yang jawapannya 8 ? nak buat ... bersungguh.. so letak 8 sebagai skala. siapa di skala 9 ? sangat nak buat. memang minat. memang bercita-cita nak ada rumah sewa 10 buah. tapi tak adalah sampai die die. siapa pula yang meletakkan skala 10 ? die die... apa pun halangan mesti kena buat juga...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.