Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Jom Cari Rumah Hari Ini Sampai Ahad

Ke mana sabtu dan ahad ini? Mahu ilmu pelaburan hartanah secara percuma? Kalau mahu berjaya dalam pelaburan hartanah, proses menimba ilmu sepatutnya diletakkan sebagai satu prioriti. Kalau perkongsian ilmu tu pula percuma, apa lagi alasan kita? Teringat satu ketika dulu saya memang sangat rajin ke Property Talk semasa expo iPropert Speaker best, ilmu yang dikongsi tu power kemudian percuma pula tu. Saya ingat lagi, orang melayu yang hadir tak sampai 10% dalam sesi talk tu. Nampak orang Melayu ramai kat dalam mall, kat kedai shopping atau window shopping. Tak mustahil orang melayu masih ketinggalan lagi. Kali ini satu lagi perkongsian ilmu pelaburan hartanah secara percuma dalam majlis terbuka akan diadakan. Acara Jom Cari Rumah akan diadakan di SACC Mall dari hari ini , 28 Nov hingga Ahad 30 Nov 2014. Akan ada pameran hartanah dan sesi talk. Sesi talk akan diadakan pada hari esok, Sabtu dan Ahad bermula jam 1.00 tengah hari hingga jam 4 petang. Ada 5 orang spe...

Beli Rumah Tanpa Modal Satu Mitos?

Biasa terngiang-ngiang atau anda terbaca mengenai beli rumah tanpa modal kan.. Wah.. orang cakap boleh beli rumah tanpa modal. Maknanya tak payah keluar duit langsung lah ya? Kalau yang belajar properly dan baca artikel berkaitan dengan cermat, akan dapat tahu teknik yang sebenarnya. Yang main dengar-dengar ni.. mula la menimbulkan mitos seperti berikut: 1) Tengok je iklan, terus tanya agen atau penjual. "Saya nak markup s&p boleh? " Padahal tak check market value pun.. 2) Tengok je iklan tu murah sikit dari iklan orang lain, terus anggap rumah ni below market. Tak check market value betul-betul pun. 3) Bila rasa tu rumah tu 10% below market value, terus anggap tak payah bayar deposit langsung. markup s&p, loan 90%, rumah 10% below market value.. so tak payah bayar deposit la kan sebab 10% deposit tu loan boleh cover. 4) Belum apa-apa, baru tengok iklan dan mengendeng minta diskaun ke tahap 10% below market. Rumah pun belum tengok. 5) Lupa ada yur...

Havocers di JB

Saya baru malam tadi lepas maghrib sampai di rumah. Ahad full day ada Havoc Hartanah @ Iskandar Malaysia di Johor Bahru. Havoc betul event ni. Tiket sampai sold out beberapa hari sebelum majlis. Kerusi dan melimpah-limpah dah.. Itu pun masih ada yang call bertanyakan tiket pada last minute. Organiser dengan berat hati terpaksa tolak. Demi event ni, saya tidur jam 8 malam. Bangun semula jam 1 pagi..  iron baju, packing beg dan bersiap. Jam 2.45 pagi gerak dari rumah di Kajang. Mengantuk, isi minyak dan solat subuh.. 3 kali berhenti di R&R. Akhirnya alhamdulillah.. berjaya sampai di lokasi jam 7.30 pagi. Orang JB memang happening. Penuh Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) dengan peserta. Ada banyak booth projek baru developer yang dijual dengan harga 250k-500k di situ. Kiranya sambil menimba ilmu, boleh terus shopping atau update diri dengan projek terkini. Penting untuk tahu harga projek baru di sesebuah kawasan. Sebab harga pas...

Kondo dekat MRT bayar RM 5K sahaja

Biasanya projek perumahan berhampiran dengan LRT/MRT/komuter akan mengalami kenaikan harga yang sangat baik. Kerajaan umum sahaja akan ada stesen LRT / MRT / Komuter di situ, harga terus naik. Kerja pembinaan MRT mula, harga naik lagi. Siap sahaja MRT, harga naik lagi dan lagi. Hari-hari kemudiannya biasanya menyaksikan hartanah berhampiran stesen train ini akan menjadi panas dan harganya takkan turun. Nak lagi bonus kalau hartanah tu freehold. Kalau beli dan duduk sendiri pun boleh buat duit. Kalau beli untuk medium atau long term investment pun insya Allah boleh buat duit. Saya nak berkongsi satu projek baru. Oasis 1, Mutiara Heights, Kajang. Kondominium terbaru dari pemaju TLS Group, pemaju yang sama dengan Sepakat Indah dan Sepakat Indah 2 di Kajang. Kiranya kat Kajang, pemaju ni punya track rekod memang baik. Projek perumahannya memang harga naik dengan cantik dan township yang dibina memang berpotensi. Lokasi lebih kurang 3 km dari stesen MRT. Berhampiran den...

5 kerusi panassss

Hari ini saya akan buat persiapan penyediaan handout untuk Seminar Cukai Enterprise: Bayar Sikit Untung Banyak. Seminar ni saya rancang dan cari speaker yang berkelayakan kerana saya dapati sebagai usahawan, ramai yang tak ada idea macamana nak declare cukai perniagaan. Ramai yang nak elak. Ramai yang takut kena bayar banyak. Ramai yang susah nak beli rumah dengan pendapatan perniagaan sebab tak declare cukai. Ehem.. perhatikan istilah 'declare' di sini. Declare tak semestinya kena bayar Declare tak semestinya kena bayar banyak sampai rugi. Kita declare dulu dan kita decide, nak nampak untung ke nak nampak rugi. Nak beli rumah banyak, kita declare untung. Tak mahu tambah aset, kita declare rugi. Biarpun tax accountant boleh buat ini semua, tapi kita sebagai pemilik perniagaan harus ada ilmu ini. Baru kita boleh rancang betul-betul. Untuk sesi Sabtu ini, ada 5 tempat lagi. Untuk sesi 21 Disember ada 10 tempat lagi. Seminar sehari belajar sampai lebam da...

Biar betul orang JB ni...

Hari Ahad ini sangat bertuah nampaknya Suatu masa dahulu saya pernah merancang untuk berkongsi mengenai pelaburan hartanah di Johor Bahru Masa tu tahun lepas. Tapi sedihnya saya ni tak popular, jadi hanya ada seorang sahaja yang daftar untuk hadir Sehinggakan saya terpaksa batalkan sahaja kelas tu dan pulangkan duit. Ye lah.. kos ke JB pun dah berapa kan.. Itu kisah tahun lepas. Tahun ni, alhamdulillah ada speaker femes dan oraniser hebat jemput saya beri talk di JB maka dapatlah saya berkongsi ilmu pelaburan hartanah di sana. Havoc Hartanah temph hari di KL memang havoc habis. Gegaran terasa sampai ke Johor Bahru Itu sebab kali ni Havoc Hartanah akan turun ke JB pula Ada 5 speaker yang akan turun ke selatan demi bertemu pelabur dan bakal pelabur hartanah di sana. Faizul Rizuan: anak muda yang beli 25 buah hartanah pada umur 30 tahun Safuan Rahman : pensyarah yang banyak terlibat dalam subsale dan flipping rumah lelong Abang Abu: Mekanik Wang: pakar motivasi p...

Panggilan maut buat peminjam PTPTN

Minggu lepas, agak kecoh semula kes hutang peminjam PTPTN bakal disenarai ke dalam laporan kredit Bank Negara atau dipanggil sebagai CCRIS. Mereka yang terbabit adalah mereka yang tidak pernah membayar hutang selama  lebih 3 tahun yang lepas melibatkan hutang berjumlah 1.23 billion ringgit. Saya rasa ini satu panggilan maut buat mereka yang terlibat. Tolong jangan buat derk sahaja. Apa kesan dari penyenaraian hutang PTPTN di CCRIS? Ada 2 kesan sebenarnya. 1) Kebolehpercayaan peminjam Apabila seseorang memohon sebarang pinjaman, bank akan merujuk kepada laporan CCRIS setiap pemohon dahulu.  Laporan ini menyimpan semua pinjaman bank yang ada, amaun pinjaman dan rekod bayarannya. Adakah semua bayaran ansuran dibayar mengikut sepatutnya? atau adakah terdapat tunggakan di mana-mana bulan dalam 12 bulan kebelakangan ini? Sekeping kertas (atau mungkin beberapa keping kertas jika peminjam ada banyak pinjaman) akan menjelaskan segalanya. CCRIS y...

Bajet 2015: apa ada untuk pelaburan hartanah?

Kali ni saya terlambat betul berkongsi mengenai Bajet 2015 dari perspektif pelaburan hartanah. Padat sangatlah konon jadualnya dengan perkongsian ilmu pelaburan hartanah dan juga komitmen sebagai perunding hartanah Namun begitu memandangkan saya setiap tahun berkongsi mengenai Bajet 2015 untuk pelaburan hartanah di blog ini, saya perlu tulis juga. Untuk melengkapkan kandungan blog untuk bahan kajian saya sendiri satu hari nanti. Baik, sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, berikut adalah perkara yang akan berkaitan dengan pelaburan hartanah dalam Bajet 2015. 1) PR1MA Sebanyak 80,000 unit rumah PR1MA lagi akan dibina dengan peruntukan 1.3 billion. 2) Program Perumahan Rakyat Jabatan Perumahan Negara akan membina 26,000 program perumahan rakyat dengan peruntukan RM664 juta manakala sebanyak 12,000 rumah mesra rakyat dan 5,000 unit rumah idaman rakyat akan dibina melalui SPNB. 3) Skim Rumah Pertama Jika sebelum ini, rumah pertama yang ...

Bajet 2015: sesi penerangan percuma

Bajet 2015 dah dibentangkan di Parlimen tempoh hari. Wahhh.. nampaknya ada pelbagai reaksi yang diterima. Yang suka.. yang kurang gembira.. yang rasa, ini je ke? Saya setiap tahun memang menunggu-nunggu pengumuman Bajet ni sebab jika ada perubahan polisi, ia memberi kesan secara langsung pada pelaburan haranah kita di tahun berikutnya. Contoh macam dulu, nak jual rumah kena cukai atas keuntungan. Kemudian tak ada cukai. Kemudian ada balik pada kadar rendah Kemudian kadar naik.. dan pelbagai lagi polisi yang mungkin membuatkan pelaburan hartanah dan jual beli hartanah semakin panas atau semakin sejuk. Ada yang terlepas mengikuti pengumuman Bajet 2015 ke atas pelaburan hartanah? Ok tak kalau saya katakan, ada sesi percuma perkongsian mengenai Bajet 2015 oleh Faizul Rizuan? Berminat tak? Bagus sangat kan... Baik,  Maklumat majlis ini adalah: Tarikh: 9 Nov 2014 Masa: 1-3 pm Tempat : Nadayu 63 Tmn Melawati sales office Speaker: Faizul R...

Kongsi Ilmu Wajib Beli Rumah

Hari Sabtu lepas telah berjalan dengan lancar Seminar Ilmu Wajib Jual Beli Hartanah Seminar sehari anjuran So Rich Consultancy Tempat seminar di Ampang. Peserta memang sporting habis. Boleh dikatakan hampir semuanya usahawan. Modul seminar ini juga agak berbeza dengan seminar lain yang saya pernah anjurkan atau pernah saya berkongsi. Antara kandungannya adalah - bagaimana graduan perlu bermula - prosedur beli rumah yang betul - bagaimana mendapatkan pinjaman - mengenalpasti lokasi lombong emas - mengenalpasti Wowww effect - Bajet 2015 dan PR1MA - GST dan kesan pada pelaburan hartanah Target saya: balik dari seminar ni, insya Allah ilmu yang wajib ada sebelum membeli rumah dah ada dalam diri setiap peserta. Supaya tak ada yang kena tipu atau tersalah prosedur. Terima kasih kepada Tuan Zul dari So Rich Consultancy yang sudi menjemput saya sebagai speaker seminar ini. Semoga semua peserta mendapat manfaat dan insya Allah akan mulakan pelaburan hartanah mas...