Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kediaman mampu milik

Rumah Transit di Bukit Jalil: Harapan mempelai?

Sabtu lepas saya tertarik membaca berita mengenai Rumah Transit di Bukit Jalil Mulai awal 2014, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperkenalkan Program Rumah Transit. Rumah ini dibuka kepada pasangan rumahtangga muda untuk menyewa pada kadar RM 250 selama tempoh maksima 2 tahun sahaja. Buat permulaan, sebanyak 632 unit rumah ini akan diperuntukkan di Bukit Jalil. Rumah berkeluasan 650 sqft di Blok L dan Blok M di Pojek Perumahan Rakyat Pinggiran Bukit Jalil. Dikatakan projek PPR ini sebenarnya mempunyai 12 blok kesemuanya bermsanaan 3780 unit. Syarat-syarat pemohon: - warganegara Malaysia - telah berkahwin dalam tempoh setahun - umur 30 tahun ke bawah dan tidak mempunyai rumah sendiri - mengemukakan bukti bekerja di KL dan pendapatan isirumah RM 3,000 ke bawah - tiada rekod jenayah Untuk memohon, pasangan yang layak perlu mendaftar dalam a. bagi negeri selain KL, Sistem Pendaftaran Terbuka di Lembaga-lembaga Perumahan Negeri a...