Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pakej rangsangan ekonomi

Pakej Prihatin PKS: semua peniaga dan owner hartanah komersial wajib baca

Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin Tambahan. Sebelum ini, stimulus yang diberikan oleh kerajaan sangat tidak cukup membantu PKS dan membantu PKS mengekalkan pekerjaan. Ia lebih kepada memberi ikan kepada rakyat. Jadi atas maklumbalas yang kerajaan terima dari persatuan dan dewan perniagaan, kerajaan nampak yang ia tak cukup untuk memberi kayu pancing kepad rakyat. Ikan boleh habis dalam satu hari. Tapi bantuan kayu pancing dan penjagaan sungai, tasik dan laut sebagai sumber ikan sebenarnya yang lebih memberi jaminan. PKS adalah antara sumber ikan itu. Jadi, berdasarkan pengumuman semalam, inilah intipati pakej Prihatin Tambahan tersebut. 1) Subsidi upah untuk pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 ke bawah.  - bagi syarikat yang mempunyai pekerja sehingga 75 orang, subsidi gaji sebanyak RM1,200 sebulan untuk setiap pekerja. - bagi syarikat yang mempunyai pekerja 76 - 200 orang, sub...