Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel terminal pahlawan

Terminal Pahlawan, Melaka: Rahsia S&P terbongkar

Ramai kawan-kawan tertanya-tanya mengenai S&P yang saya previewkan tempoh hari Mereka mahu saya berkongsi mengenainya Rahsia kini terbongkarrrr...  hehehehe Sebenarnya ia adalah S&P untuk satu lagi projek komersial saya dan rakan-rakan. Kami beli satu unit di Terminal Pahlawan, Melaka. Terminal Pahlawan merupakan satu projek komersial oleh Hatten Group. Ia bersambung dengan Hatten Square dan Hatten Hotel, berada bertentangan dengan Dataran Pahlawan. Terminal Pahlawan sendiri terbahagi kepada 2 sayap. Sayap di belakang adalah terminal bas persiaran di aras bawah dan hotel boutique di aras 3. Akan ada 30 coaches bay di sana nanti. Manakala sayap dihadapan adalah 250 unit lot-lot retail dari tingkat bawah hingga tingkat 4. Tempat letak kereta pun ada sebanyak 3 tingkat. Menariknya projek ini bagi saya adalah 1) Harga Harga jualannya sebelum diskaun adalah sama dengan harga subsale retail lot di sini. Biasanya projek baru, harga jualannya per sqft...