Kata orang, rumahku syurgaku. Tapi kalau keadaan rumah dah nak menyamai kapal titanic yang dah beratus tahun tenggelam di dasar laut, adakah ia masih lagi ibarat syurga? Awal bulan lepas, penyewa rumah kawan saya di Domain 3 @Neocyber berpindah keluar. Oleh kerana kawan saya bekerja di atas kapal, maka dia meminta saya membantunya. Jadi saya yang mengambil kunci rumah ini dari penyewa. Rumah tu sangat bersepah. Banyak sampah kertas-kertas, kabinet, peti ais dan meja berhabuk dan kotor. Sink kotor dan nampak macam nak berkarat. Di dinding, ditampal dengan sticker lukisan, menyebabkan jika lukisan itu ditanggal, cat akan tercabut. Ada juga dinding yang catnya sudah pun terkopek, Cat juga kotor dan ada kekuningan. Di tandas, hos paip air perlu dibaiki. Air tidak berhenti menitik. Di bilik pula, pintu almari terkopak disebabkan rel di bawah pintu itu sudah terkopek. Cat di dinding bawah tingkap kaca pula berkulat kerana cermin itu mengalami sedikit ...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.