Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel apartment berservis

Pinda membawa bahagia

Ada yang masih keliru apabila ingin membeli projek perumahan baru. Mereka ingatkan ia kondominium, tapi rupanya serviced apartment atau apartment berservis. Eh eh, serviced apartment ni apa bezanya dengan kondominium atau apartment? serviced apartment ni dikira unit kediaman ke unit komersial? Serviced apartment adalah pembangunan projek untuk kediaman tetapi dibina di atas tanah komersial. Berbanding kondominium atau apartment, ia memang dibina di atas lot tanah kediaman. Jadi, ia projek komersial ke kediaman? Sebenarnya isu ini perlu dirujuk pada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) atau dalam bahasa inggerisnya Housing Development (Control and Licensing) Act. Kodnya, Akta 118 tapi untuk penerangan ini saya panggilnya HDA ya. HDA adalah nama manja akta ni di kalangan pemaju dan pelabur. Sebelum 2007, seksyen 2 akta ini mendefinisikan rumah tempat tinggal adalah untuk bangunan yang dibangunkan dan digunakan untuk tujuan kodiaman tapi tak termasuk banguna...