Saya baru pulang dari bercuti Hari Raya Aidladha semalam. eh... Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua! Di rumah mak, tak ada talian internet. Ada 2 kali je abang saya bawa balik modem wifi celcom dia. Tapi sekejap je ada.. Jadi, tak dapatlah saya update blog sepanjang bercuti raya baru-baru ini. Kebetulan terlupa bayar bil DIGI, Jadi handphone pun kena bar. tak dapatlah terima mesej di whatsapp. Jadi, semalam, bila sampai je ke rumah saya, saya terus buka notebook dan periksa email. Oh,, rupanya ada satu email dari sifu Faizul Rizuan. Beliau memaklumkan saya yang beliau ada talk semasa majli prebiu EVO SOHO. Butiran majlis tersebut adalah : Tarikh : 19 Oktober 2013 Masa : 10.30am Lokasi : PKNS Andaman Sales gallery di Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia Sebenarnya ramai juga yang bertanya saya mengenai EVO SOHO ini. Jadi, di sini saya tulis sedikit mengenai projek ini. EVO merupakan projek SOHO usaha...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.