Saya Dah Sertai Firma Guaman Ramai yang mungkin tak tahu. Sebenarnya saya ada dua ijazah dan satu diploma lanjutan. Ijazah pertama saya dalam Teknologi Maklumat. Sarjana Muda Teknologi (UTP, 2002). Lepas tu saya sambung belajar undang-undang. Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (UiTM, 2012). Kemudian saya ambil pula Diploma Lanjutan Amalan dan Syariah (UiTM, 2013). Walaupun ada kelulusan undang-undang, saya bukan peguam bertauliah. Saya belum lengkapkan syarat untuk jadi peguam beramal. Tapi minat dalam bidang undang-undang masih kuat. Dan sekarang... saya terlibat semula dalam industri undang-undang. Bukan sebagai peguam, tapi sebagai Business Development Manager di firma guaman. Saya kini secara rasmi bersama Murni & Co Advocates & Solicitors . Peranan saya lebih kepada bantu dari sudut pemasaran. Saya cari prospek. Dan sambungkan orang dengan servis legal yang sesuai. Apa yang Murni & Co tawarkan? • Urusan hartanah dan conveyancing. • Jual beli ru...
Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha. Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu. Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...