Sabtu dan Ahad lepas telah berlangsung dengan jayanya iProperty Bumiputra Expo. Memang best... Best sebab ada banyak pameran Best sebab perkongsian ilmu percuma oleh tuan Faizul Rizuan, Saufi Karim, Ahyat Ishak dan saya berjalan dengan baik. Best juga bila melihat ada yang datang mendengar seminar ni dapat pula hadiah cabutan bertuah. Memang bertuah! Ada yang walk-in dan terus mendengar perkongsian kami ada juga yang memang datang semata-mata nak mendengar suara merdu kami berceloteh. Apa pun, terima kasih kepada iProperty dan semua yang hadir. Terima kasih juga kepada tuan Faizul Rizuan kerana dia yang cadangkan nama saya kepada pihak iProperty. Saya sangat gembira dapat berkongsi ilmu ini di medan ini. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa sesi ini berlangsung. Sesi Tuan Saufi Karim Kredit foto: Saufi Karim Sesi Tuan Faizul Rizuan Sesi Tuan Ahyat Ishak Apa Jodoh Hartanah Anda? Sesi saya kredit foto: tuan A...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.