Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel spm2019

Perempuan ini naik motor dan muncul di Selamat Pagi Malaysia

Minggu lepas saya dijemput oleh Kak Liza,  Penerbit Selamat Pagi Malaysia untuk muncul di rancangan live TV tu. Dia minta saya bercakap mengenai Tips Beli  Rumah. Mula-mula saya ragu-ragu juga nak terima ke tak tawaran ni. Sebab last saya muncul di Selamat Pagi Malaysia pada tahn 2015. Sebelum saya accident dan buat pembedahan kepala. Selepas accident, ada waktu saya tersalah menyebut perkataan atau tersalah sebut suku-kata. Walaupun dah makin baik, tapi ada juga la tiba-tiba satu perkataan salah terkeluar. Tahun 2018, saya ada terima jemputan juga tapi tarikh tu tak boleh. Saya kena bawak kawan saya Normi ke hospital pula sebab masa tu dia patah kaki. Tapi saya dapat bantu Kak Liza dapatkan pengganti. Walaupun pengganti tu hensem dan tak comel macam saya, ok la juga kan... Maknanya dah lebih 3 tahun saya tak masuk TV cerita pasal hartanah ni. Neves juga. Tapi fikir punya fikir, ok la.. kali ni saya terima tawaran tu. Sesi saya sepatutnya jam 9.30 pagi. Sa...