Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

debat rafizi - khairy dan cukai pendapatan kita

Isu cukai pendapatan boleh tahan hangat sekarang ye lah, 30 april baru2 ni adalah tarikh akhir bayaran cukai pendapatan kemudian lagi hangat bila debat antara saudara rafizi Ramli dan khairy jamaluddin ada menyentuh pasla cukai  pendapatan juga. saudara rafizi mengatakan Finland boleh menawarkan pendidikan percuma kepada rakyatnya walaupun kadar cukai pendapatan mereka hanya 21% kepada golongan pertengahan betul ke apa yang rafizi cakap menurut laman web  http://www.worldwide-tax.com  ini kadar cukai pendapatan di Finland Tax (%) Tax Base (EUR) 0 1-16,100 6.5% 16,101-23,900 17.5% 23,901-39,100 21.5% 39,101-70,300 29.75% 70,301 And Over boleh baca di sini  http://www.worldwide-tax.com/finland/finland_tax.asp bermakna, kadar cukai maksima di Findland adalah 29.75% tetapi golongan pertengahan mereka dikenakan kadar 17.5% atau 21.5% . Berapa pula sebenarnya kadar cukai pendapatan di Malaysia? mari kita rujuk laman web Lembaga Hasil Dalam...

duit bawah meja

ramai orang mengaitkan projek kerajaan bila mendengar istilah hulur duit bawah meja. mereka pasti kata, ala.. pegawai kerajaan la tu nak bagi projek, kena bagi komisen kat dia dulu tapi pernah tak anda mengalami tawaran bayar duit bawah meja untuk dapatkan unit yang bagus dengan harga dan diskaun pre-launch untuk projek hartanah panasss? saya ada dengar siapa yang ada beli unit kedai di projek rumah flat atau kos rendah biasa terlibat. terpaksa sebab yang pegang unit tu dan yang berkuasa meluluskan yang mintak. biasanya projek-projek yang sangat hot lah, mereka boleh demand duit ni dari pelabur yang bersaing saya pernah ditawarkan dua kali. kedua-duanya RM 10K bermakna, selain duit booking, saya kena tambah lagi rm 10k untuk pastikan saya dapat unit tu dengan harga dan diskaun sebegitu. di mana dan bila? tak payah la saya share kot.. nanti ada risiko orang saman saya pulak.. pernah juga real estate negotiator minta dari saya rm5k kalau dia boleh bincang dgn owner u...

Commercial Property Jewel memang terbaik!

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi buku oleh Renesial Leong Buku ini bertajuk "Commercial Property Jewels" Diterbitkan oleh Right Lifestyle Sdn Bhd pada tahun 2008, buku ini setebal 285 muka surat tidak termasuk 2 lampiran dan gambar-gambar yang dimasukkan di belakang. Kalau buku-buku Renesial Leong lain memberi tips-tips pelaburan hartanah secara umum dan juga pelaburan hartanah kediaman, buku ini lain ceritanya fokus hanya pada hartanah komersial setahu saya memang tak banyak buku di pasaran yang fokus pada hartanah komersial sebegini (mungkin sebab ramai otai-otai dan jutawan hartanah komersial tak berminat menulis buku.. ) Ada 12 bab di dalamnya - Why wait when there's big money in property - How to turn bricks and mortar into gold - The What's, Where's, How's Do's and Don'ts - Commercial or residential - A Game Plan- where to start? - The Aquisition process - seek to buy right - Financing, or How Will I pay for th...

kontroversi booking pangsapuri melor

pengalaman pertama beli rumah mcm minta sedekah isnin baru-baru ini saya menerima panggilan telefon dari Saiful, staff pemaju Pangsapuri Melor, Bandar Baru Bangi Dia memanggil saya untuk membuat tempahan unit Blok B projek ini memandangkan saya telah pun berdaftar awal Pada masa panggilan telefon diterima, saya dalam dewan agong tunku canselor sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas menerima ijazah Saya berjanji akan menelefon semula Esoknya saya telefon Saiful semula Dia kata, nama saya memang ada untuk tawaran unit untuk BLok B Blok A dah habis dijual, cuma ada satu unit je. Blok B ni pun dah banyak terjual untuk membuat tempahan, saya kena datang bawa duit tempahan RM1500, macam biasalah kan... tapi yang peliknya kena bawa siap2 dokumen lemgkap untuk mohon pinjaman dengan bank islam mereka tak akan terima sebarang booking jika tak bawa dokumen lengkap ini Apakah pelik sangat ni? ok, biar saya kongsikan kebiasaan prosedur membeli rumah dari pemaju 1) p...

Legally Blonde, class of 2012!

ogos 2002, konvokesyen Universiti Teknologi Petronas pertama kali menerima ijazah pertama Bachelor of Technology (Hons) Information Technology hampir sepuluh tahun kemudian 14 mei 2012 nanti, konvokesyen Universiti Teknologi MARA ijazah kedua dalam hidup saya Bachelor of Legal Studies (Hons) alhamdulillah.. segala blur, tak tahu nak jawab, keliru dah dirasai semasa seorang budak IT belajar undang-undnag ala-ala macam Elle Woods dalam filem legally blonde lah! walaupun belum layak menjadi peguam yang beramal, tapi separuh perjalanan saya dah selesai so, kita hepi hepi dulu!!! yeayyyyyy kepada rakan study saya yang sama2 akan konvo nanti, mayah WE DID IT! kepada rakan study anim, mazni, che mak, huda terima kasih tak terhingga pada kalian jasa kalian akan saya bawa sampai mati ilmu yang kalian kongsikan dan nota-nota exam penuh awan larat tu akan menjadi saksi di padang masyhar nanti betapa kalian telah membantu aku dan mayah dan sesama kita semua insya allah, nn...

persiapan hari pekerja

hari ini menulis dari MAEPS terlibat dengan persiapan Perhimpunan Hari Pekerja 2012 sejak semalam tiap-tiap tahun para pekerja diraikan dengan satu hari cuti umum iaitu Hari Pekerja ia kemudian diikuti dengan Perhimpunan Hari Pekerja ada kontinjen dari pelbagai majikan seperti syarikat-syarikat swasta dan badan kerajaan. Paling seronok tengok kontinjen syarikat swasta. mereka datang dalam pakaian yang seragam dan berwarna warni siap dengan banner dan gaya sorakan tersendiri semuanya untuk menarik perhatian dan memenangi hadiah kontinjen terbaik ia ibarat satu majlis keraian yang hebat Tahun ini motto hari pekerja adalah Pekerja Berinovasi Penggerak Transformasi (memang betul kata Ho Chin Soon, PM kita memang suka katun transformers.. hehehe) pekerja memang memainkan peranan besar pada ekonomi negara tapi pada asasnya, pekerja hanya mahukan pendapatan yang baik untuk diri dan keluarga mereka mereka bekerja untuk satu pendapatan yang ada kalanya berpadanan tapi ada ...

Serin Residency paling murah di Cyberjaya?

Dua hari lepas saya melawat pejabat jualan Serin Residency di Cyberjaya Dah lama tahu pasal projek ni.. sejak awal 2011 lagi tapi saya tak beli sebab dah beli projek lain untuk yang belum biasa dengar pasal serin, biar saya buat sedikit pengenalan Serin Residency adalah satu projek kondo oleg Villamas, satu pemaju yang mempuyai rekod yang baik Antaranya Atmosfera Kondominium di Puchong JAya yang menjadi kondo idaman saya satu masa dahulu (huhuhu) dan Villa Park di Serdang projek terbaru mereka adalah Zefer Hill di Puchong juga tapi harga memang maut lah! JIka kebanyakan projek baru di Cyberjaya menumpukan fokus jualan dan layout design kepada pelajar atau expatriate bujang atau dengan keluarga kecil, Serin tampil berbeza Konsepnya lebih sesuai untuk kediaman sendiri dan untuk famili keluasannya 1000 sqft ke atas dengan sekurang-kurangnya 3 bilik harga pun paling murah, lebih kurang rm300++ sqft ke atas, berbanding projek lain yang mencecah 400++ ke 500++ per sqft Ad...

TTDI Grove Square 2

Just to share info i get yesterday TTDI has launched a new 3 storey shop offices at TTDI Grove, Kajang called as Grove Square II Built-up 5,097 - 9,817 sqft Lot size 22'x80' in total, there are 29 units only It is a freehold project just next to the main road near to penjara Kajang and Giant heading towards Saujana Prima and Saujana Impian price starts from rm1.8mill for intermediate unit and RM 3.8 mill for corner units the developer offer 2% rebate 10% bumi discount Free legal fee in SPA Free stamp duty on Memorandum of Transfer To book, you need to pay rm50k Note: scanner cannot be used because the power cable missing so, i can only take a snapshot of the flyer :)

1 hartanah, 4 punca cukai?

30 april, saya dah pun buat bayaran cukai pendapatan saya buat bayaran melalui maybank2u bayaran berjaya. saya siap dapat cetak resit lagi tapi sistem efiling hang lama kemudian keluar mesej page cannot be found refresh beberapa kali pun sama. bila klik semakan pengesahan, sistem menunjukkan seolah-olah saya belum buat bayaran ............sigh................... saya pun cuba menelefon khidmat pelanggan mereka sejak 4 hari lepas saya cuba telefon, usahkan tak berangkat, memanjang dapat tone bunyi engage ......................sigh.................................. saya baca lagi maklumat di laman web efiling tu ada tulis, apa-apa masalah, boleh emelkan ke  e_filing@hasil.gov.my saya pun hantar le emel. saya forwardkan emel dair maybank2u mengatakan pembayaran dah diterima. saya lampirkan juga resit maybank2u yang saya simpan simpan sebagai fail pdf dah 2 hari berlalu, tiada sebarang maklumbalas dari LHDN semakan di sistem pun masih menunjukkan yang seolah-olah sa...