Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Mak, saya sakit...

"Mak, saya sakit..." "Sabarlah Ain, nanti bila kita dah cukup duit, kita buat pemindahan tu ya... Nanti Ain boleh sihat semula..  Boleh pergi sekolah macam biasa.." "Tapi bila tu mak?" ................. diam..... Mungkin begitulah dialog di antara seorang ibu dan anak perempuannya jauh di utara semenanjung Malaysia. Dialog antara Nur Ain Sakinah yang menghidapi leukimia dan ibunya, Puan Faridah. Si ibu dan si bapa ingin melihat anak mereka yang sakit ini pulih dan sihat semula. Anak ini dirawat di Hospital Pulau Pinang. Doktor memberitahu, Nur Ain boleh pulih semula jika pemindahan sum-sum tulang dapat dilakukan. Anak sulung mereka iaitu si abang kepada Nur Ain telah bersedia mendermakan sum-sum tulang tersebut kepada adiknya. Asalkan adiknya pulih. Namun kos pembedahan dianggarkan berjumlah RM 40,000. Ya, RM 40,000 mungkin hampir sama nilainya dengan nilai rumah flat yang anda menangi dalam bidaan lelong. Tapi bagi pasangan suami is...

Zig Ziglar: harimau barat yang meninggalkan belang

Pernahkah anda mendengar nama Zig Ziglar? Beliau merupakan seorang penceramah motivasi yang terkenal di dunia. Beliau juga merupakan pengarang lebih kurang 30 buah buku motivasi Dan pembangunan diri. Antara judul bukunya yang tersohor adalah 'Over the Top', 'See You at the Top' Dan 'Secret of Closing the Sale'. Selama ini, Ziglar telah banyak mengubah hidup berjuta orang di luar sana dan telah menambah nilai hidup mereka dengan ilmu dan pengalaman yang dikongsinya. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah di atas sumbangannya ini. Melalui ziglar.com ,  pelbagai ilmu motivasi, teknik jualan dan keusahawanan boleh dicapai dari seluruh ceruk dunia. Beliau bersara pada tahun 2010 namun syarikat beliau terus kukuh dan terdiri dari ramai penceramah motivasi hebat yang memperkenalkan gaya hidup kejayaan berkonsepkan 'the Ziglar Way'. Namun setiap yang hidup pasti akan mati. Kurang dua belas jam dari blog ini ditulis, iaitu bersamaan dengan ha...

Intensif Jutawan Industri

23 hingga 25 November 2012, Richworks telah menganjurkan seminar Intensif Jutawan Industri. Seminar ini disampaikan sepenuhnya oleh jurulatih kejayaan No 1 Malaysia, Dr Azizan Osman. Seminar ini sangat bagus kerana ia mengajar kita bagaimana menjadi jutawan dalam industri dalam masa kurang dari 3 tahun. Ia dapat dicapai apabila kita menjadi pakar di dalam sesuatu bidang yang niche dan kemudiannya kita menambah nilai pada orang lain. Komsepnya mudah. Untuk menjadi kaya, kita perlu bantu ramai orang lain menjadi kaya dahulu. Ada 3 elemen penting untuk menjadi jutawan industri: 1) Positioning - bagaimana anda meletakkan diri anda sebagai pakar di dalam sesuatu bidang yang khusus tersebut. 2) Packaging - bagaimana cara manusia belajar dimanipulasi untuk menghasilkan variasi produk-produk untuk menambah nilai penggunanya 3) Promotion / Marketing - bagaimana kempen pemasaran dijalankan untuk meningkatkan jualan produk-produk ini mengikut bajet masing-masing. Selain ...

10 lagi pelabur disayangi tuhan dicari

Malam tadi saya dan Nicole telah membuat perbincangan mengenai persiapan Lend A Helping Hand Dah menjadi kebiasaan kami, akan bertemu, brainstorm dan berbincang mengenai tajuk masing-masing yang akan disampaikan. Tempat pertemuan kami seperti biasa adalah di Pappa Rich, Jalan Klang Lama. Cendol soya dengan kacang merah kegemaran saya menjadi sumber inspirasi :) Nicole akan menyampaikan tajuk, "VP: Hak Kami Lebih dari Kunci" Saya pula akan menyampaikan tajuk "Strategi Pelaburan HArtanah Kalis Gentar" Apa hak pembeli bila dapat kunci? Apa strategi pelabur hartanah supaya kebal kepada cabaran semasa yang timbul? Itu yang akan kami berdua akan kupas. Selain kami berdua, Tuan Saufi Karim dan Tuan Effendy Zulkefli pun akan menyampaikan tajuk masing-masing yang turut sama hebat. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dibaca DI SINI . Setakat ini pendaftaran masih dibuka tapi tempat semakin terhad. Tinggal 10 tempat kosong sahaja. Saya harap me...

Memerah susu lembu tua: Teka-teki terjawab

Wowww... setakat ini saya menerima 10 komen di blog dan 6 komen di FB berkaitan SOALAN pembaca blog semalam. Terima kasih kepada Matjoe , Shahril Sidek , Sourplum, ReM , Ruchan , Mohd Aslam , Salfhi, Dzirhan s, Wan Infolelong, Khairul Fauzee, Yuliana, Fauzee Affandi, Engku Bujal, Far East dan Carleone atas pandangan anda. Boleh saya katakan, 90% pandangan mengatakan lebih baik jual , jika wang tersebut akan digunakan untuk rumah pelaburan seterusnya. Ia boleh digunakan untuk membeli 2 atau 3 buah rumah sekaligus dengan 90% pinjaman, jika pada masa ini selepas menjualnya, Puan A tidak mempunyai pinjaman perumahan langsung atau sekurang-kurangnya ada satu sahaja pinjaman perumahan. Tuan Shahril Sidek memberi pilihan, jika sayang mahu jual, boleh contohi apa yang dia lakukan  DI SINI. Ya, teknik tu memang menarik juga. Tuan Salfhi mencadangkan idea yang agak kreatif, jual dan duit itu diletakkan di dalam ASb. dividen ASB dikumpul dan digunakan untuk membeli rumah yang m...

Dilema memerah susu lembu tua

Saya menerima satu soalan dari rakan pembaca blog, Puan A. Beliau berhajat mendapatkan modal untuk membeli hartanah seterusnya dengan memanipulasi sebuah rumah yang beliau miliki sekarang. Dilema beliau: jual atau buat pembiayaan semula (refinance)? Berikut adalah butiran rumah tersebut, seperti yang dikongsikan kepada saya. - Sebuah kondominium di Setapak, projek tahun 1999 - Kondominium ini berkeluasan 1336 sq ft, terletak di tingkat 5 - Beliau beli rumah tersebut pada tahun 2007 pada harga RM 225K - yuran penyenggaraan sebanyak RM 220 sebulan - pada tahun 2010, harga pasaran meningkat ke 250K. jadi beliau dah buat pembiayaan semula sebanyak RM232,215 dengan bayaran bulanan sebanyak rm1077 (lock in period 5thn sehingga 16/11/2015) - disewakan pada kadar RM 1600, tapi dalam masa terdekat ini, sewa akan dinaikkan ke RM 1800. Trend kenaikan harga pasaran kondominium ini adalah: - Tahun  2007 - RM 225k - 2010 – 250k (kenaikan 11.11% dlm masa 3thn 2007-2010) - ...

Orang asing yang dekat di hati

Ahad lepas saya telah berjaya mencipta rekod peribadi. Menyertai Allianz Penang Bridge International Marathon 2012 dan seterusnya berjaya menamatkan larian half marathon iaitu sejauh 21km dalam catatan masa 3 jam 18 minit Alhamdulillah... latihan yang saya dan rakan lakukan bermula 2 minggu sebelumnya sangat membantu saya di dalam pengalaman pertama ini Saya berjaya mengekalkan larian tanpa henti walaupun sekejap perlahan sekejap lagi perlahan Saya cuma berhenti untuk mengambil air dan mengambil gambar sahaja. (mengambil gambar dan berposing di atas jambatan adalah antara perkara penting ya . hehe) Ada 2 pengalaman menarik yang saya nak kongsikan yang berlaku di dalam larian ini Pertama: Ketika saya melepasi puncak jambatan untuk kali kedua, iaitu dalam perjalanan pulang, satu bahagian tepi kanan di tapak kaki kiri saya tiba-tiba sakit. Alamak, saya cuba buat tak tahu tapi ia tetap sakit dan mengganggu larian saya. Tak mahu ia menjadi lebih sakit, saya ke tepi ...

teaser: pewter berukir idaman beta

hari ini saya berjaya mendapatkan pewter ini dan sakit sakit kaki serta keletihan yang dasyat sebagai gantinya kata orang, miracle happens not when you finish it but is when you have the courage to start

Peluang! Wang Tunai RM10K Melayang ke Sisi

Saya bermula dengan rumah PKNS. Bangga pula saya mengeluarkan ayat di atas. Ya, saya mula membeli rumah pertama pada tahun 2006, iaitu sebuah rumah kos rendah yang dibina atas kerjasama PKNS dan Getaris Sdn Bhd. Kata orang, segalanya bermula dengan langkah pertama kan. Tiada langkah pertama, tiadalah langkah seterusnya. Pada masa booking tu, saya terbayang-bayang je kisah-kisah projek terbengkalai. Takut projek yang saya beli ni pun akan masuk surat khabar atas berita yang sama. hey, walaupun cuma rm42,500 tapi berpuluh-puluh ribu juga tu kan... Tapi pegawai jualan ni bagitau saya, You jangan bimbang... projek ini usahasama dengan PKNS. Kalau projek PKNS, mesti tak terbengkalai punya... PKNS jaga reputasi dia. Bimbang yang muncul sebelum tu terus perlahan-lahan hilang bila tengok logo PKNS kat flyers projek tu. Alhamdulillah... kurang 3 tahun kemudian, saya mendapat kunci untuk rumah tersebut dan di situlah saya menginap sehinggalah blog ini di tulis. Jadi...

Laporan Domain 3

saya masih lagi sibuk menyiapkan rumah domain 3. peti ais dah masuk. beli 2nd hand dari en fadzil, seorang juruteknik yang buat bisnes part time jual barang elektrik terpakai. dia tawarkan mitsubishi atau LG. agak fobia dengan jenama oppa, saya pilih mitsubishi. malam tadi, satu bahagian dinding dah saya cat untuk menambahkan seri. saya cat sendiri je. cat kcc paint jenis berkilat dan boleh dilap jika ada kekotoran. harganya rm112 untuk 5 liter. mesin basuh pun dah dipasang. jenama pilihan adalah sharp memandangkan harganya lebih murah tetapi setakat saya pakai, kualiti jenama ni mmg baik dan tahan lama. harganya rm 570 untuk 6.5kg. cuma water heater saya ambil jenama pensonic. sebelum ni saya biasa pakai jenama panasonic. dari 5 unit jenama ni yang saya pasang, dua daripadanya pernah ada masalah. tapi bila dibaiki, dia ok. tak delah masalah berulang. saya pernah pakai joven dan pensonic, setakat ni belum ada masalah. cuma joven ni kalau pasa...

pantun hajat tak sampai

Almari baju almari buku Dibuat cantik dari kayu getah sudah tertulis bukan rezekiku Ambil semula deposit, beli lain je lah..

Tempat terakhir pun boleh masuk gambar

Nasib baik juga saya dapat tempat terakhir dalam carta affililiates Pelaburan Hartanah Tanpa Modal Dapat juga la peluang bergambar dengan otai-otai ni malam tadi kredit gambar: SK Cuma yang tak sedapnya, dah la kedudukan tempat terakhir, sampai ke pejabat Tuanbri pun paling lewat ini gara-gara saya sendiri lah kalut bergerak dari Ken Rimba Shah Alam, kemudian tumpang solat maghrib di rumah kawan di Seksyen 7 Dah tu, Waze di handphone pula tunjuk jalan berbelit-belit ke Jalan Dwitasik. aduh... Nasib baik SK tak denda siapa yang datang lewat.. maaf ya SK dan kawan-kawan dan terima kasih banyak-banyak kepada SK atas hadiah cabaran affiliate ini. terima kasih daun keladi :) Ada lagi yang masih tertanya-tanya, boleh ke beli rumah tanpa modal? Jawapannya ada DI SINI.

Pinda membawa bahagia

Ada yang masih keliru apabila ingin membeli projek perumahan baru. Mereka ingatkan ia kondominium, tapi rupanya serviced apartment atau apartment berservis. Eh eh, serviced apartment ni apa bezanya dengan kondominium atau apartment? serviced apartment ni dikira unit kediaman ke unit komersial? Serviced apartment adalah pembangunan projek untuk kediaman tetapi dibina di atas tanah komersial. Berbanding kondominium atau apartment, ia memang dibina di atas lot tanah kediaman. Jadi, ia projek komersial ke kediaman? Sebenarnya isu ini perlu dirujuk pada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) atau dalam bahasa inggerisnya Housing Development (Control and Licensing) Act. Kodnya, Akta 118 tapi untuk penerangan ini saya panggilnya HDA ya. HDA adalah nama manja akta ni di kalangan pemaju dan pelabur. Sebelum 2007, seksyen 2 akta ini mendefinisikan rumah tempat tinggal adalah untuk bangunan yang dibangunkan dan digunakan untuk tujuan kodiaman tapi tak termasuk banguna...

Lari laju atau tersangkut-sangkut?

ahad depan saya akan memulakan sejarah baru saya akan berlari dalam kategori half marathon (21 km) di Penang Marathon 2012 Selain saya, ada dua lagi rakan yang insya Allah turut sama berlari untuk kali pertama sejauh ini Memandangkan saya ada kelas sepanjang hari pada hari sabtu dan setiap petang pun hujan, maka saya dan kawan bercadang untuk berlatih pada sebelah malam. Kasut Brooks saya yang akan menjadi penyokong kuat nanti Jadi malam tadi adalah pertama kami berlari malam atas inisiatif sendiri Lewat sedikit bermula, jam 9.18 mlm sebab sebelum tu saya ada hal di Balakong. Tengok site projek property baru. Lewat pun lewatlah.. lari tetap lari Hebat juga rasanya sebab berjaya menawan MMU cyberjaya sebanyak 2 kali pusingan Dapat berlari non-stop selama sejam naik turun bukit memang sangat membanggakan diri sendiri. Malam ni projek berlari terpaksa ditunda memandangkan kawan saya ada kelas Saya pun ada mesyuarat JMB Rabu baru sambung semula Khami nanti, saya di...

Penyewa meninggalkan neraka

Kata orang, rumahku syurgaku. Tapi kalau keadaan rumah dah nak menyamai kapal titanic yang dah beratus tahun tenggelam di dasar laut, adakah ia masih lagi ibarat syurga? Awal bulan lepas, penyewa rumah kawan saya di Domain 3 @Neocyber berpindah keluar. Oleh kerana kawan saya bekerja di atas kapal, maka dia meminta saya membantunya. Jadi saya yang mengambil kunci rumah ini dari penyewa. Rumah tu sangat bersepah. Banyak sampah kertas-kertas, kabinet, peti ais dan meja berhabuk dan kotor. Sink kotor dan nampak macam nak berkarat. Di dinding,  ditampal dengan sticker lukisan, menyebabkan jika lukisan itu ditanggal, cat akan tercabut. Ada juga dinding yang catnya sudah pun terkopek, Cat juga kotor dan ada kekuningan. Di tandas, hos paip air perlu dibaiki. Air tidak berhenti menitik. Di bilik pula, pintu almari terkopak disebabkan rel di bawah pintu itu sudah terkopek. Cat di dinding bawah tingkap kaca pula berkulat kerana cermin itu mengalami sedikit ...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Terminal Pahlawan, Melaka: Rahsia S&P terbongkar

Ramai kawan-kawan tertanya-tanya mengenai S&P yang saya previewkan tempoh hari Mereka mahu saya berkongsi mengenainya Rahsia kini terbongkarrrr...  hehehehe Sebenarnya ia adalah S&P untuk satu lagi projek komersial saya dan rakan-rakan. Kami beli satu unit di Terminal Pahlawan, Melaka. Terminal Pahlawan merupakan satu projek komersial oleh Hatten Group. Ia bersambung dengan Hatten Square dan Hatten Hotel, berada bertentangan dengan Dataran Pahlawan. Terminal Pahlawan sendiri terbahagi kepada 2 sayap. Sayap di belakang adalah terminal bas persiaran di aras bawah dan hotel boutique di aras 3. Akan ada 30 coaches bay di sana nanti. Manakala sayap dihadapan adalah 250 unit lot-lot retail dari tingkat bawah hingga tingkat 4. Tempat letak kereta pun ada sebanyak 3 tingkat. Menariknya projek ini bagi saya adalah 1) Harga Harga jualannya sebelum diskaun adalah sama dengan harga subsale retail lot di sini. Biasanya projek baru, harga jualannya per sqft...