Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

2 artikel bila pena kaku

Sejak Ahad, keyboard saya kaku. Kematian memang sesuatu yang pasti datang kepada setiap orang. Tapi cara kematian yang berbeza-beza. Kematian BEGINI  yang melenyapkan satu cabang keluarga kami sememangnya menyedihkan dan membuat hati sayu. Boleh juga baca kisah kami DI SINI dan DI SINI. Dalam waktu begini, ada 2 artikel yang saya tulis terdahulu diterbitkan di dua laman blog hebat. Yang pertama, artikel saya mengenai '7 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu Mengenai JMB' kawan-kawan boleh baca DI SINI . Saya harap artikel ini dapat memberi pengetahuan asas mengenai JMB, terutama kepada semua pemilik unit apartment, kondominium, unit menara pejabat, unit retail dan rumah bertanah yang berhakmilik strata. Artikel kedua pula bertajuk 'Nikmat Diskaun Pembelian Rumah – Sekali Terlepas, Selamanya Melepas;' Boleh baca DI SINI Artikel ini menyentuh mengenai diskaun setem duti. Saya harap semua 'dara hartanah' atau property virgin iaitu mereka yang b...

prima facie duit itu ke mana

Ini bukti prima facie.. semalam sumbangan yang dikutip dari Program Lend a Helping Hand 2012 telah pun berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank ayah Nur Ain Sakinah. Dua resit cash deposit machine tu dari wang kutipan yuran seminar manakala resit masukkan cek tu adalah dari kutipan jualan ebook amal oleh Abangensem walaupun mengambil sedikit masa, bukti prima facie sudah ada Terima kasih sekali lagi kepada semua penyumbang, penaja dan speaker.

Perempuan Kelantan boleh lah beli rumah

Semalam saya menulis mengenai cadangan Tuan Shamsudin Kadir iaitu gunakan wang hantaran untuk membeli rumah. Boleh baca DI SINI. Ramai yang memberi reaksi dan komen. saya setuju semua komen kawan-kawan. semuanya ada benarnya. Sebenarnya, praktikal ke cadangan ini? bagi saya ia boleh dilaksanakan oleh wanita Kelantan atau pasangan pengantin yang majlis perkahwinannya dibiayai oleh ibubapa mereka. Umum mengetahui, wang hantaran bagi gadis kelantan adalah juga sebenarnya mas kahwin mereka. Wang itu akan 100% diberi kepada pengantin perempuan. Maka, dari membeli barang-barng yang susut nilai atau barang mewah, lebih baik gunakan untuk membeli rumah yang bagus kadar sewanya. Sewakan rumah tersebut dan nikmati aliran wang positifnya. Dan pastikan ia dibeli atas nama perempuan tu ya.  Kerana asas wang membeli rumah ini adalah wang mas kahwin. Bagi pasangan yang ibubapanya membiayai majlis perkahwinan, mereka sangat beruntung. Biasanya anak ahli perniagaan...

hantaran ke mahligai impian

Sabtu lepas, seorang rakan di Facebook telah berkongsi status Tuan Shamsudin Kadir. Statusnya berbunyi: Bismillah. Tip untuk bakal pengantin. Kepada tuan dan cik puan yang ingin memulakan kehidupan berumahtangga yang In Syaa Allah lebih terjamin dalam menguruskan ekonomi kukuh. Wang hantaran dengan 'down payment' sebuah rumah. Sekiranya duit hantaran RM 7,000 gunakan duit itu bagi membayar wang muka untuk sebuah rumah yang boleh dibeli di bawah harga RM 100,000. Mengantikan wang hantaran dengan wang muka untuk sebuah rumah adalah antara perbelanjaan kahwin yang majoriti pasangan tidak menyesal selepas berkahwin. Untuk tidak menanggung hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin, mohon rujuk Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta Wallahualam. Rakan ini bertanya pendapat saya dan beberapa rakan yang lain. Jadi, biar saya beri pandangan saya di sini setakat ilmu saya yang masih terhad. Bagi saya, cadangan Tuan Shams...

Serigala mengganas lagi!

Serigala mengganas lagi. Tahun ini serigala yang jahat dan besar ini ditemui di sebelah lombong berdekatan Serdang. Ramai telah menjadi mangsanya.. ada lelaki ada wanita.. ada dewasa dan ada kanak-kanak Serigala ini membaham ribuan manusia dan juga wang ringgit mereka Tapi hairannya, apabila diselamatkan, semua mangsa gigitan serigala ini ditemui gembira dan tersenyum Seperti mereka ini Khabarnya pada hari ini hingga hari ahad jam 9 mlm, serigala akan mengganas tanpa henti selama 60 jam. Wah... Ia memang serigala yang jahat dan besar! Hasil gigitan serigala:

Lima Ribu Lapan Ratus Plus Plus

Ahad lepas PropertyWaltz.com dan Property N Co telah berjaya menganjurkan program charity talk iaitu Lend a Helping Hand 2012. alhamdulillah... program ini berjalan dengan lancar dan berjaya dilaksanakan. Walaupun ada yang sedikit sesat, ada yang dah daftar tapi tidak dapat hadir, ada yang melopong, ada juga yang datang dari jauh sampai menginap di hotel, tapi program ini akhirnya berjaya juga dilaksanakan. Terima kasih sekali lagi kepada semua peserta dan penaja, tak lupa kepada rakan penceramah. Jumlah kutipan dari yuran peserta dan sumbangan rakan-rakan adalah sebanyak RM 3,750. Manakala sumbangan dari jualan amal ebook AE di blog beliau pula adalah sebanyak RM 2,121.90 Ini menjadikan jumlah kutipan yang kami peroleh untuk program ini adalah RM 5,871.90 Woww... terima kasih sekali lagi kepada semua layan gambar.. (gambar ini ada hak cipta saya, ada yang hak cipta Tuanbri dan ada yang hak cipta Tuan Farizul) ...

kurang 12 jam lagi..

esok pagi akan berlangsungnya program Lend a Helping Hand 2012 di saat-saat terakhir, saya mendapat email yang tuan Saufi Karim tidak dapat bersama kami esok Beliau ada hal keluarga yang tidak boleh dielak. Nampaknya akan terkilan lah peminat SK. Kami mohon maaf kepada semua peserta yang terlibat. Tapi jangan kecewa kerana SK akan memberi satu penghargaan dan cenderahati terhebat untuk para peserta esok. Apakah cenderahati itu? haaa.. esok akan saya umumkan. Walaupun begitu, kami akan tetap berusaha menyampaikan yang terbaik pada hari esok. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat. Air mineral dan lcd projector yang ditaja Tripod baru

80,000 homes in prime areas

80,000 buah rumah mampu milik sedia menerima pendaftaran? Petikan akhbar The Star hari ini, 6 Disember 2012. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ PETALING JAYA: The online registration for 80,000 affordable homes to be built in 50 cities and towns under the Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) will be officially launched in Penang on Saturday. Qualified applicants will be able to take part in the balloting of the houses which will be built at the cost of about RM10bil over the next three years. “People in Penang will be the first to register and benefit from the Government's affordable urban housing programme,”  PR1MA Berhad 's chief executive officer Datuk Mutalib Alias  told a media briefing yesterday. He said work on the 333ha PR1MA Seremban project was expected to begin early next year while parcels of urban land in Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Johor, Malacca, Sabah and Sarawak had been identified for the project. “PR1MA will develop...

4 campur 17 = nervous dan teruja

Hari Ahad ni, 9 Disember adalah tarikh keramat. Program Lend a Helping Hand 2012 akan dijalankan. Terima kasih kepada 17 orang peserta yang bukan sahaja bermurah hati untuk menderma tapi benar-benar serius untuk belajar pelaburan hartanah dari mereka yang sudah berjaya melakukannya. Selain itu, terdapat juga empat orang yang membayar empat seat namun mereka tidak dapat hadir. Tidak lupa, Abangensem turut bermurah hati menyumbang wang jualan ebook beliau untuk tabung ini. Ini merupakan kali kedua AE memberi sumbangan yang sama, pertama kali semasa Lend a Helping Hand 2011 yang lepas. Sungguh bermurah hatinya mereka ini.. terima kasih banyak.. Insya Allah, kesungguhan belajar dan keikhlasan hati menambah nilai kepada orang lain akan membuahkan hasil yang sangat besar. 4 orang speaker dalam satu sesi perkongsian pelaburan hartanah untuk kebajikan... hoho! Pasti Puan Nicole Ong, Tuan Saufi Karim dan Tuan Effendy Zulkefli dah bersedia ni. Saya pula cuak. Risau juga ni s...

Bijak Wang: senang hari ni atau senang esok?

Ramai yang keliru, pening, sentap dan ramai juga yang buat derk je status FB saya malam tadi. Statusnya berbunyi Kata nak jadi jutawan hartanah. Kata tak mahu anak, isteri, suami hidup susah. Tapi beli rumah pertama terus beli rumah mahal sampai dah tak layak buat pinjaman lagi... macamana? Pernah dengar tak pesanan orang tua, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian? Kenapa saya cakap macamni? ok, kita ambil 2 situasi. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Situasi A: Encik W dan Puan W Encik W dan Puan W baru berkahwin dan kedua-duanya pegawai di satu syarikat swasta. Gaji mereka seorang lebih kurang RM 3,000. Mereka membeli sebuah kereta terpakai berharga lebih kurang Rm 20,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 350. Kereta ini digunakan oleh Puan W ke tempat kerja tetapi bayaran ansurannya dibayar oleh En W. Manakala En W menggunakan motorsikal yang dibelinya tanpa hutang semasa awal-awal mendapat k...

5 pemuda menempah wang besar

Ingat lagi tak pengumuman Pertandingan Video Kreatif 'PKNS Di Sisimu' yang saya pernah kongsikan di sini? Ternganga mulut saya bila melihat setakat blog ini ditulis,  ini baru 5 orang yang menghantar penyertaan. Ini bermakna peluang untuk menang masih sangat besar. Hadiah tempat pertamanya wang RM 10,000 tu... Hadiah keseluruhan pula bernilai RM 25,000. wowww Aihhh.. takkan nak biarkan je kan.... ini tidak boleh jadi... So, kawan-kawan, jangan buang masa. Rakamkan satu video pendek kurang 2 minit dan sertai pertandingan ini. Untung-untung menang RM 10,000, boleh la guna untuk deposit rumah anda seterusnya ;) Kalau nak tengok video-video yang dah pun dihantar oleh peserta, boleh cari 'PKS Di sisimu' di youtube . untuk makluman lanjut mengenai pertandingan video ini, boleh klik 'play' pada video di bawah.

Dinding kena pecah!

Lokasi kejadian: Domain 3 neocyber