Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

7 Nota Menyambut 2014

Hari terakhir 2013. Sedikit nota untuk persediaan menghadapi 2014. 1) Kadar BLR dijangka akan naik. Ini bermakna bayaran ansuran bulanan bank pun akan naik, kecuali anda buat pinjaman islam yang kadar tetap pada tahun 2005 / 2006 dahulu. 2) Jika mahu beli hartanah subsale, beli hartanah yang rental yieldnya sekurang-kurangnya 7.5% ke atas sahaja. Jangan beli yang cukup-cukup makan atau yang aliran positif cuma RM 100 atau kurang. Takut bila BLR naik, anda akan menghadapi aliran wang negatif. 3) Jika mahu membeli rumah under construction, pastikan sekurang-kurangnya kadar sewa jangkaan bila dah siap nanti cukup untuk membayar ansuran bulanan. Namun projek di sekitarnya yang sedia ada mestilah boleh memberi rental yield sekurang-kurangnya 7.5% ke atas berbanding harga jualan pemaju dahulu. Ini sebagai benchmark. 4) Jika mahu membeli rumah lelong, jangan sekali-kali beli pada harga yang sama atau kurang 10% dari harga pasaran. Tak berbaloi. Baik beli subsale. 5) Untuk suami ...

Anda tak perlu beli insurans?

Semalam saya kongsikan status ini di Facebook. Saya copy paste semula buat yang tak dapat baca dari print screen di atas: Apa juga yang agen insurans anda gebang: 1) tak semua orang perlukan insurans nyawa. Ia hanya untuk mereka yang ada orang lain bergantung kepadanya dari segi kewangan. Contoh bapa yang ada anak dan isteri. Jangan belikan insurans nyawa untuk anak anda. Sebab anda tak bergantung dari segi kewangan kepada anak anda. Dia yang bergantung pada anda. 2) Setiap orang wajib ada kad insurans perubatan. Termasuklah anak-anak anda, perlu dilindungi dengan kad insurans perubatan. Jangan harapkan perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan sahaja, walaupun anda kakitangan kerajaan. Anda tahu berapa lama anda perlu menunggu untuk mendapatkan rawatan atau berapa kali kena ulang-alik untuk menjalani ujian demi ujian oleh doktor pakar. Pada masa anda disahkan ada penyakit kronik, mungkin sudah terlalu lewat. 3) tak perlu ambil insurans pendidikan untuk ana...

Lesen untuk Menyelam

Sabtu hingga isnin baru-baru ini saya ke Koh Lipe bercuti semata-mata untuk menyelam ke dasar lautan Andaman di situ. saya pergi dengan 2 orang kawan saya yang juga mempunyai lesen Open Water Dive. Alhamdulillah.. tahun ini saya berjaya pergi menyelam di dua lokasi. Perhentian dan Koh Lipe. saya ada kongsikan projek diving di Perhentian DI SINI . Bercakap mengenai menyelam atau diving, ramai orang teringin nak turut sama melakukan aktiviti sukan ini. Tapi tertanya-tanya bagaimana caranya? kena ambil lesen dulu ke? tak ada lesen tak boleh menyelam ke? kalau tak tahu berenang, macamana? Ok, untuk turun menyelam, memang perlu ambil lesen. sama macam nak memandu kereta, perlu ambil kelas, ujian dan lulus untuk dapatkan lesen memandu. Ada sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengeluarkan lesen,  garis panduan dan menetapkan standard. Namanya PADI, berpengkalan di Australia. Discovery Scuba Tapi kalau sekadar mahu mencuba-cuba, dive center ada tawarkan pakej ...

D'sara Sentral: Akses mudah ke MRT

Kawan-kawan ke mana ahad ini? Kalau belum ada perancangan, mungkin boleh melawat satu lagi show unit projek baru dan mendengar  Property Talk percuma. Nama projek ini adalah D'Sara Sentral. Pemajunya adalah Mah Sing. Mereka akan adakan satu sesi Peroperty Talk percuma oleh Ahat Ishak dan Faizul Rizuan pada hari Ahad ini 22 Disember 2013 jam 1 - 3 petang. Sedikit review projek D'Sara Sentral: 1. Ia merupakan pembangunan bercampur yang terdiri dari unit retail, 1 blok SOVO dan 4 blok apartment berservis. 2. Lokasinya di Sungai Buloh. Betul-betul bertentangan dengan stesen MRT yang baru. Jadi pemaju bercadang akan membina jejantas berbumbung ke stesen MRT tersebut. 3. Lokasi yang sedang meningkat naik. Jadi, untuk mereka yang berminat mendapatkan keuntungan modal dalam tempoh jangka sederhana atau panjang, ia amat sesuai. Ini kerana dijangkakan harganya akan naik selepas MRT siap nanti. 4. Reputasi pemaju yang sangat baik. Tak perlu risau dengan projek ter...

Seniwati Azean Irdawaty: Perginya si primadona

Semalam kita semua dikejutkan dengan berita pemergian Seniwati Azean Irdawaty Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya jam 7.29 malam 17 Disember 2013. Saya salah seorang peminat setia lakonan beliau. Filem Layar Lara.. merupakan filem yang paling saya minati. Lakonan arwah dan Ida Nerina adalah yang terbaik. Terbayang lagi tangisan arwah suatu masa dulu , ketika filem itu ditolak pencalonannya di sebuah Festival Filem Antarabangsa terkemuka Hanya kerana filem yang dihantar ke festival itu tidak dilengkapkan dengan sarikata bahasa inggeris. Arwah sangat terkilan. Kerana katanya, selepas ini entah beliau akan dapat watak dan skrip sehebat ini lagi atau tidak. Tak kurang juga lakonan arwah dalam Talentime. Walaupun watak itu hanya baring, tapi dia berjaya menyentuh hati kita semua. Dari pembacaan saya, memang watak itu dicipta begitu oleh arwah Yasmin Ahmad. kerana pada waktu itu, arwah Kak Yan sedang sakit selepas menjalani kimo akib...

Berbelanja di bawah kemampuan

Sabtu lepas saya telah dijemput menjadi salah seorang ahli panel untuk sesi forum Sarjana Hartanah 2.0 Seminar ini diadakan di ILSAS, berhampiran UNITEN Bangi. Saya ke ILSAS setelah puas memburu serigala opss.. membeli buku di Big Bad Wolf awal pagi itu. ahli panel sesi forum seminar Sarjana Hartanah 2.0 kredit gambar: Mr Benny Kuok Ahli panel yang lain kali ni memang power. Encik Adrian Wee, Mrs Amanda Chong, Sifu Shafie Bustan, Mr Vincent sebagai wakil pemaju, Puan Ina yang berpengalaman luas dalam syarikat pemaju dan juga En Ahyat Ishak yang sangat popular. Moderatornya adalah sifu Faizul Rizuan sendiri. Hm.. rasanya saya yang paling tak power antara mereka semua ini. Ada banyak ilmu dikongsikan oleh setiap ahli panel. dari soalan ubahsuai rumah yang berkos rendah tapi memberi implikasi yang besar hinggalah ke perbincangan mendalam mengenai potensi NusaJaya. saya menjawab soalan mengenai strategi pelaburan hartanah. Apa strategi saya hinggakan dari seoran...

memburu serigala di awal pagi

Dah beberapa hari tak sempat update blog. Kehidupan agak kacau bilau. Sabtu lepas saya memburu serigala dengan kawan-kawan di MIECC, Mines. Big Bad Wolf 2013 Kami pergi dalam jam 6.15 pagi ke sana. Memang tak ramai orang masa tu. Dengarnya siapa yang pergi jam 3 pagi masih ramai. Big Bad Wolf menawarkan buku-buku pada harga yang sangat murah. Buku yang biasanya dalam harga RM 30 - RM 40 dijual dengan harga RM 8 ke RM 12 sahaja. Ada juga buku dijual serendah RM 3 dan ada buku yang berkulit tebal, memang tebal dan penuh berwarna dijual pada harga RM 20 sahaja. saya pasti jika di luar, harganya melebih RM 50 atau boleh mencecah melebihi RM 100. Kebanyakan buku adalah berbahasa inggeris Tetapi pada tahun ini ada kenaikan bilangan buku berbahasa Melayu. Big Bad Wolf akan berlangsung hingga 15 Disember ini. Dibuka 24 jam. Tak ada tutup langsung sepanjang tempoh jualan ini. Surau dan tempat makan ada disediakan. Jadi boleh berkampung berjam-jam di sana.. ...

Kursus Pelaburan Islam: satu hari terus!

Semalam telah berlangsung sesi seterusnya Kursus Pelaburan Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Mula-mula dijemput dulu, saya diberi slot 2 jam sahaja. Dapatkan kongi ilmu asas sahaja Sebab 2 jam je kan.. Tak dapat nak kongsi banyak. Minggu lepas pula, saya diberi sesi 4 jam. Ha... Boleh kongsi lebih sikit. Dapat la masuk tajuk pinjaman dan bagaimana nak lulus pinjaman. Tapi semalam paling best. Saya diberi slot satu hari penuh. 6 jam tak termasuk rehat. Dari jam 8.30 pagi sampai jam 4.30 petang. Wahh.. Macam-macam saya cerita Dari ilmu asas mencari permata hartanah, lokasi, tanya kalkulator, tips lulus pinjaman, kesan bajet 2014 dan macam-macam lagi. Paling berkesan di hati tajuk biawak hidup lah. Sampai ada yang tengah nak menambah biawak hidup besar nak batalkan hasrat terus lepas ni. Saya suka! Lunch break sepatutnya jam 1 petang dah tertolak ke jam 1.30 petang dek kerana syok dengar suara lunak tapi serak-serak batuk saya ni. Terbae...

Selesai sudah Kaya dengan Hartanah: Pasca Bajet 2014

Hari Sabtu lepas, berlangsunglah sudah seminar Kaya dengan Hartanah: Pasca Bajet 2014. Seminar ini dianjurkan secara bersama dengan RGL Academy sebagai event management. Satu hari penuh belajar sampai lebam mengenai pelaburan hartanah, dari ilmu tahap asas hinggalah ke pertengahan. Dan fokus diberikan kepada perubahan-perubahan strategi kesan dari Bajet 2014. Terima kasih kepada semua peserta yang dapat menghadirkan diri ke seminar ini. ada muka baru, ada kawan yang memang saya dah kenal. terima kasih banyak-banyak. antara maklumbalas peserta yang saya terima. Insya Allah esok, rabu 4 Disember saya akan berkongsi mengenai pelaburan hartanah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi pula. Batch kedua untuk mereka yang tak dapat slot masuk sesi minggu lepas yang saya kongsikan DI SINI.

video panas mencari jodoh hartanah

Masih ingat saya diberi peluang berkongsi mengenai pelaburan hartanah di iProperty Bumiputra Expo tempoh hari? Ramai kawan-kawan dan pembaca blog saya hadir. Rmai juga yang tak berkesempatan untuk datang. Haaa... Buat mereka yang tak dapat hadir Atau yang nak buat ulangkaji Atau yang rindukan suara saya yang lunak ini Kawan saya, Ruby Hafsah ada rakam sesi saya itu. Jadi, saya kongsikan di sini untuk tatapan semua. Video panas bagaimana mencari jodoh hartanah anda. Bukan jodoh perkahwinan ya... Hehehe Maaf la part awal video ni, anda kena buat yoga leher kejap. Hehehe.. Kualiti video amatur katakan.. Terima kasih banyak-banyak kepada Ruby yang merakam dan mengongsikan video ini.

slot ini ada ulang tayangnya

Hari ini alhamdulillah slot pelaburan hartanah dalam Kursus Pelaburan Islam telah berjalan dengan baik. Kursus ini dianjurkan oleh Institut Latihan Islam Malaysia di Bandar Baru Bangi. Ia memberi pendedahan mengenai konsep dan hukum pelaburan dalam Islam, teknik pelaburan hartanah, pelaburan saham dan unit amanah. Sepatutnya kursus ini terbuka untuk 30 peserta sahaja. Tapi mereka menerima borang permohonan melebihi 100 orang. Jadi mereka terpaksa membuka sehingga 52 orang untuk sesi hari ini. Memandangkan bilik seminar biasa sedang dalam penyenggaraan, kursus ini diadakan di auditorium. Cantik, besar dan airconnya sangat sejuk.. burr... Selepas slot saya, ada slot mengenai unit amanah pula. Insya Allah, demi tidak menghampakan baki lagi lebih 50 orang yang memohon, ILIM akan anjurkan sesi kedua pada minggu hadapan. 4 Disember 2014. Insya Allah saya dijemput lagi untuk slot yang sama. waaa.... nampaknya slot ini ada ulang tayangnya. Ini cende...

Dari 2 jam menjadi 4 jam

Esok insya Allah saya akan berkongsi mengenai pelaburan hartanah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Saya dijemput untuk satu slot 4 jam dalam Kursus Pelaburan Islam yang mereka anjurkan. Alhamdulillah.. Sebenarnya ini kali kedua saya dijemput di dalam kursus ini oleh pihak ILIM. Kali pertama pada bulan April 2013. Kursus ini memberi pendedahan, maklumat dan teknik beberapa pelaburan utama seperti hartanah, saham dan unit amanah. Pada masa itu, saya hanya diperuntukkan slot selama 2 jam sahaja. Dari maklumbalas peserta kursus terdahulu, mereka mahukan pelaburan hartanah diberi slot yang lebih panjang. Wah.. Ini maknanya kakitangan kerajaan sudah semakin berminat untuk mempelajari dan terlibat dalam pelaburan hartanah. Ini satu pendekatan dan perkembangan yang bagus. Oleh sebab itulah, kali ini penganjur memperuntukkan 4 jam pula. Kursus kali ini sebenarnya telah bermula hari ini hingga Khamis 28 Nov. Terima kasih kepada pihak ILIM kerana menjemput saya dan me...

photo shoot bersama Tilo Tama

Saya tak ada gambar yang nampak professional. kebanyakan gambar saya adalah dalam posing peace, posing poyo, posing perasan comel  atau posing over. Cuma ada gambar yang saya gunakan sebagai profile Google+ saya ini sahaja dan satu lagi gambar muka jarak dekat yang kawan saya, Suhaima dan Saidah tangkap semasa saya sedang asyik dengar kak Fran menyanyi. dua gambar ni lah yang saya beri pada organiser iProperty Bumi Expo dan Shahril Sidek untuk Convention Freedom.faham- Saya sendiri bila nak buat banner untuk seminar yang saya anjurkan, saya akan menghadapi masalah mencari gambar saya yang sesuai. Gambar yang sesuai untuk saya letak kat ebook saya pun tak ada. Mengenangkan antara isunya beginilah, saya mula merancang untuk mengadakan photo shoot dengan jurugambar professional saya mahu gambar-gambar yang nampak formal atau kasual tapi sesuai untuk digunakan untuk pelbagai aktiviti  dan produk yang memerlukan gambar saya. Saya ada seorang kawan sama-sam...

Mahu kaya dengan hartanah?

Bajet 2014 sangat panasss kepada yang dah otai, ada yang terpaksa mengubah strategi tetapi kepada yang blur dan baru nak memulakannya, agak terpinga-pinga dan ketinggalan keretapi Ada yang di luar sana masih berangan mahu refinance rumah sedia ada untuk dapatkan wang tunai Ada juga yang masih gembira beli rumah dengan harapan jual balik setahun atau 3 tahun lagi untuk dapatkan keuntungan 5 ke 6 angka. Ada yang tak insaf lagi, dapat gaji pertama mahu beli kereta Myvi. Rumah boleh beli kemudian. Haihh... ini semua dah tak boleh pakai.. Boleh buat tapi mungkin dah tak terbaloi. Bank Negara sudah ubah banyak perkara. Bajet 2014 sudah sekat beberapa strategi. Mahu saya kongsikan lebih lagi mengenai Bajet 2014 dan kesannya kepada strategi pelaburan anda? Mahu belajar pelaburan hartanah dalam situasi dan polisi 2014 yang mencabar ini? *********************************************************** SEMINAR KAYA DENGAN HARTANAH: PASCA BAJET 2014 **********...