Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Teh Tarik untuk wanita sahaja

Sabtu malam ahad yang lepas saya telah mengadakan sesi perjumpaan Teh Tarik khas untuk perempuan sahaja. Cuak juga kerana ini kali pertama saya mengadakan sesi sebegini. Biasanya sesi TT dianjurkan oleh guru pelaburan hartanah lelaki. Saya pun nampak yang banyak hadir ni lelaki. Mungkin sebab kebanyakan yang celik dan buat pelaburan hartanah ni lelaki. Jadi, bila ada guru sebegini jemput program TT mereka, saya agak keberatan nak pergi sebab dah la sesi TT ni malam.. kemudian ramai lelaki pula saya yang comel dan pemalu ni rasa tak elok pula malam-malam menebeng di kedai makan bersama-sama dengan ramai lelaki Begitu juga ada pertanyaan bila saya nak buat TT pun saya agak keberatan memikirkan takut ramai lelaki je yang datang iskk...  kata orang tua, tak manis :) Selepas seminar Sarjana Hartanah anjuran Faizul Rizuan dan Saufi Karim tempoh hari, ada peserta perempuan yang minta saya buat sesi TT terfikir pula saya, apa salahnya buat TT khas untuk perempuan sahaja ...

Siapa yang bertuah?

Saya telah berjanji yang saya akan adakan cabutan bertuah Cabutan ini untuk semua pembeli ebook saya yang buat pembelian dari mula-mula pra-jualan hinggalah ke tamatnya promosi Ramadhan. Hadiah yang dijanjikan adalah Qari CD dan set cadar dan comforter single. Tapi saya ada buat penambahan hadiah iaitu Garam Aura. Ia merupakan garam dari pergunungan Himalaya yang boleh memberi aura positif dan caj positif pada badan kita bila kita amalkan mandi dengan air garam tu ada bau aromaterapi, jadi badan pun rasa lebih relaks dan bertenaga. Siapakah yang bertuah itu? Bagaimanakah undian dijalankan? boleh saksikan video cabutan bertuah ini. Saya rakam sesi cabutan bertuah ini dijalankan supaya dapat menjanjikan ketelusan kepada semua. Keputusan cabutan bertuah dari rakaman video ini adalah : Qari CD - adli abdullah - fadzilah mustafa - hamka islami - nur elisa - robiah kamal Garam Aura - muhammad hazrin othman - norleeza - rauf zulkefli Set cadar dan comforter - ...

Amanah Saham Bumiputra (ASB) haram atau halal?

Semalam saya menulis mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputra atau ASB di Facebook. Saya memutuskan mahu mengongsinya di sini pula. Kenapa ada banyak majlis fatwa di Malaysia? Terlebih dahulu, suka saya memaklumkan bahawa berdasarkan Perlembagaan Malaysia, hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Maka itulah setiap negeri termasuk wilayah persekutuan ada kuasa pentadbiran agama islam sendiri. Setiap negeri ada Majlis Fatwa sendiri. Di peringkat kebangsaan pula, ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Setiap majlis fatwa mempunyai ulamak mereka sendiri yang layak mengijtihad hukum. iaitu mengeluarkan hukum pada perkara yang tidak wujud semasa zaman Rasulullah SAW. Mereka mahir dalam bidang agama. Jika di dalam ijtihad ini, mereka memerlukan pandangan dan penerangan pakar dalam bidang yang terlibat, pakar itu akan dipanggil. Dalam kes ASB, wakil dari PNB dipanggil. Setiap majlis fatwa mengeluarkan fatwanya sendiri. Perbezaan Fatwa ke atas Pel...

Bagaimana mendapatkan wang hantaran RM 50,000

Kecoh satu Malaysia Ramai orang membujang lantaran hantaran mahal? Betul ke? Berapa mahal baru dikatakan mahal? adakah RM 10,000 sudah mahal? adakah RM 5,000 pun dikatakan mahal. atau bawah RM 1,000 baru tidak mahal? Rata-rata yang saya dengar di tahun 2012 dan 2013, kadar hantaran untuk pengantin perempuan dari keluarga biasa adalah dari RM 8,000 - RM 10,000. Mahal? Setuju dengan pandangan anak muda INI. Tak biasa pula dengar hantaran kawan-kawan saya yang kebanyakannya ada ijazah  mencecah RM50,000. Mungkin wartawan ni berkahwin dengan anak sultan agaknya. Dah tahu tak mampu sebanyak itu, carilah yang sekufu. itu sahaja kata kuncinya. Untuk kadar hantaran standard ni, susah ke nak dapatkan wang RM 10,000 ni? Jawapan saya tak susah. Berapa ramai yang bercinta dahulu sebelum kahwin? Berapa ramai pula yang bercinta bertahun-tahun dulu sebelum kahwin? Aha... saya tahu ada ramai yang bercinta semasa sedang belajar lagi. Keluar makan bersama.. nak habisk...

Cabutan bertuah sempena Ramadhan

Hari ini jalan raya dah lengang. Saya kira, ramai sudah pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Fitrah. Saya masih di Lembah Klang. Akan mula bercuti pada hari Rabu nanti. Jualan ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa Besar sempena Ramadhan masih lagi berjalan. Harga RM 29 sahaja. Harga asal RM 35. Kelmarin saya telah membuat keputusan. saya akan membuat cabutan bertuah kepada semua pembeli ebook ini Senarai pembeli adalah sejak dari pra-jualan kepada ahli Kelab Alien Hartawan ketika berharga RM15 hingga tamatnya promosi Ramadhan ini yang brharga RM 29. Ada 5 orang pemenang yang akan dipilih seorang akan menerima set comforter dan cadar katil single yang berharga RM 469 satu 4 orang lagi akan menerima 1 unit Qari CD. satu cd digital al-quran yang bernilai RM 69 satu. Hadiah cabutan bertuah, Kucing putih itu tak termasuk dalam hadiah ya. Dia tu model je.. :P Saya akan umumkan pemenang seminggu selepas raya iaitu selepas saya tamat bercuti raya dan pulang semula ke si...

Cinta berputik semula di Cyberjaya

Akhirnya rakan saya seorang ini telah berjaya membeli rumah untuk tinggal sendiri. Saya pernah kongsikan ceritanya DI SINI. Kalau anda ada baca artikel saya INI , saya ada kongsikan yang penilaian mencari rumah untuk tinggal sendiri berbeza dengan rumah untuk pelaburan. rumah untuk tinggal sendiri mestilah rumah yang selesa Selesa di sini bukan bermakna luas mesti 1500 sqft ke atas, rumah bertanah, ada perabot diimport dari luar negara atau ada kolam renang atas syiling. Tapi selesa di sini adalah dekat dan mudah ke tempat kerja yang kos berulang-aliknya masih menjimatkan kalau ada anak, dekat dengan sekolah anak dan harga pula adalah harga yang selesa dengan kemampuan kita. Itulah sebabnya rakan saya ini mahu membeli rumah di Cyberjaya atau Putrajaya kerana dia bekerja di Cyberjaya. senang dan dekat ke tempat kerja. Sebelum ini beliau kecewa rumah yang dia suka di Putrajaya dikebas orang "Rasa macam kena dump dengan boyfriend", katanya Tapi frust menonggen...

Seminar Dr Azizan Osman: Personal Coaching yang Hilang ep 1

Panas di Facebook saya mengenai pendedahan yang saya buat berkaitan seminar Dr Azizan Osman yang dipuja ramai Ceritanya begini.. Pada 14 Oktober 2012 saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman Seminar percuma untuk 4 jam. Boleh baca perkongsiannya DI SINI. Seminar itu memang bagus. Walaupun cuma 4 jam, beliau meyakinkan kita yang kita boleh menjadi pakar rujuk dalam industri masing-masing dalam masa 3 tahun sahaja. Beliau akan tunjukkan caranya dalam seminar yang lebih advanced. Namanya Intensif Jutawan Indusri (IJI). Jadi, beliau telah menawarkan 3 pakej pada masa itu. tiket VIP pada harga RM 999 tiket Diamond pada harga RM 2999 dan tiket Supreme Diamond pada harga RM 4999 tiket VIP tu cuma untuk seminar IJI 3 hari dan tempat duduk VIP. Tiket Diamond untuk -seminar IJI 3 hari, -1 hari seminar dengan Bill Walsh, - 1 makan malam dengan Bill Walsh dan Dr Azizan (ada sesi perkongsian dengan Bill Walsh sekali), - cd Marketing & You - tem...