Hari terakhir 2013. Sedikit nota untuk persediaan menghadapi 2014. 1) Kadar BLR dijangka akan naik. Ini bermakna bayaran ansuran bulanan bank pun akan naik, kecuali anda buat pinjaman islam yang kadar tetap pada tahun 2005 / 2006 dahulu. 2) Jika mahu beli hartanah subsale, beli hartanah yang rental yieldnya sekurang-kurangnya 7.5% ke atas sahaja. Jangan beli yang cukup-cukup makan atau yang aliran positif cuma RM 100 atau kurang. Takut bila BLR naik, anda akan menghadapi aliran wang negatif. 3) Jika mahu membeli rumah under construction, pastikan sekurang-kurangnya kadar sewa jangkaan bila dah siap nanti cukup untuk membayar ansuran bulanan. Namun projek di sekitarnya yang sedia ada mestilah boleh memberi rental yield sekurang-kurangnya 7.5% ke atas berbanding harga jualan pemaju dahulu. Ini sebagai benchmark. 4) Jika mahu membeli rumah lelong, jangan sekali-kali beli pada harga yang sama atau kurang 10% dari harga pasaran. Tak berbaloi. Baik beli subsale. 5) Untuk suami ...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.