Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Tak reti nak tulis nombor akaun?

Semalam saya belajar sesuatu yang baru. Mungkin bagi setengah orang, mereka dah tahu. Tapi ia pengalaman baru bagi saya. Saya nak bank in cek. Lalu saya ke Maybank di Cyberjaya. Guna la mesin deposit cek macam biasa. Kalut punya pasal, saya lupa tulis nombor akaun, nama akaun dan no hp di belakang cek. Bila cek dah masuk mesin, resit dah keluar baru saya sedar. Alamak... Alamak.. Macamana ni? Macamana maybank akan tahu cek ni nak di deposit ke akaun mana? Lepas tu, apa akan jadi pada cek ni? Kena tendang kah? Atau bank pegang cek dan hubungi pemilik akaun yang mengeluarkan cek untuk pulangkan semula? Atau pengeluar cek ni kena hubungi bank dan batalkan cek dulu? Ala.. Adakah itu bermakna saya kena call pengeluar cek ni semula dan minta dia keluarkan cek baru? Leceh juga tu.. Macamana kalau dia sibuk sangat, nak jumpa dia ambik cek baru susah? Macamana kalau dia tak mau dah keluarkan cek baru? Habislah saya kalau macamni... Saya nampak orang ramai bertanya ...

Gaji Kecil Rumah Banyak

Apa perasaannya kalau anda hadir ke kelas pelaburan saham, tiba-tiba muncul satu lembaga.. lembaga pendek.. rendang.. tiba-tiba lembaga itu bersuara.. ohhh.. rupanya dia bercerita mengenai pelaburan hartanah. eh eh.. seminar saham ke seminar pelaburan hartanah? hmm..  itulah yang berlaku pada hari Sabtu, 23 Ogos hari tu. Saya telah dijemput untuk memberi sedikit perkongsian mengenai pelaburan hartanah dalam satu seminar Pelaburan Saham. Seminar saham ni dianjurkan oleh So-Rich Consultancy . Oleh kerana tak boleh over shadow, maka sesi saya pendek sahaja. Cuma 30 minit. Tak boleh lama-lama.. nanti peserta confuse.. ni seminar saham ke seminar property. Perkongsian saya itu bertajuk 'Gaji Kecil, Rumah Banyak'. Boleh tahan juga pesertanya. Hebat-hebat menganalisa graf saham yang saya pun pening tengok tu. Ada follower FB saya rupanya. Ada juga student Dr Wan Shah Razali. Hebat. Kagum dengan anak-anak muda So-Rich Consultancy ni. Begitu bersungguh me...

Tilam bikin geram

"Sir, i want you to put in the tenancy agreement. If the furniture is not comfortable, the owner needs to change". Ini dialog yang saya dengar semalam antara penyewa dan leader saya, Phillip, seorang perunding hartanah. Penyewa seorang pelajar dari Timur Tengah, mahu menyewa D' Pulze fully furnish. Bila Phillip tanya dengan lebih lanjut, apa isunya, rupanya ia mengenai tilam. Mereka takut dapat tilam yang tak selesa. "Sometimes, they put mattress of maybe just about RM 100. It is not comfortable." Aha.. ini isunya.. tuan rumah nak berjimat, letak perabot yang low quality. Memang saya biasa tengok, tuan rumah letak tilam nipis. SAngat nipis sampai saya rasa kalau saya nak baring kat situ pun, confirm sakit belakang. hm.. saya sebenarnya selalu mengalami masalah sakit belakang kalau tilam tak berapa baik. Jadi, bab tilam saya agak prihatin. Rumah sewa saya, kalau saya sewakan kepada expatriate atau student foreigner, saya akan belikan tilam...

Untunglah...

#untunglah orang gomen Siapa yang dah daftar Kursus Pengurusan dan Pembangunan Hartanah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi 26 - 28 Ogos ni? Untunglaaa... Isi kandungan kursus ni memang mengancam habis. - Konsep hartanah mengikut syarak - Undang-undang hartanah mengikut syarak - Pengurusan dan pembangunan hartanah; Teori , aplikasi dan undang-undang - Zakat hartanah dan permasalahan berkaitan. Penceramah semua hebat. Dr Ahmad Zaki Mohd Salleh dari USIM En Hamizul Abdul Hamid dari Lembaga Zakat Selangor. Tapi slot ketiga tu unik, penceramahnya perempuan. Comel pula tu..  Agak-agak siapa ya? Kalau tak salah saya, orang gomen yang memohon dan ditawarkan kursus ini, dapat hadir dengan percuma. #untunglah orang gomen.. Yang tak kerja gomen, kalau nak belajar mengenai pelaburan hartanah, boleh KLIK DI SINI

Awek baru memang sempurna, rumah baru?

Asal awek baru, mesti cun. Asal isteri baru, semua mesti OK. Tapi macamana kalau rumah baru? Rumah yang baru dapat kunci.. adakah mesti cun? adakah mesti sempurna? Ye ke? Betul ke macamtu? Haaaa... tak semestinya. Pemaju ni bina rumah melalui kontraktor. Kontraktor ni pula ada yang memang teliti hasil kerjanya.. ada yang tak berapa. Kena pula, mereka bina banyak unit kan.. Ada juga rumah landed yang struktur tanahnya rupa-rupanya tak berapa sesuai. Mulalah retak sini sana. Ha... saya ada kupas isu ini dalam Majalah Prospek Hartanah isu Ogos 2014, iaitu isu terbaru. Majalah ini merupakan majalah pelaburan hartanah berbahasa Melayu pertama di dunia. Insya Allah, boleh dapatkan di MPH dan Popular Bookstore atau di sesetengah kedai majalah di kawasan Melayu. Tapi kalau nak mudah, melanggan je lah.. Bayar sekali, mereka hantar ke rumah setiap bulan. Untuk melanggan boleh terus hubungi Cik Liza di jomlanggan@prospekhartanah.com, atau hubungi 019 2512 81...

Ni baru ke second hand?

Dua hari lepas saya menerima satu soalan. Di mana saya mendapatkan partition dan meja workstation untuk pejabat  sewa berjamaah saya? Haa.... kalau ada yang pernah melawat pejabat Kaseh Akademi di Dataran Pandan Prima, Ampang pasti nampak workstation siap dengan partition 8 unit ini. Sebenarnya workstation dan partition ni second hand.  Bukan baru. Tapi ia nampak masih cantik, macam baru. Workstation ini sungguhpun secondhand, tetapi ia custom made mengikut keperluan kita. Saya pergi ke kedai City Junk di Bandar Puteri, Puchong. Bawa ukuran ruangan pejabat yang kita nak letak partition tu. Kemudian kami berjumpa dengan tokeh kedai, Mr Alan. Berdasarkan bilangan workstation dan saiz ruangan, dia cadangkan design dan saiz bersesuaian. Supaya ruang dapat dimaksimakan tetapi masih selesa untuk akses keluar masuk. Untuk kes kami, meja berukuran 3.5 inci. Ada 8 workstation siap dengan partition. Mereka cuci dulu stok partition y...

Close deal bulan puasa

Bulan Jun saya berdaftar sebagai real estate negotiator Tapi bulan Julai saya baru mulakan kerja-kerja sepatutnya. Selepas saya hadir kelas dua hari yang saya cerita DI SINI. Untuk bulan pertama ini, saya dah ada listing sendiri 2 buah apartment di Shah Alam dan Klang untuk dijual dan sebuah banglo link di Klang. Walaupun saya mahu fokus di kawasan Cyberjaya, Kajang dan Bandar Baru Bangi, tetapi saya usahakan bantu kawan-kawan yang nak jual rumah di Shah Alam dan Klang ni. Pengalaman jadi negotiator di bulan puasa memang sangat menarik. Pengalaman baru katakan.. sampai beberapa kali berbuka puasa dalam kereta sahaja ada juga tersalah isi borang offer to purchase hahaha.. selalunya pengalaman membeli dari agent kali ni pengalaman kita sebagai agent pula.. Alhamdulillah.. serviced apartment di Shah Alam dah ada pembeli. Pembeli dah bagi cek 3% untuk booking Borang Offer to Purchase pun dah ditandatangani oleh kedua-dua pihak Tinggal buyer nak dapatkan pinjaman sahaja. ...