Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Wajah paling comel dalam majalah

Hari ni hari last bulan September. Esok dah masuk Oktober. Sekejap je kan.. eh nanti-nanti. Sebelum masuk bulan Oktober, saya nak tanya kawan-kawan. Dah dapatkan majalah Prospek Hartanah edisi September 2014? dah? Belum? Haih.. ada yang belum? Kalau belum, boleh dapatkan Majalah ini di kedai-kedai MPH, Popular atau order je dengan BLOGGER RETIS ni Ada apa yang best sangat dalam Majalah Prospek Hartanah edisi September ni? Selain artikel yang hebat-hebat (termasuk artikel saya.. ehem..) ada lagi yang lebih boombastik. Edisi ini sahaja.. edisi Oktober dah lain.. Kawan-kawan tengok la sendiri apa yang best tu,,, Buka muka surat 50 hehehehe Comel jugak bila muka dicetak dalam majalah macam ni eh.. Terima kasih kepada Puan Ameena, Tuan Zul dan tuan Syazlan Hadi yang sudi menemuramah saya. Dan kepada seluruh tim Majalah Prospek Hartanah juga.

Orang Bangladesh Otai Property

Kelmarin saya kongsikan status ni di FB personal saya. Nampaknya hot juga status ni Ramai nak tahu cerita lanjut. Ada juga yang teka betul. Ya, dia buat sublet dan asrama. Dia ni bukan Bangladesh kasta rendah. Ada pendidikan..  ada kerja tetap di KL. Manager sebuah syarikat construction dan renovation. Jadi, dia sendiri ada kepakaran dalam membuat pengubahsuaian bangunan. Tu yang lagi memudahkan dan menjimatkan beliau buat bisnes sublet dan asrama. Ada rumah yang dia sewa, dia sewakan semula ikut bilik. Rumah fully furnish. Kalau perlu, dia tambah partition di ruang tamu. Ada juga lot pejabat, dia buat partition cantik-cantik dan sewakan bilik-bilik tu. Macam asrama yang ada penuh perabot. Siap dengan kelengkapan memasak. Bilik bercat cantik, setiap bilik ada kipas angin berdiri dan aircond.  Untuk jimat aircond, 2 bilik berkongsi satu aircond. Kira dinding antara dua bilik tu ada lubang sikit lah untuk letak aircond k...

Bayar Sikit Untung Banyak

Ramai yang berniaga di luar sana. Sepenuh masa atau separuh masa. daftar enterprise.. ada juga yang langsung tak ada pendaftaran enterprise. Income dari perniagaan ni boleh tahan juga. Tapi bila nak buat pinjaman untuk beli rumah, tersangkut. Sebabnya mereka tak dapat buktikan mereka ada pendapatan dari perniagaan. Sekarang ni bank agak susah nak luluskan pinjaman. Antara bukti pendapatan yang wajib dihantar adalah Borang B dan resit pembayaran cukai pendapatan ke LHDN. Kalau tak ada dokumen LHDN ni, cakap la income bisnes berapa puluh ribu sebulan pun.. bank tak berapa nak percaya. Takut nak declare ke LHDN dan bayar cukai? Pernah dengar orang kata, lagi besar kita bayar cukai, lagi besar kita boleh berkembang. Bila dah tak nak berkembang, declare ke LHDN yang kita rugi. aha... sebenarnya cukai adalah sat instrumen untuk kita mengembangkan perniagaan dan aset. Tapi dalam pada nak bayar cukai tu, ada cara nak jimatkannya dengan cara yang sah. ...

Utropolis: jalan kaki je pergi kelas.

Bagaimana kalau saya katakan, ada projek baru cun dengan harga kurang dari  RM 300K? Projek tu pula dekat giler dengan kampus universiti baru yang akan dibuka pada tahun 2015. Nak lagi best, area tu nak cari freehold susah.. banyak leasehold. Tapi projek ni freehold... Kemudian akan dibina retail lot pula di bawah tu... untuk shopping-shopping, cuci mata dan beli barang keperluan. Kalau tengok lokasinya tu, sebelah Subang Jaya. Jadi ada potensi tempat ni boleh jadi sehebat Subang. ahaaa... apa macam? Masa saya dapat tahu ada projek ni, saya nampak potensi yang besar di sini. Pertama kerana ada wow factor. ada IPT dan shopping mall. saya selalu tekankan, cari wow factor bila beli rumah under construction. Kedua, sebab freehold. Jika kita ambil beberapa projek yang sedia ada yang freehold di kawasan ini, memang kenaikan harga sangat baik. Dan kalau gerak ke kiri sedikit, semuanya dah leasehold. Ketiga, ada matching atau pemadanan jenis hartanah dan infrastruktu...

penceramah comel berbaju kurung

Ada kawan-kawan yang mendaftar nama untuk hadir ke Kursus Pelaburan Islam di Instut Latihan Islam Malaysia, Bangi? Ahaa... jika ada, esok kita jumpa ya. Setakat yang saya dimaklumkan, seminar tu bermula hari ini. Tapi sesi saya esok. Seronok berkongsi ilmu pelaburan hartanah di ILIM sebab 1 - pesertanya sporting belaka. 2 - urusetianya baik-baik belaka. Ustaz dan ustazah yang celik kewangan. 3 - makanan yang disediakan memang terbaik. Kadang-kadang laksa johor, mee kari, soto kemudian ada makan pagi dan makan tenghari yang lazat-lazat. Akhir kata, ilmu dapat, kenyang perut,  senang hati.... lalalala.... Ini gambar semasa Kursus Pembanguan Hartanah di ILIM pada bulan  Ogos yang lepas di ILIM juga. Kredit foto: Puan Nor Hafidzah Qasim Bila lagi nak tengok Rohaniah Noor yang comel itu bagi talk berpakaian baju kurung kan... hehehehe

2 hari yang kecoh habis

Dua hari yang hebat. 20 dan 21 September 2014, Havoc Hartanah 2.0 di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay , KL. Dapat jumpa mahaguru saya, tuan Azizi Ali Dapat jumpa sifu-sifu pelaburan hartanah lain.. ada yang jadi speaker.. ada yang humble hadir sebagai peserta dan memberi sokongan kepada penganjur dan dapat bertemu ramai kawan-kawan lain yang kepala alien, suka pelaburan hartanah. Memang awesome, da bomb, kababommm mahaguru saya, tuan Azizi Ali Yang peserta seminar saya sebelum ni dapat refund 50% yuran. Mereka happy, saya happy. Sesi saya hari ahad 21 hb, forum dengan tuan MKNK, tuan Alwi Adam dan Tuan Ernest Bowle. Harap ia sedikit sebanyak memberi sesuatu kepada kawan-kawan yang hadir. Faizul sebagai moderator. Panel dari kiri - Adam Alwi, Tuan MKNK, Sir Ernest Bowle dan saya Kredit foto: Tuan Raisul Fadhla Kredit foto: Puan Hasifah Husin Speaker lain usah cakap la.. memang berbaldi-baldi info dan tips yang mereka kongsi. Baru saya tahu yang tuan K...

Tak sempat buat facial

Alamak... macam tak sempat je saya nak buat facial ni. muka sunburnt semasa di Turki. Kalau muka sunburnt begini, nanti tak sama lah dengan kecomelan dalam poster ini. Hmm.. kalau muka dah lebih gelap dar gambar ni, macamana ya? kecewa lah peminat-peminat saya nanti. Kantoilah muka saya yang gelap ni.. Tapi kalau tak kisah dengan kegelapan muka saya dan masih nak mendengar perkongsian speaker otai lain, jemput hadir ke Havoc Hartanah 2.0 esok dan lusa, 20 dan 21 September 2014. 20 hb sesi BI 21 hb sesi BM. Yuran murah giler kababomm.. cuma RM60 untuk salah satu sesi dan RM 90 untuk kedua-dua sesi. Untuk semua peserta seminar yang saya pernah anjurkan, ada diskaun 50% pula. wow wowww... kalau ada kawan-kawan peserta yang belum dapat email tawaran diskaun, beritahu saya ya. mana nak dapat belajar dengan tuan Azizi Ali, Faizul Rizuan, Ho Chin Soon, Adam Alwi, SIva Shanker, Abang Ensem, Wan Infolelong, Mekanik Wang dan ramai lagi yang pakar dalam niche masing-masin...

Doa musafir Allah makbul

Benarlah orang kata, doa musafir ini makbul. Saya pernah menulis di Facebook saya mengenai sesuatu yang tak kena dengan dua rumah di Mentari Court saya. Satu unit dah siap sejak bulan februari, bulan Jun dapat penyewa tapi duduk sebulan je. Satu unit lagi siap selepas raya. Sehingga tiga hari lepas, belum ada penyewa. Rumah fully furnish. Kadar sewa rasanya dah sampai turunkan rm100 dari harga asal yang standard. Dah letak iklan di internet dan papan tanda di apartment. Dah siap offer co-broke. Dah siap minta member tolong cari penyewa dengan tawaran komisen macam agen. Dah siap offer kat subletter. Tapi memang mahal betul rezeki dua buah rumah ini. Bayangkan, 5 jam sebelum saya meninggalkan Malaysia, ada satu keluarga last minute confirm nak pindah masuk. Sebenarnya saya dah malas nak ke Mentari Court sebab saya belum siap packing dan research pun baru sikit. Tapi sebab agen hartanah yang referkan mereka ni kata mereka betul-betul nak masuk rumah tu, saya ...

Tua dah tak lama.

Biasa tak dengar, orang kata.. "Entahlah.. tak tahu aku buat apa dengan duit aku. Habis macamtu je.." Biasanya kata-kata ini didengar apabila seseorang itu dah bekerja atau memasuki alam pekerjaan lebih 3 tahun.. atau bila usia dah menginjak 30 tahun atau bila nak kahwin baru sedar duit tak ada sedangkan dah beberapa tahun kerja dengan gaji RM 2,000 ke atas. Itulah kebiasaan kita kan.. Duit gaji dibelnajakan untuk benda yang tak nampak. Beli makanan, tengok wayang, belanja awek, top up handphone, tukar rim kereta, tukar kereta terus, beli baju baru dan macam-macam lagi. Barang yang lagi setahun pun, akan buruk.. nilai susut atau pakai habis begitu sahaja. Sudahnya simpanan tak ada, aset tak ada, nilai bersih begitu juga atau makin teruk kerana hutang makin menimbun. Orang kata masa itu emas. Emas boleh digadai dan disimpan tetapi masa tak boleh. Bermakna masa lebih berharga dari emas. Masa yang dah berlalu takkan kembali. Jadi gunakanlah masa muda sebaik m...

Untukmu aku bertahan

Sebelum ni, ramai komplen. Nak download ebook percuma Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah tak berjaya. Ebook pertama saya ini saya beri percuma kepada yang langgan mailing list saya. Sebenarnya kuota dengan getresponse.com dah penuh.. tu sebab kawan-kawan semua tak boleh masuk dalam list dah. hehehe... sambutan panass katakan... haa tapi semalam saya sudah tambah wang. upgrade kasi besar lagi kuota tu. Jadi, sebelum kuota penuh balik, apa kata daftar laju-laju. Klik  http://wangbesar.propertywaltz.com/ Masuk nama, email dan no hp. Klik hantar. Nanti akan dapat satu email yang ucap selamat datang bla bla bla dan dapat link untuk download ebook. Daftar ramai-ramai ya supaya saya rasa terharu bayar lebih setiap tahun untuk servis ini. Barulah tak rasa sakit hati sangat tengok amaun yang dicaj automatik setiap tahun tu. Untukmu aku bertahan... bak kata Afgan

Hilang akal? Belajar dengan Tuan Azizi Ali dengan hanya RM 30?

Saya mula celik mata pada perancangan kewangan peribadi apabila membaca buku 'Cukup Wang Hati Tenang'. Tetapi saya mula belajar banyak perkara mengenai pelaburan hartanah apabila membaca buku 'Tuan RUmah Jutawan' dan 'Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah' oleh Tuan Azizi Ali. Masa tu tahun 2005. Tuan Azizi Ali buat smeinar pelaburan hartanah pun dalam dua kali setahun sahaja agaknya. saya masih ingat, yurannya RM 799. Saya belum berkemampuan membayar yuran sebegitu pada waktu itu. Tapi isi kandungan bukunya saya khatam, ulang baca dan khatam lagi. Selepas bukunya, saya baca buku Renesial Leong pula. 2006, saya dapat beli rumah pertama. 2007, saya hadir mini talk tuan Azizi Ali. Seminar 3 jam pada waktu malam, yuran RM 199, beli bertiga RM 150 seorang. saya pergi bertiga. Walaupun tiga jam, banyak tips yang saya peroleh ketika itu. ada tips yang disebutnya yang saya masih ingat sampai sekarang. Tuan Azizi Ali memang la...