Jangan beli rumah sekarang. Beli rumah tahun depan. Itu kata-kata seorang Professor di sebuah IPT baru-baru ini. Tapi betul ke? Aha... 29 November ni insya Allah saya akan kupas mengenai hal ini. Bukan itu sahaja, saya akan kongsikan juga bagaimana nak beli hartanah yang mampu anda miliki, prosedur pembelian dan strategi rumah dari pemaju supaya pembeli dapat memaksimakan keuntungan. Jom.. Sesi ini percuma sahaja kepada semua yang mahu belajar. Sambil belajar, sambil kita riki-riki ada projek best kat Shah Alam 2. Danau Perintis namanya. Apartment 3 bilik dan 2 bilik air dengan keluasan 889 sqft. Harga bermula dari RM347K sahaja. Wowww... kalau tengok projek-projek baru, banyak developer bangunkan unit studio atau unit satu bilik sahaja dengan harga RM300K++ ni. Tapi IJM Land bina rumah 889 sqft, sesuai untuk keluarga. Memang terbaik dan sesuai dengan keperluan. Lagi kababoom bila pemaju tawarkan beli rumah ini dengan 0% downpayment. Khas untuk pembeli...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.