Semalam Perdana Menteri kita membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016. Yang melibatkan hartanah adalah : 1) Untuk projek perumahan baru, maknanya beli rumah under construction dari pemaju lah ni.. kerajaan buat peraturan yang rumah berharga RM300,000 ke bawah hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja. Ini berkuatkuasa serta merta. Maknanya start dari ucapan najib pasal perenggan ni berlaku. 2) Kerajaan akan buat Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu untuk menawarkan lebih 100 ribu unit rumah yang ditawarkan oleh JPN, PR1MA, SPNB, PPA1M, agensi negeri serta sektor swasta. 3) Kerajaan menerusi Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat akan menawarkan pinjaman pada kadar 4% di bawah Projek Perumahan Rakyat yang berharga 35 ribu ringgit. Sebanyak 400 juta diperuntukkan untuk 10K pemilik rumah. Hmmm.... saya percaya point pertama ni paling panas... Lepas je najib sebut pasal point ni, ramai terus cepat-cepat update kat facebook atau forward kat whatsapp. Sekali i...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.