Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

200k deposit, boleh tak?

Hari ni sampai jam 4 petang saya jaga booth the Vyne di NSK Kuchai Lama. Boleh kata majoriti yang datang ke sini adalah chinese, memang untuk membeli barang keperluan. Sama ada datang seorang atau dengan keluarga. Pakaian sempoi je. Semuanya datang, beli barang dan keluar dengan troli. Tak ada sangat couple muda bujang berdating kat sini. Tadi seorang ayah berumur dalam 50an singgah di booth dengan anak perempuan nya. Gaya macam anaknya tu umur 20an. Dia bertanya mengenai lokasi dan unit paling kecil di The Vyne. Saya pun beritahu lokasi dalam 5 minit je dari sini. 855 sqft, 2 bilik. Harga paling murah RM480K. Ada 10% diskaun, 5% cashback, free maintenance fee 1 year, free stamp duty, free legal fee. Booking cuma 1k. Kemudian dia tanya dengan bahasa melayu, loan berapa? Saya pun menjawab, encik sudah ada berapa rumah? Kalau rumah kedua, loan maksima 90%. Kalau rumah ketiga loan 70%. Si ayah, saya gelarkan Mr Law, beritahu ini untuk anaknya tu. Anaknya pun se...

Tahun 2016 untung ke tak?

Ahad ni 24 April ke mana? Apa kata kita update diri dengan perkembangan terbaru pelaburan hartanah. 2016 ni tahun yang bagus beli ke? Ke tahun patut tunggu dan lihat? Bertempat di Setia Putrajaya Galleria, satu property talk oleh tiga orang speaker hebat akan diadakan pada jam 1.00 tengahari - 4.00 petang. Speakernya adalah - Ahyat Ishak (CEO The Strategic Property) - Amsyari Zahir (Founder AMACC Management Services) - Norisah Ibrahim (perancang kewangan Islam) Masuk percuma tau. Cuma kena RSVP la. Hubungi 03-88616500

Albury : Rumah Landed 293K

Biasanya rumah landed baru sekarang harga melebihi 700K. Itu kalau di kawasan berhampiran pusat bandar. Tapi kalau di bandar yang sedang membangun seperti Sepang, Semenyih, Pajam... harga rumah landed lebih dari 400K. Tiba-tiba saya dengar ada rumah landed berharga dalam RM293K sahaja. Aik.. biar betul! Ya.. betul. Nama projek tu Albury. Nama pemaju UMLand. OK, kalau nak tau betul ke tak seperti yang diwar-warkan, 16 April iaitu Ahad nanti boleh hadir ke Mahkota Hills Sales Gallery No. 13, Jalan Kiara 1, Kawasan Perniagaan Kiara, 43500 Semenyih, Selangor Akan ada limited unit dengan harga terbaik dan super duper rendah ni. Tak familiar venue tu kat mana boleh guna waze, cari Mahkota Hills Sales Gallery Ataupun telefon sahaja  016-36 11 002 dan mereka akan bantu anda tunjuk arah ke sana. OK, jumpa nanti ya. Zassss!

Rumah landed Saujana Puchong below market value

Client saya nak letgo sebuah rumah teres dua tingkat di Saujana Puchong, Puchong, Selangor 4 bilik 3 bilik air Saiz tanah 22 x 75 Rumah ni condition cantik. Nak jual cuma 465k. Bank value 500k. RM35k below market. Masa beli je dah untung 35k Lagipun kalau beli rumah baru, kondo pun harga dah 500k. So payah nak dapat rumah teres harga 400k++ ni wehhh.. Lokasi ni cun Dekat dengan sekolah. Cuma 1.3km ke sekolah kebangsaan Petrol station pun dekat. Siap ada pengawal keselamatan lagi 13 km ke Tesco Puchong 20km ke Putrajaya 28 km ke MidValley KL Berminat? Boleh call 0123547636

Apartment di Cyberjaya nak jual below market.

Ada satu apartment servis ni, Domain 1 di Neocyber, Cyberjaya. Rumah ni 761 sqft, 3 bilik 2 bilik air. Siap perabot penuh dengan 3 aircond, 2 water heater, kabinet dapur, sofa, set bilik tidur, mesin basuh, meja makan dan lain-lain. Sewa sana sekarang RM1800 fully furnish Yang cun pasal rumah ni: 1. Bank value boleh cecah 360K tapi owner nak let go 330K sahaja. Last price. Maknanya 30K below market value. 2. Bagi deposit rm6k sahaja. 3.Kalau dapat buat loan 90% dari 360K maknanya rm324K. 324K + deposit 6K = 330K. Maknanya bayar 6K sahaja dan tak payah bayar apa lagi dah. 4. Owner nak letgo sekali dengan perabot. Jadi tak payah beli perabot dah. Terus boleh sewakan kepada expat atau foreigner kat sana untuk kadar sewa begini. 5. Apartment ni lokasinya cun. Berada di kawasan shop lot. Ada banyak kedai makan arab, 99 speedmart, kedai makan melayu, saloon, mamak dan macam-macam kedai lagi menyebabkan ia tetap menjadi kegemaran penyewa di sana. Berminat? Boleh whatsapp 0123547636...

Talk percuma Shah Alam 2 tahun 2016 : kita jumpa juga nanti ya

29 November 2015 tahun lepas saya sepatutnya beri talk hartanah di Shah Alam 2 Boleh baca posting saya sebelum ni DI SINI. Tetapi sehari sebelum talk ni saya mengalami kemalangan motorsikal sehingga ada pendarahan di kepala dan kepala saya dibedah. Jadi talk event ni terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum pasti. Kesian pihak penganjur iaitu IJM. Saya dimaklumkan mereka telefon setiap peserta beritahu event ni cancel  Maaf banyak-banyak menyusahkan pihak IJM dan peserta. Saya pun tak mahu kemalangan teruk begini. Alhamdulillah.. setelah beberapa bulan saya berehat, insya Allah saya dah semakin sihat dan boleh beri talk semula macam sebelum ini. Jadi, kita akan ulang semula event property talk yang penuh dengan peserta ini. Insya Allah, Ceramah Hartanah 2016 akan diadakan pada 07 Mei 2016 Sabtu bertempat di Galeri Jualan Shah Alam 2 Tapi kali ni saya tidak keseorangan. Saya dan seorang lagi speaker cool dan femes, Khairul Ezuwan atau nama glemernya KEY akan b...

Havoc Hartanah KL 2016 lagi seminggu

Pertama kali saya muncul dalam event Seminar besar begini selepas kemalangan. Havoc Hartanah akan diadakan weekend depan, 16 dan 17 April. Venue di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Bukan saya saja. Ada ramai lagi Speaker power-power. Boleh belajar mengenai pelaburan hartanah dari 14 orang Speaker, padat dalam 2 hari ni. Kalau event lain, yuran mau rm300-500. Tapi Havoc Hartanah ni special. Tiket cuma rm90 untuk dua hari, atau rm50 untuk sehari. Kena cepat tau... seminar ni akan berlangsung lagi seminggu. Nak daftar dan dapatkan tiket? Boleh whatsapp 0123547636 ya

Cari suratkhabar semalam?

Pernah tak korang terlepas beli suratkhabar yang rupanya ada artikel penting atau ada gambar korang kat paper tu tapi tak sempat beli? Rileks.. Masih boleh dapatkan suratkhabar semalam kat tempat pengedar suratkhabar. Diorang kumpulkan balik suratkhabar semalam sebelum dipulangkan ke syarikat pengeluar. Dalam kes saya, saya dok  kumpul 7 hari Sinar Harian berturut-turut mulai Isnin haritu, 28 Mac. Sebabnya... ? Bila cukup 7 hari iklan Lost of of Tambun dalam suratkhabar tu, beserta dengan kepala surat khabar, saya boleh tukar dengan 1 tiket free masuk sana. Woww... 1 tiket the masuk harganya rm58. Kalau ada promosi, harga rm49.25 Tapi dengan 7 kali beli Sinar Harian, kos cuma RM 1.20 x 7 = RM 8.4 Jimah 86% dari harga asal. Woww weee..... Tu yang saya gila kumpul 7 hari paper ni. Tapi kita kan sibuk dengan kerja, jadi ada hari yang saya terlambat beli. Sinar Harian pula paper paling laku. Paper lain ada lagi kat kedai, tapi Sinar Harian dah sold out. Jadi kalau t...

Rumah landed modal rendah di Pajam

Ada projek baru Seri Pajam rupanya. Ada teres setingkat, teres dua tingkat dan Semi D. Teres setingkat, Nada 2 namanya.. ada 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Harga dari RM398K Teres dua tingkat pula ada 2 jenis. Yang pertama, Eusarca. Ada 4 bilik 4 bilik air harganya bermula dari RM497,800. Siap ada pengawal keselamatan. Teres dua tingkat kedua oula Nusa 13. Ada 5 bilik 5 bilik air. Banyak bilik tidur dia. Harga pula bermula dari RM485K Manakala yang semi D, namanya Aria D. Ada 5 bilik tidur dan 6 bilik air. Luasa tanah 40 x 80 woww... Harga bermula dari RM890K. Untuk membantu pembeli mendapatkan unit dalam projek ni, pemaju dah siapkan dengan pakej istimewa. Bayar deposit rendah, zero entry cost dan ada pakej bayaran ansuran rendah. Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi pihak Seri Pajam atau datang sahaja ke galeri jualan mereka. Oh ya.. sebut pasal pergi ke galeri jualan, 10 April ni kat galeri jualan tu nanti ada seminar percuma pelaburan hartanah. Ahya...