Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Jom Cari Rumah Seberang Perai: Jual Rumah Gaya Bijak

Orang utara... Berminat nak beli rumah tak? Berapa ramai yang nak beli rumah, tapi tak tau cara... Tak tau nak beli kat mana..tak tau rumah apa yang tengah dijual yang kita boleh riki-riki.... Haaaa.... Ni ada berita baik. Insya Allah Jumaat- Ahad 15-18 November nanti akan ada Jom Cari Rumah di Sunway Carnival Mall. Insya Allah nanti ada booth-booth jualan hartanah baru untuk kawan-kawan survey. Kalau berminat, set appointment untuk lawat tapak dan sales gallery. Tengok show house. Kalau berminat dan rasa tulah rumah yang sesuai dengan kita, boleh la kita tangkap satu. Yang lagi best, kat Jom Cari Rumah ni nanti ada sesi ceramah percuma tentang macamana nak beli rumah, macamana nak jual rumah, mavamana nak dapatkan pinjaman dan lain-lain tajuk berkaitan. Masuk PERCUMA, dengar pun PERCUMA. Tapi ilmunya mahal. Saya sendiri insya Allah akan ada di snaa Ahad, sebab slot ceramah saya jam 3 petang. Saya akan berkongsi mengenai Jual Rumah Gaya Bijak dan Apa Ada dengan B...

Belanjawan 2019: Dari Perspektif Hartanah dan Kewangan Peribadi

Belanjawan 2019 Wowww.. dah lama tak dengar perkataan Belanjawan kan. Dah banyak tahun sejak pentadbiran Tun M yang pertama kali dulu, Tun M gunakan perkataan Bajet. Tapi kali ni sempena Malaysia Baru, Tun M sendiri kembalikan perkataan Belanjawan. Saya suka kerana Bahasa Melayu ada perkataan sendiri. Tak perlu import perkataan Budget dan jadikan Bajet lagi. Baik, apa yang ada dalam Belanjawan 2019 kali ini untuk bidang hartanah dan kewangan peribadi? OK, kita tengok dari segi HARTANAH dulu ya. 1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gain Tax (RPGT)  CKHT bagi hartanah yang dilupuskan pada tahun keenam dan ke atas. - untuk pemilik yang terdiri dari syarikat dan bukan warganegara, CKHT akan dinaikkan dari 5% ke 10% dari keuntungan - untuk pemilik individu warganegara, CKHT dinaikkan ke kadar  0% ke 5% dari keuntungan. Maknanya kalau sebelum ni, owner rumah yang rakyat Malaysia , gigih tunggu cukup masuk tahun keenam baru nak jual. Sebab ta...

Booktalk percuma: Kurangkan Cukai Secara Sah

Nak tahu macam mana nak kurangkan cukai secara sah? Haaaa jemput hadir ke Book Talk bersama  Rezduan Bakar  merungkai persoalan ini. Kami tahu, mesti anda terfikir perkara ini kan?  Lagi pula belanjawan 2019 sudah dibentangkan.  Jadi, jangan tak datang. PERCUMA sahaja!!!! Tak kan nak tolak. Rugi lah! Tarikh : 11 November 2018 Hari : Ahad Masa : 10 pagi - 12 :30 tengahari Venue : Bilik Putih, 1-06, Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100, Shah Alam Untuk pertanyaan / RSVP sila hubungi saya ya : +6012-3547636 Cepat! Ilmu untuk dikongsi percuma sahaja  :)  Rugi kalau tak dapat!