Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2025

Rezeki Waris, Tak Tinggal Sehelai Sepinggang

Ramai yang fikir nak ambil hibah bila dah ada duit lebih. Atau bila hutang dah habis. Tapi kalau sekarang pun duit cukup-cukup makan, macam mana kalau tiba-tiba hilang sumber pendapatan? Macam kes ni, client ni baru je ambil hibah. 10 hari lepas tu, berlaku sesuatu yang tak dijangka.  Tapi sebab dia dah buat keputusan awal, waris dapat lebih RM400,000. Duit ni jadi penyambung rezeki untuk anak-anak teruskan hidup tanpa beban kewangan. Tak perlu tunggu kaya baru nak buat hibah.  Sekarang kita ada promosi sampai hujung bulan. Dengan bermula RM40 sebulan pun dah boleh ambik perlindungan untuk tinggalkan sesuatu buat keluarga.  Kalau tak ada apa-apa berlaku, ada cash value. Boleh dapat wang tunai pula. Perlindungan+ simpanan. Nak tahu macam mana hibah takaful boleh bantu lindungi waris?  Boleh wassap saya ya. 0123547636 Atau klik link wassap ni wassap.my/60123547636/hibahtakaful 

Kadang-Kadang, Saya Tipu Masa Travel Solo

Bila saya travel solo, ada satu soalan yang selalu muncul, terutama dari pemandu tuktuk,  teksi motor atau pemandu beca. Soalannya adalah... ( Selepas diterjemah ke bahasa melayu..) "Sorang ke?" Jawapan saya jujur? Ya, saya travel seorang. Tapi biasanya akan ada soalan susulan.  "Suami mana?" Haaa kat sini akan muncul jawapan bohong sunat. "Oh, suami kerja, tak dapat ikut travel." Hehehe.... Bukan sebab saya takut atau fikir yang bukan-bukan. Tapi kadang-kadang, lebih senang macam tu. Sebab kalau saya cakap saya single dan travel solo, terus ada sesi soal jawab yang panjang: "Oh, belum kahwin? Kenapa belum kahwin?" "Tak ada boifren ke?" "Tak risau travel sorang?" Dan kalau di negara yang pemikirannya lebih konservatif, lagi panjanglah topik tu. Dari “tak kahwin lagi?” boleh berkembang jadi sesi motivasi kahwin dan contoh-contoh tauladan jiran tetangga dia yang berkahwin. Kadang-kadang saya okay je nak sembang. Tapi...

Travel bukan perawat, tapi jeda.

Travel Bukan Perawat, Tapi Jeda Aku dah lama sedar—travel bukan ubat. Dia tak ada kuasa magik untuk sembuhkan hati yang retak, atau pulihkan luka yang dalam.  Tapi travel ada satu benda yang sukar nak dapat dalam kehidupan biasa: jeda. Jeda dari rutin. Jeda dari suara yang terlalu bising dalam kepala. Jeda dari perasaan yang bersimpul-simpul, yang dalam kehidupan biasa mungkin terlalu berselirat untuk dirungkai. Bila aku travel, aku rasa masa seolah-olah berhenti sekejap. Aku tak perlu kejar deadline. Tak perlu fikir apa orang nak kata. Tak perlu pura-pura okay.  Aku hanya perlu berada dalam momen—di sebuah kota asing, di tepi pantai yang belum pernah aku jejak, di sebuah kedai kopi kecil yang sunyi, memerhati hidup orang lain sambil cuba memahami hidup sendiri. Sebab itu, masa travel, aku suka baca buku self-help atau buku tentang self-love. Masa kita terjeda, minda lebih terbuka untuk menyerap sesuatu yang baru.  Kalau dalam kehidupan biasa kita hanya ulang-ulang skrip ...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...