Langkau ke kandungan utama

esok BERSIH 2.0?

hm.. besok adalah tarikh perhimpunan BERSIH 2.0

ada dengar khabar pengangkutan awam akan ditutup.
LRT, monorel, komuter ada yg akan ditutup.
malah perhentian, puduraya dan pekeliling pun mungkin ditutup dan operasinya dipindahkan ke hentian bas jalan duta atau terminal bs selatan.
permit bas tambahan juga dah dibekukan.

hm.. bunyi macam dah nak darurat.
nampaknya keputusan kami menunda seminar property & co satu keputusan bijak memandangkan kesukaran pengangkutan ke tempat seminar nanti.
memang ada 6 orang peserta tak mahu ia ditunda.
selebihnya nak kami menundanya ke tarikh lain atau lebih elok kami menundanya.
maaf kepada 6 orang ini.
kami kena mendengar suara majoriti.
pada masa kami set tarikh seminar ni, tarikh bersih belum diwar-warkan lagi
kemudian bila dah dengar pasal tarikh bersih ni pulak, kami tak sangka keadaan akan jadi seteruk yang saya tulis di atas tu.

hm.. masing2 dgn pendapat sendiri berkaitan bersih membersih ni.
tapi jika anda tidak terlibat, seeloknya duduk di rumah sahaja lah ye esok.
bersihkan rumah je la..
cuma pesanan saya, jangan membuat penilaian sesuka hati tanpa kita mengkaji fakta yg sebenarnya dahulu.

enjoy this video

Ulasan

Unknown berkata…
kadang2 fakta depan mata pun boleh buat2 tak nampak kalau dah terlalu taksub kepada pihak2 tertentu.

sebagai golongan terpelajar gunalah akal untuk berfikir bukan dok main ikut semborono jer.
Rohaniah Noor berkata…
betul tu wakif. di zaman cyber ni fakta boleh diperoleh dengan mudah. gunakanlah akal kita untuk mengkaji dengan bijak.. jgn gunakan emosi.
sama macam pada waktu kita nak beli rumah juga..
sitiezahim berkata…
itulah, kengkadang mereka ni bersikap tak mau campur tangan, tp kemudian menilai tanpa usul periksa..
Rohaniah Noor berkata…
sitie, bukan takmo campur tangan. takmau ambil tahu.
tak ambil tahu apa yg dah berlaku selama ni. kononnya tak berminat nak ambil tahu hal politik. tp lepas tu tahu pula marah2 hal politik.
kalau tak mahu ambil tahu, tutup mulut, diam dan redha je harga naik ke.. harga turun ke.. tol naik ke.. tol turun ke.. ada penjahat berleluasa takde polis tangkap ke.. jgn komplen. diam.
tu baru betul takmau ambil tahu.
sitiezahim berkata…
betul2 lepas ni jangan ada yg komplen pasal minyak naik ye kengkawan...:D
Haruki berkata…
Yes, eun-yong, that is what I would do, bersihkan rumah 2moro. Should I "stock-up" on rice, eggs and milk powder for my babies? "As anything can happen?"
Apa kaitan BERSIH dengan isu perkauman?

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...