Langkau ke kandungan utama

Perbankan Islam: Satu Penindasan, Benarkah?

Sebagai orang islam, ramai yang sangat mengambil berat punca kewangan mereka.
Akur dengan hukum, meeka memilih untuk membuat pinjaman perumahan perbankan islam.
Ini untuk mengelakkan pulangan wanga dari hasil riba.
Malah ada juga mereka yang bukan islam berminat untuk membuat pinjaman perbankan islam ini.

Melihat permintaan yang menggalakkan maka banyak lah bank-bank tempatan dan bank luar mula menawarkan produk perbankan islam.
Bank ISlam sendiri, CIMB, Maybank, Public Bank malah HSBC pun menawarkannya.

Namun biasa kita dengar rungutan dari kawan-kawan berkaitan dengan pinjaman perumahan perbankan islam.
Ada yang kata, rebet yang dikenakan jika hendak menyelesaikan hutang lebih awal terlalu sedikit.
Ada yang kata, penalti semasa loc-in period terlalu tinggi, hinga menceceah 5 angka.
Ada yang kata memang tiada rebet pun.. kena bayar harga jualan bank asal jugak walaupun kita nak refinance.

Jadi, akhirnya mereka merungut, nama saja bank islam, tapi tak adil juga..
menindas pula...

Baru-baru ini, kawan saya kongsikan kepada saya rakaman forum bertajuk Perbankan Islam: Satu Penindasan, Benarkah?
Forum ini diadakan bersempena Halfest pada bulan lepas.

Mari kita tonton bersama2.

Ulasan

sourplum berkata…
universal oppression.
pak wan berkata…
Uishh jenuh nak tengok.. syeikh tu garang but i loike.. among interesting points:-
ALL banks aim to make profit..
Better start simpan gold & dinar la..
If America falls, fiat money fall, Israel will take over the world..

But kalau Islamic Banking pun tak berapa betui, what's the solution eh?

Hurmmm..
Rohaniah Noor berkata…
hm.. nampak macam perbankan islam ni pun ambil kesempatan jugak... mereka pusing2 hukum islam supaya nampak halal... guna akad dan persetujuan peminjam utk beli semula rumah tu dgn harga 3 kali ganda dr harga asal.

masalah juga sebab ramai yg bekerja di bank tu adalah graduan business admin, akaun, ekonomi yg based on konvensional financing. tak ramai yg betul2 dr bidang syariah. mana mungkin pihak bank faham roh muamalat dalam islam yg sebenarnya?

utk org islam yg berusaha mencari punca pendapatan halal, mereka takde pilihan melainkan menerima terms and condition perbankan islam yg menekan mereka ini.
Khairul Bird berkata…
Hmm apa pendapat pasal bank ni?
Adakah lebih tepat dengan Shariah berbanding institusi2 kewangan Islam sekarang?

http://en.wikipedia.org/wiki/JAK_Members_Bank
"JAK Members Bank does not charge or pay interest on its loans, a principle it shares with Islamic banking."

-----------------------

Ni penjelasan:
http://reciprocalbank.wordpress.com/how-it-works/
"JAK is essentially a saving and loan system that does not pay any interest on savings nor charge interest on loans. An instinctive question often asked by people when they consider this is, “Why would anybody save without interest?” The principle behind JAK is that the people saving are doing so because they want to borrow."

------------------------

Ni penjelasan detail:
http://www.feasta.org/documents/review2/carrie2.htm

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...