Tinggal di dalam negara yang berbilang bangsa memerlukan kita saling memahami adat, budaya dan pegangan agama masing-masing Ada perkara yang menjadi pantang larang sesuatu bangsa, jangan kita sengaja langgar Ada perkara yang menjadi larangan sesuatu agama, kita hormati. Sengaja memberi angpow dalam sampul putih semasa perayaan Tahun Baru Cina, misalnya, adalah satu tindakan tidak ambil tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu yang sangat tidak menghormati adat orang cina. Sengaja menghidangkan lauk daging lembu kepada orang India juga mencabar kesabaran mereka. Begitu juga menerbitkan menu daging khinzir sebagai resepi di bulan puasa merupakan tindakan yang sangat tidak sensitif dan menghina. Sebagai tuan rumah, kita ada kalanya sukar untuk menghadkan rumah yang kita sewa kepada sesuatu kaum atau agama sahaja apatah lagi jika target penyewa kita merupakan expatriate atau pelajar antarabangsa Apabila sudah menyewa, kita tidak dapat menghalang penyewa dari membawa masuk mak...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.