Langkau ke kandungan utama

Tunas Manja bukan supermarket semata-mata

3 minggu lepas saya ke kuantan
berkunjung ke rumah adik dan berkelah di cherating
sebelum pulang ke kajang, kami sempat ke Kuantan Parade

ternampak beberapa booth jualan hartanah
hm.. apa lagi, memang minat saya kan..
apa lagi, mengutip flyers lah.

Jadi saya berniat nak kongsikan di sini flyersnya
ok ke tak lokasi ni, saya pun tak pasti sebab saya memang tak mahir dengan kuantan
ye, walaupun asal pahang, tapi pahang tu besar
lagipun dulu masa kecik paling hebat gi temerloh je
minum ABC dan nasi ayam di benteng dah habis syok lah tu
habis moden dah tu..

tapi tak syok kalau kena keluar asrama pakai baju asrama
aduhhh.. hilang glemer rasanya
baju asrama tu dah la tak cukup cantik pada mata saya
mudah kedut, leceh nak seterika
kemudian orang2 kedai tu suka pandang serong kat kami dan perhati kami
puncanya sebab dulu2 ada budak sekolah kami kena tangkap curi barang
isk... ingat semua orang sama ke?

ok berbalik pada hartanah di kuantan yang saya tak mahir sangat selok beloknya

Dua buah hartanah komersial oleh pemaju Tunas Manja Development & Construction Sdn Bhd
tunas manja ni memang terkenal weh kat pahang, terutama kawasan kuantan
sebab mereka banyak buka cawangan pasaraya kat sana


Pertamanya, hartanah komersial di Tanjung Lumpur
Kedai pejabat dua tingkat
asalnya harga bermula dari RM 610,800 tapi masa kami ke sana dah tinggal yang RM 698,800 je
Freehold
Nanti akan ada pasaraya tunas manja di sini




Projek kedua, Pusat Komersil Bandar Indera Mahkota
Harga asal di flyer adalah RM 588,800 tapi kini dah jadi RM 708,800
Akan ada di sini nanti adalah Tunas Manja Indera Mahkota dan Hotel Seri Manja

maaflah flyers ni dah berlipat-lipat sebenarnya
lama sangat simpan dalam beg
tu yang ada seni tambahan kat situ.. seni garis-garis menegak... hehehehe

kalau ada di kalangan kawan-kawan yang ada info tentang dua kawasan ni, mungkin boleh kongsi di sini

Mungkin jika anda berminat, boleh hubungi developer 09-5172088 (pejabat)
atau melissa 012-9523160
miss lim 0169405218

Ulasan

sitiezahim berkata…
tg lumpur tuh mmg banyak projek umah naik skarang...then indera mahkota tuh pon mmg kawasan perumahan yg beeessaaarrrr....heheh
Rohaniah Noor berkata…
oh.. begitu kah? hm.. bunyi menarik..
tg lumpur bukan ke ada keropok lekor? hehehehe
Unknown berkata…
tg lumpur akan ada satu hospital swasta under kpj betul2 dkt jambatan. So hartanah kaw 2 djangka naik. Projek perumahan juga banyak tgh naik, kebyknnya more than 150k. Inderamahkota mmg bagus, tapi utk commercial property saya x pasti, tapi utk rumah kediaman mmg byk permintaan krn ada UIA n kolej area tu.
Rohaniah Noor berkata…
unknown, kalau indera mahkota dekat dgn UIA dan kolej, pasti akan ada demand utk kedai makan, kedai fotostat, dobi, kedai runcit. bunyi mcm lokasi yg bagus ni...
Unknown berkata…
Boleh le kalu berminat, sbb saya tengok ada satu kaw lama area kolej shahputra n kolej komuniti mara, kedai makan dah tumbuh mcm cendawan dan sentiasa penuh. kalu nak buat kedai stationary kena survey market dulu atau sediakan blueprint tgk future prospek. Tapi dekat kaw IM ni juga ada satu lagi projek perumahan yg bagus krn ada propose untuk new state admin city. Rasanya mgkn biasa dengar 'Kota SAS'. Saya ada sambar satu teres setingkat, 150k je, buat bank loan. Ingat nak buat homestay, hopefully berjaya, insyaAllah.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...