Langkau ke kandungan utama

Who Moved My Cheese?

buku yang wajib anda baca

Boleh saya katakan ini buku self-help terbaik yang pernah saya baca seumur hidup saya
hinggakan saya berkata kepada diri saya, kenapalah saya tidak membaca buku ini lebih awal

saya membacanya pada tahun 2010, hanya 2 tahun lepas

Who Moved My Cheese oleh Dr Spencer Johnson



Ia berkisar 4 karakter.
2 ekor tikus yang bernama Sniff dan Scurry
dan 2 orang kerdil sebesar saiz tikus yang bernama Hem dan Haw

Si Sniff cepat menghidu
Si Scurry cepat bergerak dan bertindak
Si Hem selalu di dalam penafian dan menolak untuk membuat perubahan kerana takutkan kemungkinan yang lebih buruk di hadapan
Si Haw belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan selepas suatu ketika apabila dia mula melihat peluang yang lebih baik di hadapan

karakter manakah diri anda sebenarnya?
Adakah anda lebih mirip kepada Sniff, Scurry, Hem atau Haw apabila anda berada di dalam situasi yang sama dengan mereka?

Karakter mana pula yang lebih baik untuk anda teladani?

Untuk mengetahuinya, beli dan bacalah kisah ini
kisah mereka mencari keju untuk dimakan di suatu tempat yang bernama Maze
Cara perceritaannya sangat menarik dan ada elemen suspens
kisahnya pun pendek sahaja tetapi meninggalkan kesan yang mendalam pada diri anda


Jika anda sudah membacanya, mari kongsikan buku ini kepada yang lain pula
jika anda belum membacanya, bacalah sekarang supaya anda lebih bersedia menerima perubahan, kesedihan, kehilangan ataupun keuntungan.

"Having cheese makes you happy"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Bakal graduan bertanya bila boleh buat pinjaman rumah?

Entah kenapa sekarang ni mood rasa nak jawab Q&A. Soalan diterima dari pembaca blog saya. Saya copy paste termasuk ejaan dan bahasa rojak. "Assalam kak rohaniah..sy student uitm..n dah final semester...insya Allah bln 7 ni selesai study sy...sy nk btanyakan 1 soalan...lps study ni mungkin sy akan bekerja...berapa lama tempoh bekerja yg bank akan tengok kita dah boleh buat loan rumah..segelintir kenalan sya kata ia mgambil masa hingga 2 tahun utk bank tgk komitmen kewangan golongan mcm sy ni. Baru lah bank pcaya yg kita dah kerja lama n stabil..ada ke cara utk sy dapat loan lbh cepat drpd mnggu smpi 2 tahun?...memndangkan harga rumah pun semakin mahal..minta pencerahan kak..sy bru nk belajar psl property... " Jawapan: Untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlukan 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata bank yang menunjukkan gaji masuk ke dalam bank. Amaun dalam slip gaji dan amaun yang bank in ke bank hendaklah sama. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 3 bulan b...