Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

jejaka kacak muka 39

muka surat 39 nak tahu siapa jejaka kacak pujaan saya? cuba buka muka surat 39 dah la kacak, pelabur hartanah pula.. aish... ada kat muka surat 39 pakai cermin mata pun kacak tak pakai cermin mata pun kacak memang sesuai diletakkan di muka surat 39 selain kacak, berani pula dan memang tegap badannya ada kat muka surat 39 kalau lah dia tiba-tiba telefon saya nak menyewa rumah saya itu baru betul bulan jatuh ke riba semua perabot saya sanggup tukar hai.. si kacak muka surat 39 jemput kawan-kawan jemput download MAJALAH INI dan buka muka surat 39 tuah muka surat 39 gambar saya dan gambar dia dah dekat-dekat dah ni.. adakah bermakna hati juga akan semakin dekat? tapi kan... sayangnya dia lebih muda pula... aishh....

sang putera alam idamanku

saat paling menyeronokkan bagi pelabur hartanah atau pembeli rumah adalah bila dapat kunci. kata orang putih, vacant possession atau vp perasaannya gembira tak terkata ibarat sang nila utama bertemu puspa wangi lama menunggu lama mengembara tapi bila puspa wangi menyiapkan hidangan menggunakan bekalan yang dibawa, sang nila utama bersorak gembira dalam hati begitulah ibaratnya.. semalam saya pula ibarat bawang merah yang bertemu dengan putera kacak semuanya sebab vp putera yang menjadi milik saya itu namanya putera alam idaman (saudara jauh dengan alam shah bana) kuning cerah orangnya tegap pula badannya lama juga saya tunggu tuan putera ini sejak jun 2010 sudah lebih 2 tahun 6 purnama lamanya saya kongsikan gambar-gambar sang putera alam idaman ini ya tuan putera alam idaman berbadan tegap melayan tetamu merenung masa depan berehat orang dapur pelaburan usha si kacak usha si kacak episod 2 shopping dengan si d...

surat cinta?

surat cinta yang dinanti. VP seorang rakan yang saya coach secara informal untuk membeli hartanah.

sumpahan dan tragedi di tanah bumi

Bumi lot satu keistimewaan atau sumpahan? ramai yang cakap ia satu keistimewaan. Boleh dapat diskaun bumi bila beli rumah dari pemaju. Diskaun 5 - 7% bergantung pada projek. Jadi dapat beli lagi murah. ramai yang cakap ia satu keistimewaan sebab bila beli dalam medan lelongan, non-bumi tak boleh lawan sama jadi saingan lebih kecil ramai yang cakap ia satu keistimewaan sebab katanya nak lindungi hak pemilikan tanah oleh bumiputra kalau tak, nanti bumi tak ada tanah tapi bagi saya ia sumpahan adat sumpahan, ada pantang larang selagi tak langgar pantang, sumpahan tak terkena badi tak terkena sekali langgar sumpahan, akibatnya buruk. sumpahannya, jangan beli untuk flip. pasarannya kecil. non-bumi beli unit yang sama boleh jual 360k anda punya cuma boleh jual 300k tu pun kalau boleh jual kalau tak, melangutla tunggu setahun dua cari pembeli sumpahannya, jangan beli secara JV dengan bukan ahli keluarga sebab resam JV, ia hanya untuk jangka masa pendek lepas...

Penipuan terbongkar! pasang 5 bayar 4

Artikel ini sesuai untuk mereka yang tidak arif dengan pemasangan aircond. Hanya tahu guna sahaja (seperti saya lah... huhu) Mereka yang dah arif, mungkin merasakan artikel ini terlalu asas. Ok Ini gambar outdoor unit aircond atau penghawa dingin. outdoor unit ni adalah kotak 4 segi aircond yang diletakkan di luar rumah. Apa yang tak kena pada gambar di atas ini? Cuba bandingkan pula dengan gambar ini? Nampak tak perbezaannya? Sebenarnya bezanya pada material yang digunakan untuk penyambungan pada outdoor unit tu. Saya tak tahu istilah sebenar, tapi ada dua paip yang dipasang pada outdoor unit ini. Kedua-duanya mestilah paip copper atau tembaga. Sila rujuk gambar kedua di atas ini. Copper ni mahal, kawan-kawan. Biasa kalau pasang aircond, kontraktor sudah mengambil kira pemasangan copper sepanjang 10 kaki dalam harga pemasangan tu. Kalau lebih dari 10 kaki, setiap kaki tu akan dikira harga berasingan. Ok, balik kepada gambar pertama. Sebenarnya ai...

Mampu milik atau mimpi molek?

Akan menjadi kenyataan kah rumah mampu milik di Cyberjaya? Dalam Bajet 2010 yang diumumkan pada September 2009, memang PM ada umumkan rumah mampu milik di Cyberjaya. Boleh rujuk DI SINI muka surat 35 dan 36. Manakala di Cyberjaya, antara projek yang akan dilaksanakan adalah pembinaan rumah mampu milik, hypermarket, kompleks perniagaan, kemudahan parkir, pusat rekreasi dan riadah serta sekolah. Selepas tu muncul lah  PROJEK BERHANTU INI . rumah mampu milik dah jadi rumah mimpi molek. Dalam bajet 2012 yang diumumkan pada tahun 2011, PM berjanji lagi akan dibina rumah mampu milik di Cyberjaya. Boleh rujuk DI SINI  muka surat 42. Bagi tahun 2012 pula, 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah  berbanding dengan harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju.  2012 dah berlalu... Sekarang, EMKAY pula katanya n...

Pelajar Kazakhstan neraka dunia?

Dalam artikel TERDAHULU , ada yang bertanya Kenapa saya blacklist penyewa kazakhstan di Cyberjaya? Sebab 2 tahun lepas saya pernah mempunyai penyewa perempuan pelajar LimKokWIng dari Kazakhstan Mereka diam-diam sewakan bilik kecil kepada pelajar lelaki kazakh tanpa pengetahuan saya Sedangkan dalam rumah tu ada penyewa perempuan lain. Kemudian mereka tak bayar sewa dan saya minta mereka keluar. Kemudian bulan lepas, rumah adik saya pula jadi mangsa Penyewa Kazakh tu tiba-tiba bagi notis nak keluar dalam masa seminggu. Kemudian mereka kata mereka akan pindah keluar pada 20hb Disember. Rupanya pada 20hb tu bila saya dapat call mereka, mereka dah keluar dari rumah itu dan tinggalkan kunci pada kawan mereka je. Nak dapatkan kunci dari kawan mereka tu pun susah juga. Bila dah dapat kunci, didapati mereka meninggalkan neraka wail kepada tuan rumah. sekeping gambar menceritakan seribu perkataan. Saya kongsikan 14 keping gambar. Sela...

Rasa kena dump dengan boyfriend!

Minggu lepas saya dikejutkan oleh satu SMS. SMS dari kawan saya, Frust. Aku rasa macam kena dump dengan boyfriend! Apakah? Kisahnya begini.. kawan saya sangat berhajat membeli rumah untuk tinggal sendiri. Beberapa bulan lepas, saya ada menemaninya melihat beberapa rumah. Antaranya PROJEK INI. Terakhir saya menemaninya melihat ke sebuah kondominium di Putrajaya. Penjual mahu jual pada harga RM 330K. Kata agent, itu harga yang dinilai oleh Maybank. Rumah ini rumah baru. Selepas dapat kunci, penjual perap sahaja hinggalah dekat-dekat hujung tahun baru nak jual. Jadi, belum ada gril, belum pasang lampu, malah defect dari developer pun belum diperiksa. Dari pemeriksaan sekali imbas saya, saya dapati - ada tiles yang lompang di dapur - ada dinding yang lembab. Melihat kepada defect dan kos pemasangan gril ini, kami minta diskaun lagi. Kami tawarkan RM 300K. Kata agent, dia tak pasti penjual setuju atau tidak. Sebab ada seorang lagi minta harga yang sama, p...

7 orang bawah tanah?

7 orang pakar dalam satu seminar? Biar betul! pakar pelaburan hartanah.. siapa tak kenal Tuanbri pakar menipulasi kewangan... Tuan Zaidi Ismail yang hebat pakar perancangan kewangan islam.. Pakdi pakar pelaburan emas ... Ikram Adi pakar internet marketing... Faisal Abdullah pakar pelaburan perak dan CPO.. master wafi dan yang paling hebat adalah pemuda bergaya dengan 25 buah rumah.. Faizul Rizuan. Mereka adalah pelabur-pelabur underground yang rasanya dan berada up the ground. Hebat nama-nama mereka ni Hebat juga portfolio mereka Nak jadi berjaya macam mereka? Kena la berguru.. ambil ilmu terus dari mereka Seminar ni akan diadakan pada 2 dan 3 Februari 2013 di Dewan PGRM, Cheras. Dengarnya, harga nya naik ikut masa. Lagi lambat daftar, lagi mahal harga tiketnya. Dari main langgar tembok je tak pakai helmet dan rugi beribu-ribu ringgit baiklah belajar dulu dari pakar dan laburkan sedikit wang dulu. Nak jadi jutawan up the ground juga, boleh KLIK DI SINI. ...

Kacak adalah satu bonus

Rumah saya di Domain 3 Cyberjaya disiapkan dalam pertengahan bulan Disember 2012. Saya buat partly furnish sahaja. Saya cuba iklankan sendiri, tapi saya dapati permintaan pada waktu itu sangat perlahan. Memang di Cyberjaya ni, ada masa hangat, ada masa dingin. Bila pelajar sedang bercuti semester atau lagi seminggu dua hendak bercuti semester, masa itulah yang paling dingin. Penyewa pulang ke negara masing-masing. Ada yang masih ada kontrak penyewaan dengan tuan rumah, mereka terus batalkan. Ada yang memang sudah berbincang dan bersetuju dengan tuan rumah, penyewaan kurang setahun. Sebab biasanya mereka masuk semester pada bulan awal bulan Mac dan bercuti pada bulan Disember. Kebetulan pada waktu itulah rumah saya di Domain 3 disiapkan. Orang kata, langkah kiri. Tapi saya tetap berdoa agar saya tetap akan mendapat penyewa. Dengarnya ada pelajar baru mengambil kursus Bahasa Inggeris dalam bulan Januari ini. Ada juga sebilangan pelajar yan...

Bank Negara Sang Pembawa Sinar di Tahun Baru?

Saya harap saya masih tidak terlewat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua. Apa azam rakan-rakan tahun ini? apa pula prestasi kawan-kawan di tahun 2012? 2013 mungkin menjadi tahun yang lebih mencabar kepada semua rakan-rakan pelabur hartanah. kadar RPGT dinaikkan, penilaian untuk kelulusan pinjaman perumahan diperketatkan. Harga hartanah baru pula semakin meningkat menyebabkan banyak unit kecil sama ada studio atau satu bilik menjadi panas. Nampaknya mulai 1 Januari 2013, Bank Negara akan menguatkuasakan satu arahan baru. Semua dokumen pinjaman perumahan, iaitu melibatkan dokumen perjanjian antara pembeli dan bank mestilah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Ini berkuatkuasa untuk pinjaman berjumlah RM 500,000 ke bawah sahaja. Jika nilai pinjaman melebihi RM 500,000, terpulang kepada bank untuk menggunakan standard ini atau template mereka sendiri. Tujuan penyeragaman dokumen pinjaman perumahan ini adalah supaya semua dokumen ini dipe...