Langkau ke kandungan utama

Seminar hartanah paling panjang di Malaya

Dia seorang yang sangat hebat.
lebih muda dari saya tapi bilangan rumah pelaburannya jauh lebih banyak dari saya

Saya suka cara beliau menilai sesebuah hartanah
terperinci dan penuh dengan data

Beliau tak lain tak bukan adalah Faizul Rizuan
dulu sangat popular di forum
kini sangat popular seantero Malaysia

23 hartanah pada usia 30 tahun...
terkini dah mencecah 25 buah hartanah.
wowwww!!

Faizul dengan kerjasama Saufi Karim akan menganjurkan seminar pelaburan hartanah paling panjang di Malaysia
7 hari tuuu.....
Program ini dinamakan Seminar 7 Hari Sarjana Hartanah WTF.



Pengisian program 7 hari ini adalah seperti berikut:


1. HARI PERTAMA: Asas Pelaburan Hartanah Yang Kukuh. Lokasi di Putrajaya pada 22 Jun 2013

Lebih kepada pengenalan dan istilah-istilah yang WAJIB anda tahu dalam Pelaburan Hartanah. Kalau tak tahu, memang anda akan terus blur dan tak akan faham Pelaburan Hartanah ni.


2. HARI KEDUA: Kuasai Mencari Maklumat & Peluang Pelaburan.
Sesi ini dilakukan secara online pada  23 Jun 2013

Ia akan memfokuskan mengenai teknik-teknik mencari di mana ada peluang Pelaburan Hartanah
terbaik di Malaysia. Turut dibongkarkan beberapa rahsia Pelaburan Hartanah yang selama ini tidak didedahkan oleh mana-mana Pelabur Hartanah sekali pun!


3. HARI KETIGA: Pembiayaan Hartanah Anda
Sesi ini dilakukan secara online pada 24 Jun 2013

Akan mendedahkan cara-cara untuk anda dapatkan modal 'orang lain' untuk beli hartanah anda. Lebih kepada penerangan tentang urusan bersama pihak bank anda kelak.

4. HARI KEEMPAT: Undang-Undang
Sesi ini dilakukan secara online pada 25 Jun 2013

Fokus kepada isu-isu perudngan yang terlibat dalam Pelaburan Hartanah ini. Penting untuk anda ikuti peraturan untuk menjamin kepentingan dan hak anda.


5. HARI KELIMA: Kuasai Ilmu Sewaan & Penyewaan Gaya Faizul Ridzuan.
Sesi ini dilakukan secara online pada  26 Jun 2013

Pelbagai tips dan panduan akan didedahkan berkaitan menjadi Tuan Rumah Jutawan.

6. HARI KEENAM: APE - Senjata Sulit Faizul Ridzuan Dalam Pelaburan Hartanah
Sesi ini dilakukan secara online pada  27 Jun 2013

Ia akan membongkar teknik khas Faizul yang dapat mengurangkan risiko pelaburan hartanah anda.


7. HARI KETUJUH: Rumusan - Analisa Hartanah Berpotensi dan Temuramah Bersama Pelabur OTAI!
Lokasi: Putrajaya, 30 Jun 2013

Ini merupakan hari terakhir dan semua ilmu yang telah dikongsikan akan dirangkumkan dan disimpulkan semula untuk kefahaman yang lebih tinggi.

Sesi ini juga akan turut akan mengundang speaker-speaker jemputan yang akan turut berkongsi pengalaman pelaburan hartanah masing-masing.
Dengarnya, speaker-speker jemputan ini akan membuatkan mulut anda terlopong WOWW!

Bukan anda sahaja, saya sendiri pun tak sabar nak berjumpa dengan speaker-speaker ini sebab mereka memang terbaik.
Ada pelabur berbangsa cina, ada melayu.. ada lelaki dan ada pelabur wanita.
semuanya terhebat di Malaya
malah mereka jauh lebih hebat dari saya sendiri

Berminat mengetahui lebih lanjut?
Anda boleh KLIK DI SINI



Ulasan

Juan berkata…
http://myrujukan.com/seminar-pelaburan-hartanah-7-hari-wtf-sarjana-hartanah/

saya sendiri ada belia buku beliau, memang best

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...