Langkau ke kandungan utama

CIF superhero kami!

Sejak 2 minggu ini saya dan rakan kongsi sibuk dengan projek homestay pertama kami.
Haaa... nama pun projek pertama, jadi saya sangat berdebar
tak pasti sama ada lokasi ini berpotensi besar atau tidak
tak pasti juga sama ada saya berbakat menguruskan homestay atau tidak

selama ini hanya sewakan rumah macam biasa je kan..
kali ni buat sesuatu yang baru.

Berkongsi dengan rakan satu universiti yang juga rakan running saya
beliau juga merupakan peserta Seminar Wang Besar dan merupakan salah sorang ahli Kelab Alien Hartawan.




Kami mencuci rumah
Mengecat dinding untuk menambah seri
Membeli belah perabot dan kelengkapan elektrik
dan memasang kabinet dapur



Perabot ada yang terpakai dan ada yang baru

Antara perabot terpakai yang saya beli adalah katil
Set katil terpakai dari hotel
Katil hotel ni kan jenis divan yang kepala dia berasingan
Tapi kat kedai tu katil queen dan single ada. kepala untuk queen dah tak ada

Rasa tak cun la katil queen tak ada kepala, saya cuba kecek lagi kot-kot sebenarnya ada
Maka pekerja kedai pun tunjukkan 2 unit kepala katil yang memang dah lama sangat
Dah kotor dan berlapuk.
Katanya boleh cuci.

Saya cuba beli bawa balik dulu.
Dia janji dengan saya kalau tak boleh dicuci jadi cantik semula, boleh bawa semula ke kedai dan tukar dengan barang lain.
Ok, settt

Jadi malam tadi, saya pun cuba lah buat projek mencuci kepala katil divan ni.

Ini sebelum


Dengan menggunakan kain lembab dan pencuci CIF, ini hasilnya... tara!!



Ini satu lagi kepala... saya tangkap gambar ni masa dah start mencuci bahagian kiri


Ini bila dah siap cuci



Pencuci CIF superhero kami!




Ulasan

Unknown berkata…
usaha yg berbaloi...moga berjaya...
hasny jalil berkata…
CIF patut bagi komisyen kat anda sebab promosi produk dia :)
Rohaniah Noor berkata…
tuan khairul fauzee, amin amin..

puan hasny, haaa.. kan.. kena hantar invois ni. hehehe...

tuan Mohamad Firdauz, lokasi di Bandar baru bangi. dah siap nanti saya war-warkan semula
Dizziedee berkata…
Nak tanya sket, berapa kos buat kabinet tu? Saya pun ada satu unit di sana. Plan nak sewakan. Tengah survey cabinet.
Unknown berkata…
nak tanye..barng terpakai beli mana

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...