Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

video panas mencari jodoh hartanah

Masih ingat saya diberi peluang berkongsi mengenai pelaburan hartanah di iProperty Bumiputra Expo tempoh hari? Ramai kawan-kawan dan pembaca blog saya hadir. Rmai juga yang tak berkesempatan untuk datang. Haaa... Buat mereka yang tak dapat hadir Atau yang nak buat ulangkaji Atau yang rindukan suara saya yang lunak ini Kawan saya, Ruby Hafsah ada rakam sesi saya itu. Jadi, saya kongsikan di sini untuk tatapan semua. Video panas bagaimana mencari jodoh hartanah anda. Bukan jodoh perkahwinan ya... Hehehe Maaf la part awal video ni, anda kena buat yoga leher kejap. Hehehe.. Kualiti video amatur katakan.. Terima kasih banyak-banyak kepada Ruby yang merakam dan mengongsikan video ini.

slot ini ada ulang tayangnya

Hari ini alhamdulillah slot pelaburan hartanah dalam Kursus Pelaburan Islam telah berjalan dengan baik. Kursus ini dianjurkan oleh Institut Latihan Islam Malaysia di Bandar Baru Bangi. Ia memberi pendedahan mengenai konsep dan hukum pelaburan dalam Islam, teknik pelaburan hartanah, pelaburan saham dan unit amanah. Sepatutnya kursus ini terbuka untuk 30 peserta sahaja. Tapi mereka menerima borang permohonan melebihi 100 orang. Jadi mereka terpaksa membuka sehingga 52 orang untuk sesi hari ini. Memandangkan bilik seminar biasa sedang dalam penyenggaraan, kursus ini diadakan di auditorium. Cantik, besar dan airconnya sangat sejuk.. burr... Selepas slot saya, ada slot mengenai unit amanah pula. Insya Allah, demi tidak menghampakan baki lagi lebih 50 orang yang memohon, ILIM akan anjurkan sesi kedua pada minggu hadapan. 4 Disember 2014. Insya Allah saya dijemput lagi untuk slot yang sama. waaa.... nampaknya slot ini ada ulang tayangnya. Ini cende...

Dari 2 jam menjadi 4 jam

Esok insya Allah saya akan berkongsi mengenai pelaburan hartanah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Saya dijemput untuk satu slot 4 jam dalam Kursus Pelaburan Islam yang mereka anjurkan. Alhamdulillah.. Sebenarnya ini kali kedua saya dijemput di dalam kursus ini oleh pihak ILIM. Kali pertama pada bulan April 2013. Kursus ini memberi pendedahan, maklumat dan teknik beberapa pelaburan utama seperti hartanah, saham dan unit amanah. Pada masa itu, saya hanya diperuntukkan slot selama 2 jam sahaja. Dari maklumbalas peserta kursus terdahulu, mereka mahukan pelaburan hartanah diberi slot yang lebih panjang. Wah.. Ini maknanya kakitangan kerajaan sudah semakin berminat untuk mempelajari dan terlibat dalam pelaburan hartanah. Ini satu pendekatan dan perkembangan yang bagus. Oleh sebab itulah, kali ini penganjur memperuntukkan 4 jam pula. Kursus kali ini sebenarnya telah bermula hari ini hingga Khamis 28 Nov. Terima kasih kepada pihak ILIM kerana menjemput saya dan me...

photo shoot bersama Tilo Tama

Saya tak ada gambar yang nampak professional. kebanyakan gambar saya adalah dalam posing peace, posing poyo, posing perasan comel  atau posing over. Cuma ada gambar yang saya gunakan sebagai profile Google+ saya ini sahaja dan satu lagi gambar muka jarak dekat yang kawan saya, Suhaima dan Saidah tangkap semasa saya sedang asyik dengar kak Fran menyanyi. dua gambar ni lah yang saya beri pada organiser iProperty Bumi Expo dan Shahril Sidek untuk Convention Freedom.faham- Saya sendiri bila nak buat banner untuk seminar yang saya anjurkan, saya akan menghadapi masalah mencari gambar saya yang sesuai. Gambar yang sesuai untuk saya letak kat ebook saya pun tak ada. Mengenangkan antara isunya beginilah, saya mula merancang untuk mengadakan photo shoot dengan jurugambar professional saya mahu gambar-gambar yang nampak formal atau kasual tapi sesuai untuk digunakan untuk pelbagai aktiviti  dan produk yang memerlukan gambar saya. Saya ada seorang kawan sama-sam...

Mahu kaya dengan hartanah?

Bajet 2014 sangat panasss kepada yang dah otai, ada yang terpaksa mengubah strategi tetapi kepada yang blur dan baru nak memulakannya, agak terpinga-pinga dan ketinggalan keretapi Ada yang di luar sana masih berangan mahu refinance rumah sedia ada untuk dapatkan wang tunai Ada juga yang masih gembira beli rumah dengan harapan jual balik setahun atau 3 tahun lagi untuk dapatkan keuntungan 5 ke 6 angka. Ada yang tak insaf lagi, dapat gaji pertama mahu beli kereta Myvi. Rumah boleh beli kemudian. Haihh... ini semua dah tak boleh pakai.. Boleh buat tapi mungkin dah tak terbaloi. Bank Negara sudah ubah banyak perkara. Bajet 2014 sudah sekat beberapa strategi. Mahu saya kongsikan lebih lagi mengenai Bajet 2014 dan kesannya kepada strategi pelaburan anda? Mahu belajar pelaburan hartanah dalam situasi dan polisi 2014 yang mencabar ini? *********************************************************** SEMINAR KAYA DENGAN HARTANAH: PASCA BAJET 2014 **********...

siapa di muka surat 32?

Belek-belek Majalah Property Insights muka surat 32. eh eh.. macam kenal je nama ni... heheh... Siapa yang lebih untung dengan adanya DIBS? pembeli atau pemaju? Artikel ini ditulis sebelum Bajet 2014. Nak tahu kupasannya? Kena lah dapatkan majalah ini dengan segera :) Pertama kali dalam sejarah saya.. Bila nama saya tercatat sebagai penulis artikel di Majalah yang berwarna-warni begini... perasaannya sukar digambarkan. Kena pulak warna hijau jadi warna tema artikel ni. macam tau-tau je warna kegemaran saya ni.. Terima kasih kepada editor dan publisher majalah Property Insight.. dan terima kasih kepada en Najib, penulis Property Insight yang banyak membantu saya.

Paloma Tropicana Metropark: Di antara Subang Jaya dan Shah Alam.

Ahad ini, 17 November akan diadakan preview satu lagi projek baru. Serviced residence di bawah pembangunan Tropicana Metropark. Tropicana Metropark merupakan satu pembangunan bercampur di atas tanah seluas 88 ekar. Ia meliputi pembangunan shopping mall dan pejabat, kediaman dan hub kesihatan dan pusat perubatan. Dibangunkan oleh Tropicana Corporation Berhad. Tanah berstatus freehold. Lokasinya ni sebenarnya di tengah-tengah antara Shah Alam dan Subang Jaya. Mereka akan buat exit dari Federal Highway masuk ke kawasan ni nanti. Jadi lokasi ini sangat mudah diakses oleh Federal Highway  dan juga ELITE highway. hampir dengan stesen KTM Batu Tiga dan Subang Jaya. Paloma menawarkan 5 jenis kediaman. - studio 600 sqft - unit 2 bilik tidur 900 sqft - unit 3 bilik tidur 1250 sqft - unit 3 bilik tidur 1300 sqft - couryard villa 2200 sqft Kesemuanya ada 587 unit kediaman di sini. Sempena majlis preview ini, pihak pemaju telah menganjurkan dua sesi perkongs...

Cybersquare: berkumpulan lebih menguntungkan

Minggu lepas, saya ada war-warkan satu projek SOHO di Cyberjaya. Projek ini dah pun sold out tapi disebabkan ada unit yang pembelinya gagal mendapatkan pinjaman, maka unit terhad ini dibuka semula untuk jualan. Projek ini adalah Cybersquare SOHO. lokasi di tengah-tengah pusat bandar cyberjaya, jadi memudahkan expatriates berjalan kaki sahaja ke tempat kerja. Freehold. Projek ini dibangunkan oleh Binastra Group. Ia merupakan pembangunan bercampur yang mengandungi SOHO, unit retail dan  pejabat. Ia juga merupakan pembangunan yang ada GBI certified green building. pembangunan hijau. SOHO terdiri dari Jenis A 775 sqft. dan Jenis B 450 sqft. Jenis A mempunyai 1+ 1 bilik. SAtu bilik besar sebagai bilik tidur dan satu bilik yang sederhana, sesuai dijadikan pejabat atau bilik tidur kedua. Jenis B pula adalah studio dengan konsep terbuka. Setiap unit akan diberikan kabinet dapur, hob, hood dan satu unit air-cond. Antara kemudahan yang ada adalah - kolam renang 5...

galleria equine: bakal rumah anda?

Saya mendapat maklumat satu lagi projek baru di Equine Park. Namanya Galleria Equine Park oleh pemaju Global Oriental Berhad. Galleria menawarkan 504 unit kediaman dari 2 jenis keluasa, Jenis A iaitu unit tepi menawarkan 2 bilik tidur dengan keluasan 760 sqft Harga untuk jenis ini bermula dari RM 380,000 - RM 415,000 sebelum diskaun. Jenis B pula adalah unit studio dengan keluasan 450 sqft. Harga bermula dari RM 200,000 ke RM 258,000 sebelum diskaun. Mereka menawarkan diskaun 10% kepada pembeli. Ada lagi rebet tambahan 2% kepada mereka yang terus tandatangan s&p dan bayar deposit 10%. Untuk menempah, pembeli perlu membayar RM 5,000. Setiap unit akan dipakejkan sekali dengan air-cond, pemanas air, wardrobe, kabinet dapur dan lampu. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah: - kolem renang - kolam kanak-kanak - BBQ area - Gymnasium - separuh gelanggang bola keranjang - surau - dewan serba guna - kawasan permainan kana...

Gaza Run 2013: berlari dalam kecewa

Ahad, 3 November 2013 berlangsungnya larian Untukmu Gaza 10K Larian ini dianjurkan oleh Aman Palestine. Jarang saya berkongsi mengenai larian yang saya sertai di blog ini. Tapi saya terpanggil untuk menulis kerana terlalu banyak rasanya yang perlu saya tulis mengenai penganjuran larian ini. Saya yakin, tujuan larian ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap penindasan dan pembunuhan yang berlaku di Gaza. ini bukan hanya isu agama. tapi ia sebenarnya isu kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. ini yang kita mahu ramai orang faham dan sedar. isu kemanusiaan, undang-undnag antarabangsa dan hak asasi manusia adalah isu sejagat. Saya juga yakin tujuan larian ini adalah untuk mengumpul dana untuk sumbangan mangsa di Gaza. wang kutipan yuran penyertaan larian akan disalurkan ke Gaza selepas ditolak kos operasi. Jadi, larian untuk charity sepatutnya larian yang menggembirakan. sepatutnya larian yang dapat menarik minat seramai yang boleh u...