Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

8 speaker: 1 paling kerdil

Anda hadir ke satu tempat nak belajar bagaimana untuk buat duit dari pelaburan hartanah Sekali, tengok-tengok ada 8 orang pakar berkongsi dengan anda rahsia mereka mereka kongsi analisa peta mereka kongsi trend pasaran hartanah semasa mereka kongsi Formula U+H mereka kongsi teknik menyewakan rumah dan macam-macam lagi. Dari satu acara tu, anda boleh dapat maklumat mengenai - impak LRT dan MRT - impak beli bumi lot, bumi kuota dan unit bumi reserve - mana bohong maa benar dalam pelaburan hartanah - konsep Islam dan Harta dan lain-lain lagi. Menarik kan? Haa... demi acara yang sangat menarik inilah, saya telah dilamar oleh pihak penganjur untuk turut sama berkongsi ilmu saya yang sedikit ini di dalam pentas Konvensyen Pejuang Hartanah. Konvensyen ini akan diadakan pada: Tarikh: 3 dan 4 Mei 2014 Masa: 8.30am hingga 6.30pm Tempat: Shah Alam Convention Centre (SACC) Sebenarnya ketika saya menerima pelawaan ini, saya tak tahu pun siapa speaker lain yang akan d...

sumpahan gaji 14.580

Berita di The Star hari ini mengatakan, anda mestilah mempunyai pendapatan sebanyakk RM 14,580 sebulan untuk memiliki sebuah rumah di Lembah Klang. Ia juga menyenaraikan purata pendapata jika mahu membeli runah di beberapa lokasi utama. Nombor-nombor ini dijana dari dapatan kajian yang telah dijalankan okeh Sime Darby. Kajian melibatkan 1,529 reponden. 1,183 daripadanya adalah pemilik rumah di lokasi-lokasi seperti di dalam gambar di atas. Sejauh mana tepatnya dapatan kajian ini? Betul ke kalau orang Kajang, kena ada pendapatan RM 12,300 baru boleh beli rumah? Pandangan saya, ayat 'household income NEEDED to own house' tu tak tepat Jika mahu memiliki rumah, gaji bawah rm 3,000 pun boleh. Yang penting, kita mesti tahu: - bagaimana urus kewangan peribadi dan keluarga - simpan duit untuk wang deposit dan kos peguam - tahu peluang keluarkan duit kwsp - tahu dan rajin cari rumah yang sesuai dengan pendapatan - baca artikel, buku, blog dan hadir kelas ya...

Penceramah kacak, penceramah cun, banner cun.

Lagi 4 hari Seminar Taiko Rumah Lelong akan berlangsung. Saya sangat teruja. Mana taknya, seminar ini menggabungkan dua orang taiko yang dah menjana wang sekurang-kurangnya 5 angka dari rumah lelong. Siti Farazila, taiko wanita yang lebih fokus kepada strategi keep. Shafie Bustan, taiko lelaki yang lebih popular dengan strategi flip. Banner seminar ni pun cun. Direka khas oleh kawan satu universiti saya dulu. Insya Allah, kita bukan ajar teori sahaja nanti. akan ada sesi praktikal yang mengujakan. ada banyak tips yang power juga. Masih ada beberapa tempat kosong. 2 langkah untuk mendaftar: 1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke - akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services; atau - akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online. 2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di http://bit.ly/borang-taikolelong0214 Sebarang pertany...

jual tanpa izin penyewa

Hari ini saya nak ceritakan satu kisah bagaimana jika kita mahu jual rumah yang ada penyewa, tapi penyewa tak mahu bekerjasama. Ok, ceritanya begini. Semalam saya main sain-sain dengan Jenny, seorang real estate negotiator (REN) Alhamdulillah.. saya berjaya jual salah satu rumah saya. Tapi ia pending sama ada pembeli boleh dapatkan pinjaman atau tidak. Saya nak jual rumah ni sejak Oktober 2013. Mula-mula saya tawarkan kepada seorang REN. Kemudian terjumpa Jenny semasa seminar PRISM awal November 2013. Jadi saya tawarkan kepada beliau juga jika dapat bantu jual rumah ini. Rumah ini ada penyewa. Kontrak sewaannya setahun sehingga akhir Mei 2014. Memang saya sewakan sementara menunggu tamat lock in period 3 tahun dengan pihak bank. Pada awalnya, apabila saya memberitahu penyewa saya mahu menjual rumah, penyewa saya mahu pindah keluar. Saya tak setuju sebab kontrak sewaan masih ada. Lagipun, nak dapatkan pembeli akan ambil masa. Nak tunggu proses tukar hakmilik da...

Hartanah Medan: Ruko Dijual dan Wakaf Masjid.

Sudah lebih seminggu saya tidak mengemaskini blog saya. Sebenarnya saya tiada di Malaysia. Saya ke Medan, Kabanjahe, Danau Toba dan Banda Aceh. Misi saya, menjelajah Sumatera Utara dan Acheh berseorangan. Selama seminggu. Sepanjang saya di sana, saya menulis diari perjalanan harian saya di Facebook peribadi saya. Maaf tak dapat update di sini kerana kesuntukan masa. Namun begitu, ingin juga saya kongsikan sedikit apa yang saya pelajari sepanjang di sana di blog ini. Ruko Di Medan khususnya, bangunan komersialnya kebanyakannya adalah pejabat dan di atasnya rumah kediaman. Ia dipanggil 'ruko' ia adalah singkatan dari perkataan rumah toko. toko bermakna kedai. Pintu Kayu Kalau di Malaysia, pintu kedai biasanya sudah modern. Mereka akan pakai pintu slider aluminium tu. saya pun tak tahu apa namanya. Tetapi di Medan dan Banda Acheh, masih banyak lagi bangunan kedai yang dibina dipasang pintu kayu. Mungkin harga kayu di sana lebih murah? Dijual Jik...