Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Diver beli rumah

Pelaburan hartanah ni kerjanya beli rumah, jual rumah, sewa rumah je ke?

Mat Jenin sudah tiada

Peribahasa 'angan-angan Mat Jenin' telah sekian lama menghalang orang Melayu dari berani berimpian. Bila kawan-kawan atau anak kita menyebut impian yang dirasakan terlalu besar, mustahil atau tidak berpijak di bumi nyata, kita akan berkata, "Alah.. Engkau ni angan-angan mat jenin sahaja." Maka terbantutlah impian dia di situ. Tiada impian yang terlalu besar. Tiada yang mustahil. Di kala kita, orang melayu disogok dengan peribahasa angan-angan mat jenin, anak orang putih diajar pepatah Walt Disney. Sudah tiba masa pepatah ini disenyapkan. Biarkan kita semua berangan. Biarkan kita semua berimpian. Kemudian, kita lebihkan penekanan kepada bagaimana kita mahu capai impian itu. Mat Jenin sudah tiada. Lokasi gambar: Pelabuhan di Banda Acheh yang pernah rata habis dipukul tsunami.

Cat murah dan berkualiti

Saya kongsi semula perkongsian saya di Facebook semalam. Rugi pula kalau tak rekodkan di blog. Ada kawan tanya, cat jenama apakah pilihan saya jika mahu yang murah dan berkualiti. Jawapan saya: Pilihan pertama: Maxilite Pilihan kedua : Jotun Ok, yang murah ni tak ada glossy glossy dan tak adalah boleh padam dengan kain lembab kalau kena conteng. Tapi warnanya cantik juga, tahan lama dan finishing cantik (jika anda tahu cara mengecat dengan betul). Cat yang paling murah ni biasanya berharga lebih kurang RM 35 atau RM 42 untuk 7 liter, bergantung pada warnanya. Kalau warna yang cair, murah sikit. Kalau warna yang pekat, mahal sikit. Cat ini juga dipanggil cat kapur. Sesuai untuk rumah sewa yang berbajet rendah. Ye lah.. kalau setakat sewa kurang dari RM1000 sebulan, tak berbaloi pakai cat mahal. Tapi kalau nak sewakan pada expatriate atau bajet sewa lebih tinggi atau untuk homestay saya cadang beli la cat yang boleh padam tu. Ada yang kemasan kusam (matte finis...

perasan retis

Alhamdulillah.. Malam tadi dah tidur di atas katil sendiri Setelah 10 malam tidur di bumi asing yang begitu cantik. Walaupun keletihan, hari ini saya bangun awal dengan begitu bersemangat! Sebab hari ni saya feeling-feeling macam artis yang nak lancarkan album baru. Wahhhhh feeling over! Sebenarnya jamm 10.30 pagi nanti saya perlu menghadiri satu sidang akhbar Masih ingat Konvensyen Pejuang Hartanah yang saya pernah kongsikan di sini sebelum ini? Konvensyen yang akan diadakan pada 3 dan 4 Mei nanti. Speaker dia power-power. Ada Ahyat Ishak, Dr Wan Shah Razali, Faizul Rizuan,  Ishmael Ho, Yusnizam Yusof, tuan Khairul Anuar, Fadhli UNIC, Sr Sulaiman Akhmady dan coach Bahar. Haaaa.... Saya akan melengkapi kekacakan speaker-speaker yang ada nanti. Katanya, kalau ada wanita, menariksss sikit kan.. Biar lah speaker wanita tu berbadan rendah dan agak poyo pun... Tapi saya masih risau ni.. Tak cun la muka depan kamera ni nanti Sebab saya belum sempat pergi buat fa...

Raja Under Con menyerang Ahad ini

Saya menulis di lapangan terbang Hangzhou. Tak sangka begitu cepat 11 hari berlalu. Hari ini saya pulang semula ke tanahair. Tamatlah sudah pengembaraan saya dan dua orang kawan lagi ke China. Kami menjejaki bumi Beijing, Xi 'an, Shanghai dan Hangzhou. Dalam 11 hari ini kami menyaksi kesan sejarah, budaya dan kebiasaan, makanan serta menghidu wanginya udara di puncak gunung, di tepi tasik dan di pinggiran sungai. Banyak yang ingin saya ceritakan mengenai perjalanan ini. Alhamdulillah mana yang sempat saya kongsi di instagram, yang kemudiannya saya set auto share ke facebook saya. Maklumlah.. Di china, facebook kena block. Jika pagi ini saya buka mata, saya masih di bumi China. malam ini sebelum saya melelapkan mata insya Allah saya sudah di rumah sendiri di Kajang. Hujung minggu ini saya akan kembali sibuk dengan aktiviti luar biasa di sana. Kawan-kawan buat apa ahad ini? Kalau belum ada aktiviti penting, jomlah kasi meriah di putrajaya. Saya dan Ahyat Ishak akan beri talk percuma ...

Antara dua darjat

Saya masih lagi di china. Hari ini masuk hari kelapan pengembaraan ke china. Sekarang saya berada di dalam keretapi dari Xi 'An ke Shanghai. Kami bertolak jam 5.15 petang semalam. Dijangka sampai jam 1:30 tengahari nanti. Tiket untuk soft sleeper dan hard sleeper dah habis. Ada tiket untuk hard seat je. Terpaksa beli juga walaupun saya dah diberi amaran beberapa kali. Hard seat ni kerusinya tegak. Tak boleh ditolak kebelakang pun. Kalau perjalanan lebih 15 jam macamni, memang hazab la... Tapi dah tu je yang ada kan...hantam sajalah.. Asalkan sampai ke shanghai. Masa saya dari beijing ke xi 'an, yang ada hanya tiket soft sleeper. Jadi kami ambil lah tiket soft sleeper tu. Bila bayangkan kehidupan kami yang aman damai dan bahagia di soft sleeper dengan hazab dan survival tahap tinggi di gerabak hard sleeper. betul-betul terasa macam antara dua darjat. Meh saya share sikit. Soft sleeper ni empat katil dalam satu bilik. Dua atas dua bawah. Ada meja...