Langkau ke kandungan utama

Antara dua darjat

Saya masih lagi di china.
Hari ini masuk hari kelapan pengembaraan ke china.

Sekarang saya berada di dalam keretapi dari Xi 'An ke Shanghai.
Kami bertolak jam 5.15 petang semalam. Dijangka sampai jam 1:30 tengahari nanti.

Tiket untuk soft sleeper dan hard sleeper dah habis.
Ada tiket untuk hard seat je.
Terpaksa beli juga walaupun saya dah diberi amaran beberapa kali.
Hard seat ni kerusinya tegak. Tak boleh ditolak kebelakang pun.
Kalau perjalanan lebih 15 jam macamni, memang hazab la...

Tapi dah tu je yang ada kan...hantam sajalah.. Asalkan sampai ke shanghai.

Masa saya dari beijing ke xi 'an, yang ada hanya tiket soft sleeper.
Jadi kami ambil lah tiket soft sleeper tu.

Bila bayangkan kehidupan kami yang aman damai dan bahagia di soft sleeper dengan hazab dan survival tahap tinggi di gerabak hard sleeper.
betul-betul terasa macam antara dua darjat.

Meh saya share sikit.

Soft sleeper ni empat katil dalam satu bilik.
Dua atas dua bawah.
Ada meja kecil untuk makan.
Lampu boleh hidup mati, boleh pilih nak on lampu besar, lampu romantik atau lampu jiwang yang samar-samar.

Setiap beberapa jam sekali, ada pekerja ketuk pintu kutip sampah.

Kat luar, di lorong ada dua suis elektrik untuk caj handphone.
Ada water boiler, boleh ambil air panas percuma.
Boleh kami bancuh maggie dan minuman cereal.

Tandasnya tandas duduk yang bersih.
Pelapik tandas pun  dibuat dari kayu berkualiti tinggi. Ala-ala cengal.
Boleh flush.. Ada air dan ada sinki kecil.
Di luar ada ruangan yang besar dengan tiga sinki.
Boleh gosok gigi dan cuci muka dengan penuh bergaya.

Tapi di hard seat?
Empat kerusi saling mengadap.
Ada meja kecil.
Kerusi tegak 90 darjah. Tak boleh adjust-adjust untuk sesuaikan selera tengkuk saya.

Itu ok lagi..
Ada ramai yang tak ada tempat duduk dapat naik train.
Maka ada lah yang menempek duduk illegal masa kerusi kosong sebentar selepas orangnya turun di stesen dan belum ada pengganti.
Ada yang bawa kerusi kecil sendiri, menempek di ruangan kaki saya.
Ada yang tidur memanjang di bawah ruangan kaki ni.
Yang tidur atas suratkhabar depan pintu gerabak jangan cerita.
Sampai ada yang tidur atas sinki!

Lagi sadis, keadaan tandasnya.
Tandas mencangkung banyak yang tersumbat dengan benda asing.
Tak boleh flush.

Saya ambik wuduk asar, qasar zohor, terus simpan air sembahyang sampai maghrib sebab tak sanggup nak masuk tandas lagi.
Tapi bila subuh, terpaksa juga mengharung semula situasi menggerunkan ini.

Kesimpulan saya buat, beli tiket soft sleeper memang hampir tiga kali ganda mahal dari harga tiket hard seat.
Tapi kita bukan hanya beli tiket untuk dapat baring dengan selesa atas katil.
Tapi juga beli tiket untuk dapat kemudahan tandas yang bersih dan berselera untuk digunakan.

Oh ya, walaupun saya di sini, pendaftaran untuk Seminar Wang, Kami Tak Takut Cukai tetap berjalan seperti biasa.
Seminar yang mengajar bagaimana menjimatkan bayaran cukai, bagaimana nak declare pendapatan sewa dalam cukai dan bagaimana nak buat duit yang tak kena cukai.

Tarikh: 19 April 2014
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: 12-1 Jalan Putra Kajang 3, Taman Putra Kajang,Kajang.
SMS cukai <nama> ke 018-968 7803

Atau layari http://bit.ly/taktakutcukai

Selain itu, kalau nak belajar mengenai pelaburan hartanah dari pakar-pakar terkenal, jemput hadir ke Konvensyen Pejuang Hartanah.
Tarikh pada 3-4 Mei ni.
Speaker semua power-power, kacak dan cute!
Boleh klik http://www.pejuanghartanah.com/kph

Nota: di china saya tak boleh buka blogger.com.
Jadi terpaksa update blog melalui gmail.
Maaaf kalau entry ni paragraph semua berterabur sebab automatik gmail uploadkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...