Langkau ke kandungan utama

Orang Bangladesh Otai Property

Kelmarin saya kongsikan status ni di FB personal saya.


Nampaknya hot juga status ni
Ramai nak tahu cerita lanjut.
Ada juga yang teka betul.

Ya, dia buat sublet dan asrama.

Dia ni bukan Bangladesh kasta rendah.
Ada pendidikan..  ada kerja tetap di KL.
Manager sebuah syarikat construction dan renovation.



Jadi, dia sendiri ada kepakaran dalam membuat pengubahsuaian bangunan.
Tu yang lagi memudahkan dan menjimatkan beliau buat bisnes sublet dan asrama.

Ada rumah yang dia sewa, dia sewakan semula ikut bilik.
Rumah fully furnish.
Kalau perlu, dia tambah partition di ruang tamu.

Ada juga lot pejabat, dia buat partition cantik-cantik dan sewakan bilik-bilik tu.
Macam asrama yang ada penuh perabot.
Siap dengan kelengkapan memasak.

Bilik bercat cantik, setiap bilik ada kipas angin berdiri dan aircond. 
Untuk jimat aircond, 2 bilik berkongsi satu aircond.
Kira dinding antara dua bilik tu ada lubang sikit lah untuk letak aircond kat tengah-tengah.

Aircond hanya boleh dipasang pada waktu malam.
Siang tak boleh.
Beliau akan pantau dari masa ke semasa.
Trick nya, suis aircond kat luar bilik, di laluan tengah.
Jadi beliau boleh tengok sama ada suis aircond on ke tak.

Beliau juga akan pastikan bilik air bersih.
Kalau perlu, beliau sendiri akan cuci bilik air tu.

Office lot yang dah jadi asrama ni beliau sewa dari owner cuma RM 1100.
Tapi dia jadikan 10 bilik, ada yang katil single, ada yang katil queen pelbagai saiz
semua sekali income dia boleh dapat lebih rm 4K
sewa ni dah termasuk api air lah.

Cuma katanya shop office ni bil elektrik lebih sikit.
Sebab pakai commercial rate kan..

Semua sekali, beliau ada 10 unit rumah dan shop office yang dibuat sebegitu di area Cheras.
woww wowww...
walaupun sebagai orang luar dan tak boleh beli rumah, itu bukan halangan beliau ganda duit dia melalui hartanah.
Kreatif, rajin dan berani ambil calculated risk.

Jadi kalau kita rakyat Malaysia masih dok bagi alasan setebal 6 inci, buat malu je la...

Macamana saya boleh terjumpa dia ni?
Sebenarnya saya ada satu unit client nak sewakan di Bandar Sri Permaisuri.
owner nak sewa fully furnish.
Jadi kelmarin ada 2 buyer nak view rumah ni
Dia ni salah seorang yang berminat meskipun kadar sewa RM 1800.
Dia masih nampak peluang di situ.

Insya Allah petang ni saya akan close deal unit ni.
tapi owner pilih nak sewakan ke sorang lagi.. orang melayu yang dah berkahwin.
Biasalah kan. antara penyewa tempatan dan penyewa bangladesh yang mahu buat bisnes sublet, owner akan lebih suka penyewa tempatan yang hanya mahu duduk.

Saya sebagai real estate negotiator hanya membantu mendapatkan penyewa yang baik.
terpulang kepada owner untuk buat keputusan.
Kalau ada rumah nak jual atau nak sewa, call atau sms lah saya di 0123547636.
nombor ni whatsapp tak aktif buat masa ni.

Oh ya, sambung kisah Bangla tadi,
Perancangan beliau seterusnya adalah mahu buka hotel budget.
wohoooo

Ulasan

shaket gooners berkata…
erm, dia antara yang bernasib baik sebab xada agensi penguatkuasa yang datang buat inspection...kalo ikut aktab bomba, kedai/opis xbleh buat asrama sebab kena ada 2 tangga berasingan...
Sepupu saya penah nak sewa asrama mcm rumah kedai..pakcik saya kata tempat tu sgt lah tak sesuai...tapi mat bangla nih mmg bijak r
kereta sewa klang berkata…
Bijak mencari peluang, power2 bangla ni.
Unknown berkata…
mohon share cik rohaniah...

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...