Saya menerima soalan ini di email beberapa hari lepas. Email itu berbunyi: Assalamualaikum, saya memerlukan penjelasan perkara berikut: sekiranya saya menyewakan rumah, yuran pembentungan siapa yang perlu jelaskan? saya sebagai tuan rumah atau penyewa? tq Untuk menjawab soalan ini, kita hanya perlu faham apa itu pembentungan? Pembentungan ni adalah perhidmatan menguruskan sisa yang dikeluarkan oleh tandas dan sistem paip anda. Yang halus ke.. yang kasar ke.. akan diurus dan dialirkan keluar secara sistematik oleh syarikat pebentungan. Cuma kadarnya tetap setiap bulan. Pukul rata je sebulan RM 8. Macam bil unifi anda lah. Guna banyak mana pun, bilnya tetap RM149. Tak ada la macam bil air atau bil elektrik. Ikut banyak mana guna. Kalau bil pembentungan ikut penggunaan, letih juga nak timbang berapa liter air yang keluar dari paip anda atau berapa kilogram yang kasar-kasar tu diflush keluar. erkkk OK sekarang persoalannya, siapa bayar? P...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.