Langkau ke kandungan utama

Rumah pun macam awek hot



Hari isnin baru-baru ni saya post satu rumah nak jual di Facebook. Harga RM115k di Nilai Perdana.

Perghh.. Letak je post tu, ia terus viral sampai telefon saya memanjang engage.
Sampai member nak call tanya kat mana pun tak lepas.

Ibarat awek cantik, hot tiba-tiba muncul kat drama pukul 7 malam.
Semua orang usha.
Haa.. Begitulah.

Tapi awek hot macamana pun tak ada yang sempurna.
Harga rumah ni ok.
Tapi valuation bank rendah.
Sebab kat situ tak banyak transaction.

Bila tak ramai orang jual rumah kat situ, maka tak ada banyak rekod.
Valuation ni diorang tengok rekod jualan terakhir.
Berapa last orang jual.
Kat situ baru valuer boleh anggar dan kira valuation terkini.

Habis tu kalau last orang jual dua tahun lepas, harga jual pun cuma RM75k, macamana nak dapat valuation 110k kan..

Itulah lebih kurang terjadi pada rumah ni.

Mula-mula saya dapat bank value 90k.
Saya pujuk lagi mintak mortgage advisor usahakan valuation lebih tinggi, dapat la 100k.
Owner memang nak jual 115k.
Paling nego pun 100k.

Jadi setiap yang call saya tanya pasal rumah ni saya beritahu yang bank value 100k je.
Maknanya kena topup 10k selain 10% deposit.

Tapi sehari kemudian, saya dapat tahu,  valuation tu silap.
Mortgage dan valuer ingat luas 900sqft. Rupanya 750 sqft.

Jadi bank value dia bagi cuma 80k.
Tak boleh pergi lagi tinggi dah.
Adehhh

Banyaknya cash kena ada.

10% deposit. Tu dah RM11k.
Kena bayar semasa booking (3.18%) dan semasa sign s&p ( baki 6.82%).

Loan pulak cuma 90% dari bank value.
Iaitu 90% x 80k = 72k sahaja
11k deposit + 72k loan baru 83k
110k - 83k = 27k
Buyer kena tambah cash lagi 27k.

Yang 27k tu bayar nanti masa bank dah buat full disbursement iaitu bayaran penuh amaun pinjaman kepada penjual.

Jadi maknanya jumlah cash yang buyer kena sediakan adalah 11k + 27k = 38k.

Faham ke faham?



Apa pun alhamdulillah...

Sehari lepas saya post pasal rumah ni, ia telah dipinang.

Pasangan suami isteri muda yang mahu membeli rumah pertama mereka untuk tinggal sendiri.

Diorang tengok rumah tu, terus jatuh chenta.
Siap berangan nak letak dapur kat mana.
Siap google pasal decoration rumah untuk hiaskan balkoni.
Wahh...

Saya terharu dengan impian mereka.
Saya sangat harap diorang dapat beli rumah ni dan capai impian mereka ni.

Mohon kawan-kawan semua doakan permohonan pinjaman ini lulus ya.

Hmm...
Rumah untuk duduk tak semestinya banglo besar dengan 8 bilik dan kolam renang saiz Olympic.
Yang penting dalam hati bahagia dan manis sentiasa.

Bermula dari bawah, esok insya Allah empayar kita berkembang gagah.

Amin...

Ada siapa nak jual rumah?
Mungkin saya boleh tolong.
Call 0123547636


Ulasan

Salam,

Ingin bertanya kalau beli rumah low medium cost adakah sebarang sekatan jika ingin menjual nanti? Dalam kes saya saya membeli pangsapuri low medium cost.

harap maklumbalas. terima kasih.
Unknown berkata…
Low cost property mmg ada sekatan.. Pastu sekatan yg baru plak utk harga rumah bawah 300K katenya akan start april tahun ni. Utk kepastian,boleh rujuk bank. Ini hasil revise budget negara baru2 ni

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...