Langkau ke kandungan utama

Residensi Suasana: Mudah ke beli rumah?

Saya baru dapat maklumat.
Ahad ni ada sesi perkongsian hartanah
Speakernya power sehh..
Dr Azizul Azli yang glemer dan kacak itu dan juga Chris Tan, peguam hartanah yang ohsem dan energetic


Mereka berdua akan berkongsi mengenai Owning a Home Made Easy.
Event ni PERCUMA sahaja.  Detailnya
Tarikh: 23 Oktober 2016
Masa: 10 pagi - 6 petang
Tempat : Residensi Suasana @ Damai Sales Gallery

Eh...
MK Land ada projek baru rupanya.

Namanya Residensi Suasana @Damai, lokasi di Damansara Damai.



woww.. kawasan ni panas ni
Yelah.. ada komuter Sg Buloh
akan datang pun akan ada stesen MRT di sana.

Ada 3 fasa pembinaan dalam kawasan sebesar 6.56 ekar
Fasa pertama yang jualan tengah dibuka ni
Fasa kedua dan ketiga, akan datang.

Untuk fasa 1 ni, ada ada 260 unit untuk tower setinggi 21 tingkat.
Setiap tingkat akan ada 15 unit rumah sahaja
Untuk car park sahaja pula, akan ada 7 tingkat.
pergh.. mewah parking ni.

Akan ada 3 type
Type A yang paling besar: 1451 sqft. 3 bilik tidur 2 bilik air
Type B2 1076 sqft. 3 bilik tidur 2 bilik air
Type C2a 1031 sqft. 2 bilik tidur 2 bilik air

Setiap unit akan ada 2 parking lot. Jadi senang la kalau suami isteri ada kereta masing-masing kan...






Facilities yang ada:
  Barbeque Area
· Sauna
· Surau
· Cafeteria Space
· Kiosk Room
· Laundry Room
· Nursery Room
· Childrens’ Playground
· Tadika Room
· Multipurpose Room
· Meeting Room
· Gymnasium Room
· Swimming Pool
· Childrens’ Pool
· Half Basketball Court
- Volleyball Court

Panel bank banyak.
Public Bank, BSN, Bank Rakyat, Bank Islam, MBSB, Bank Muamalat
Kalau tengok ada banyak panel bank, maknanya bank ada keyakinan la pada projek ni.



Kalau tengok lokasi ni, ia 1 km dari stesen komuter Sg Buloh.
Akan datang bila stesen MRT siap, pun tak jauh,
dalam 10 km radius ke IKEA.
Kat situ juga ada banyak kedai-kedai dan supermarket sepertu Econsave dan stesen minyak

Harga jualan bermula dari RM450K untuk unit paling kecik
Harga paling tinggi pula RM 700K.
Kalau kira harga per sqft, ia RM 444 per sqft.

Ok , jom kita pergi dengar perkongsian hartanah percuma sambil survey dan cuci mata Residensi Suasana ni ya..

Ulasan

harga 450k? gulp gulp, bukan untuk saya lah ni ;)

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...