Langkau ke kandungan utama

Dua dokumen wajib jual rumah

Biasanya bila kita nak beli rumah, kita akan bertanya apa dokumen yang perlu kita sediakan untuk mohon pinjaman.

Tapi bukan pembeli sahaja yang perlu sediakan dokumen. Penjual pun sama, perlu sediakan dokumen tertentu.
Kalau tak ada dokumen ni, sangkut weh...

Jadi, bila terfikir  nak jual rumah, pastikan ada dokumen berikut:
1- salinan perjanjian jual beli masa kita beli dulu
2- salinan title atau bahasa pasar kata geran. Kalau rumah landed, sediakan salinan individual title, atau master title kalau title individu belum ada. Kalau apartment, sediakan salinan strata title atau master title kalau strata title belum keluar.

Tengok dalam file-file yang kita ada di rumah. Ada tak dokumen ni.
Kalau tak ada, dapatkan satu salinan dari peguam yang uruskan jual beli rumah tu atau dari bank yang kita buat loan. Buat dengan segera.

Kenapa dua dokumen ni penting?
Ia sangat penting untuk pembeli rumah ni nanti nak apply loan.
Tanpa dokumen ni, pembeli stuck. Banker tak boleh luluskan permohonan.

Kalau lama sangat stuck, pembeli boleh buat pilihan untuk batalkan pembelian dan duit booking dipulangkan 100%.

Jadi, selagi tak ada 2 dokumen ni, susah untuk anda menjual rumah anda.
Boleh faham?

Selamat pagi semua.

Info foto: apartment Sri Camellia, Taman Sepakat Indah 2, Kajang untuk dijual. Harga RM240K boleh nego



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Bakal graduan bertanya bila boleh buat pinjaman rumah?

Entah kenapa sekarang ni mood rasa nak jawab Q&A. Soalan diterima dari pembaca blog saya. Saya copy paste termasuk ejaan dan bahasa rojak. "Assalam kak rohaniah..sy student uitm..n dah final semester...insya Allah bln 7 ni selesai study sy...sy nk btanyakan 1 soalan...lps study ni mungkin sy akan bekerja...berapa lama tempoh bekerja yg bank akan tengok kita dah boleh buat loan rumah..segelintir kenalan sya kata ia mgambil masa hingga 2 tahun utk bank tgk komitmen kewangan golongan mcm sy ni. Baru lah bank pcaya yg kita dah kerja lama n stabil..ada ke cara utk sy dapat loan lbh cepat drpd mnggu smpi 2 tahun?...memndangkan harga rumah pun semakin mahal..minta pencerahan kak..sy bru nk belajar psl property... " Jawapan: Untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlukan 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata bank yang menunjukkan gaji masuk ke dalam bank. Amaun dalam slip gaji dan amaun yang bank in ke bank hendaklah sama. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 3 bulan b...