Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Orang Johor, Jom Cari Rumah

Esok saya akan gerak ke Johor Bahru. Wahh.. saya suka ke sana. Tapi saya ke JB bukan untuk jalan-jalan, tapi sebab ada event. Jom Cari Rumah. Dah beberapa kali Jom Cari Rumah diadakan di Johor Bahru. Dalam event ni, ada ekspo hartanah. Ada ramai developer yang bangunkan hartanah di JB akan turut mempamerkan projek mereka. Syok juga bila dapat lawat dan window shopping di booth-booth mereka. Yelah. dapat pengetahuan projek terkini selain pakej yang mereka tawarkan. Mana tau kot ada peluang bagus, boleh grab kan... Tapi yang paling best di Jom Cari Rumah nanti adalah ada free talk hartanah. Yup yup.. free je. Ada ramai speaker power-power datang dari KL Ada yang datang dari Ipoh juga Termasuk lah saya sendiri yang akan datang dari Kajang. ehehehe... Kajang ke JB sebenarnya dekat sikit lah dari kawan speaker yang datang dari KL dan Ipoh kan.. tapi jauh la juga. Speaker yang sanggup datang ke JB untuk free talk ini adalah - Chris Tan -...

Wanita ini buat siri video makeover rumah sewa. Ini episod pertama.

Saya ada satu rumah sewa yang saya nak sewakan semula. Rumah tu sekarang ni biasalah... cat buruk.. sinki buruk. kemudian rumah tu kosong. Normi NAS kata, jom kita videokan proses make over rumah tu. Boleh lah jadi perkongsian pengalaman kepada kawan-kawan lain. Saya fikir, ok juga kan... Kita buat satu siri rancangan online. Sendiri shoot, sendiri edit, sendiri publish kat internet. ehehehe.... Jadi, jemput kawan-kawan tengok episod pertama ni ya. Klik je Play dan kalau suka,  kongsikan ke kawan-kawan lain. Baru saya ada semangat nak buat episod 2 kalau dapat feedback bagus. ehehehe....  

Kalau boleh beli medium cost, jangan beli rumah low cost

"saya nak beli rumah murah je. Rumah kos rendah jadilah..." Ini ayat yang saya biasa dengar di kalangan bakal pembeli rumah baru. Sebabnya, mereka kata harga rumah tu murah. Jadi nak bermula dengan yang murah dahulu. Kalau tanya pendapat saya, kalau boleh jangan. Kalau gaji lebih dari RM3K seorang jika bujang, atau jika gaji suami campur gaji isteri dah lebih 5K, dah tak layak dah nak beli rumah low cost ni. Jadi, paling murah pun rumah medium cost lah. Bagi saya, dari beli rumah kos rendah lebih baik beli rumah medium kos. Sebab? 1. tak ada restriction gaji. Korang gaji berapa pun tak kisah. Boleh beli. Rumah low cost jika di KL dan Selangor ni, hanya untuk yang income tak lebih rm3k kalau bujang atau kalau dah kahwin, total gaji suami isteri tak lebih 5k. Ada sesetengah rumah low cost di KL lagilah.. hanya yang dah berkahwin layak beli. 2.  nanti kalau nak jual balik pun payah. Sebab kena cari buyer yang gajinya pun layak beli juga. 3.  disebabkan m...

Dah sign S&P, pinjaman belum lulus: Episod 2 lebih mendebarkan

Sambungan episod 1 semalam, KLIK DI SINI. Pembeli dah bayar deposit 5%, sign s&p, markup s&p dan mahu sewa cepat rumah tu sementara tunggu proses tukar hakmilik selesai. Pembeli dah pindah masuk. Tandatangan s&p dalam hujung April. Hujung Julai  Peguam penjual tiba-tiba whatsapp saya beritahu yang pembeli belum dapat pinjaman. Alamak.. dah lama dia sign s&p ni. Kata peguam, buyer ni nampak bermasalah. Pinjaman belum lulus (atau mungkin takkan lulus). Kata peguamnya, sangkut pada insurans. Saya pun tak faham macamana tak lepas buat insurans, boleh kesan pada pinjaman. Tapi kesimpulannya, pinjaman tak lulus lah. Deposit pun baru bayar 5% kan... Yang baki 5% nak keluar duit kwsp tu entah mana.. tak nampak bau duit kwsp pun. 26 Julai 2017 saya dimaklumkan oleh penjual yang sewa bulan Julai belum dibayar. Maintenance fee dah beberapa bulan tak dibayar, walaupun persetujuan asalnya pembeli akan bayar maintenance fee bila dia dah start menyewa. ...

Dah sign s&P, pinjaman belum lulus

Sebagai real estate negotiator, kita selalu rasa lega  bila kedua-dua pihak penjual dan pembeli dah sign S&P Yelah... kira on la dah urusniaga jualbeli tu. Tinggal peguam uruskan urusan pemindahan hakmilik dan pembayaran baki harga dari bank ke penjual je. Usaha kita marketkan rumah tu beberapa bulan lamanya, bawa beberapa orang view... akhirnya berbaloi sebab dah berjaya carikan buyer. Kami sebagai REN pun akhirnya dapat claim komisen kami selepas dua-dua pihak dah sign S&P dan peguam dah matikan setem S&P tu. Lega... Tapi tak semestinya proses berjalan baik. Dalam kes yang satu ni, tak selancar sepatutnya. Semasa buyer berkenan dengan rumah ni, buyer minta nego beberapa syarat 1) Deposit 5% sahaja dulu semasa sign s&p. Masa booking bayar 3.18%, kemudian masa sign s&p bayar baki lagi 1.82% lagi untuk cukupkan 5% 2) Baki lagi 5% deposit akan dibayar dengan duit kwsp. Buyer nak keluarkan duit kwsp jadi biasanya ambik masa beberapa bulan se...