Langkau ke kandungan utama

Dah sign S&P, pinjaman belum lulus: Episod 2 lebih mendebarkan

Sambungan episod 1 semalam, KLIK DI SINI.


Pembeli dah bayar deposit 5%, sign s&p, markup s&p dan mahu sewa cepat rumah tu sementara tunggu proses tukar hakmilik selesai.
Pembeli dah pindah masuk.
Tandatangan s&p dalam hujung April.


Hujung Julai 


Peguam penjual tiba-tiba whatsapp saya beritahu yang pembeli belum dapat pinjaman.
Alamak.. dah lama dia sign s&p ni.
Kata peguam, buyer ni nampak bermasalah. Pinjaman belum lulus (atau mungkin takkan lulus).
Kata peguamnya, sangkut pada insurans.

Saya pun tak faham macamana tak lepas buat insurans, boleh kesan pada pinjaman.
Tapi kesimpulannya, pinjaman tak lulus lah.

Deposit pun baru bayar 5% kan...
Yang baki 5% nak keluar duit kwsp tu entah mana.. tak nampak bau duit kwsp pun.


26 Julai 2017

saya dimaklumkan oleh penjual yang sewa bulan Julai belum dibayar.

Maintenance fee dah beberapa bulan tak dibayar, walaupun persetujuan asalnya pembeli akan bayar maintenance fee bila dia dah start menyewa.
Pihak JMB dah nak tutup bekalan air.

Saya dan penjual pun berpakat, pergi ke rumah tu.
Tapi sebelum tu saya dah ajar penjual untuk whatsapp wakil pembeli yang jadi orang tengah, bagitau untuk suruh pembeli keluar dari rumah atau bayar sewa selewatnya pada 30 Julai.

Oh ya.. lupa saya nak cerita.
Sebenarnya masa nak beli rumah ni, pembeli tak datang view,.
Yang datang view hanyalah kawan pembeli yang dakwa dia sebagai agen pembeli.
Pembeli adalah kawannya.
Jadi dia minta referral fee dari saya.

Jadi semua urusan jualbeli dan komunikasi hendaklah melalui orang tengah ni.
Saya, penjual dan lawyer penjual tak ada no telefon pembeli yang sebenar.
Saya hanya ada no telefon orang tengah ni sahaja.

Ok, balik pada isu tadi.
Penjual dan whatsapp orang tengah tadi, bayar sewa segera atau keluar dari rumah sewa selewatnya 31 Julai.

Kemudian saya dan penjual lawat rumah ni pada 29 Julai.
Penjual tinggalkan notis bertulis dengan mesej yang sama. Bayar atau keluar pada 31 julai.

Masa tu tak ada sesiapa di rumah.
Kami ketuk-ketuk pun tak ada orang bukak.
Rumah macam sunyi.

Jadi, kami tinggalkan mesej itu sahaja di depan pintu dan di dalam peti pos rumah.


30 Julai 

saya ke sana sorang
masa tu dah lepas maghrib
sajer nak tengok penyewa dah ada di rumah ke belum
Kata penjual, orang tengah baca whatsapp tapi tak reply apa pun.
sewa pun tak ada terima.

Bila saya sampai, saya nampak ada beberapa kasut depan rumah yang tak ada masa saya dan penjual ke sana haritu
Kemudian lampu rumah menyala
Nampak juga dari bawah pintu, bayang kipas berpusing.
Sah, ada orang kat dalam ni.

Saya bagi salam
Tak ada orang jawab

Bagi lagi salam
Tak ada lagi orang jawab.

Dulu ustaz kata kaau datang rumah orang dan bagi salam sampai 3 kali tak ada jawapan, blah je.
 Arghh.. ustaz tu bukan tau ini kes lain..

Jadi beberapa kali saya bagi salam... tapi dalam rumah tetap senyap.
Saya ketuk pula gril pintu beberapa kali.
Diam juga.

Haih.. geram pula.
Terus saya report ke penjual hal ni dan balik rumah.
Saya siap bagi gambar kasut depan rumah lagi sebagai bukti.
Haaaa... jangan sengaja permainkan aku ya...





31 Julai

Penjual maklumkan kepada saya yang pembeli dah bayar sewa bulan Julai.
Kata penjual, pasal maintenance fee tertunggak tu dia dah pesan kat management tutup bekalan air dan elektrik


23 Ogos

Dateline untuk bayar baki 95% harga jualan rumah dah tiba
Bermaknya dengan tak adanya bayaran 95% tu, pembeli telah langgar perjanjian dan s&p terbatal.
Rupanya orang tengah tu yang duduk dalam rumah tu selama ini
Dan dia pun dah keluar dari rumah tu.

Deposit 5% yang pembeli dah bayar burn sebab pembeli yang langgar perjanjian.

Nasib baik condition rumah baik bila orang tengah ni keluar dari rumah tu.
Kalau tak, lagi naya.

Apa pun, saya kesian dengan penjual.
Dia tu baik, jual pada harga bawah harga pasaran, siap setuju deposit 5% je dan beri pembeli masuk awa dengan sewa yang murah
Tapi jadi macam ni pula.

Kemudian kami pun marketkan semula rumah ni pada harga yang sama.
kali ni strict. No more deposit 5% untuk jaga kepentingan penjual.
Deposit wajib 10% masa sign s&p walaupun nak markup s&p pun..

Setakat artikel ni ditulis, ada sorang buyer serius nak beli
Insya Allah kalau berjalan lancar dalam lusa atau dua tiga hari lagi dia akan bayar booking.
Harap deal ini berjalan lancar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...