Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

NAK SEWAKAN RUMAH SENDIRI. TAPI MULA DARI MANA?

Dah bersemangat nak sewakan rumah, tapi blur tak tahu macamana nak bermula? Haaa mari saya ceritakan secara ringkas dan padat 5 langkah macamana nak sewakan rumah anda. Ini kalau korang buat sendiri la.. tak pakai agent.  Kalau pakai agent, langkah 2, 3 dan 4 tu agent uruskan. Ok, apa 5 langkah tu? 1. Cantikkan rumah Periksa rumah tu. Adakah ia dalam keadaan yang sesuai untuk diduduki? Yelah.. Kalau rumah kotor, penuh sampah, dinding pula dah penuh dengan lukisan mural yang tak sepatutnya, pening kepala orang yang datang tengok rumah weh. Orang kata, cinta pandang pertama. Macam tu juga dengan rumah. Biar bakal penyewa rumah datang tengok, mata mereka terbuntang kagum. Terus dari mata jatuh ke hati. Senang mereka setuju nak sewa dengan harga yang kita mahu. Kalau rumah tu kita nak sewakan dengan perabot, cuba periksa balik perabot yang ada. Kot ada kerusi yang dah goyang-goyang kakinya. Kot tilam dah macam penuh dengan spora dan warna pun dah jadi warna kuning pekat. Takpun pintu a...

Booktalk percuma. Tolong Luluskan: Strategi Pinjaman Rumah yang Anda Belum Tahu

Ramai nak beli rumah, tapi bila submit dokumen ke bank, permohonan pinjaman tak lulus. Lagi sadis, belum bagi apa-apa dokumen pun. Baru bagitau profil kerja apa, gaji apa, pinjaman sedia ada apa... agent rumah terus geleng.  Loan sure tak lepas. Sakit hati kan. Haaaa... kes macamni, korang wajib baca buku Tolong Luluskan: Strategi Pinjaman Rumah yang Anda Belum Tahu. Buku ni tulisan Kenny Lee Chia Sern.  Terbitan Kasi Terbit (saya la tu) pada Jun 2020. Untuk pengetahun korang, saya dan kawan penerbit, Dua Penulis, ada tubuhkan satu kelab pembaca dan penyokong. Namanya kelab tu KUDOS. Shortform untuk Kelab Untuk Dunia Ohsem berSama. Jadi ahli ni percuma je. Tapi ada banyak benefit seperti diskaun dan kos pos. Nanti saya cerita dalam posting lain. Jadi, bulan ini, KUDOS nak bawa satu event secara online.  Booktalk buku ini, Tolong Luluskan: Strategi Pinjaman Rumah yang Anda Belum Tahu. Dah tentu la yang akan share semasa booktalk ni adalah Kenny Lee, penulis buku ini. Kenny...

Jual Rumah pun Kena Ada Peguam ke?

 Selamat hari Selasa, kawan-kawan. Semalam, saya kongsikan artikel ini dalam KUDOS . Artikel mengenai Peguam bila Menjual Rumah. KUDOS ni adalah kelab pembaca dan penyokong buku-buku terbitan Kasi Terbit dan Dua Penulis . Kasi Terbit tu rumah penerbitan buku saya la. Dua Penulis pula, rumah penerbitan yang dimiliki oleh kawan saya Norsa'adah Ahmad dan juga Dr Noor Hayati Yasmin. Jadi alang-alang sebut pasal KUDOS ni, saya jemput la kawan-kawan pembaca blog saya untuk jadi ahli KUDOS ni juga. Daftar free je. Bila jadi ahli, kalau beli buku dari saya atau Dua Penulis, kos pos adalah percuma. Tak kira la beli banyak mana buku. Nak daftar ahli KUDOS, klik link ni ya -> http://bit.ly/kudos2021 Ok balik pada artikel ini..  Jual Rumah pun Kena Ada Peguam ke? Sebagai penjual rumah, kita juga memerlukan perkhidmatan lawyer untuk uruskan dua perkara penting. 1) dapatkan kebenaran pejabat tanah dan pihak berkaitan untuk menjual rumah tu. Ini yang selalu dipanggil consent pejabat ...